siri yang lalu diceritakan tentang sultan muhammad al fateh, orang yang mula menguatkan ottomaniah dan membawa kepada bermulanya islam di eropah melalui kawasan balkan. kali ini ada sebahagian dari terjemahan oleh penulis Saffet Abid, seorang muslim bosnia yang berada di amerika tentang islam di bosnia.
biarpun terlalu awal untuk meramal apa yang akan terjadi di bosnia tetapi ianya satu bahan yang sangat berguna untuk umat islam lain.
mengikut anggaran pada tahun 1989, ada seramai lima juta muslim di yugoslavia atau dua puluh persen dari keseluruhan penduduknya.muslim ramai ada di kawasan bosnia dan herzegovina dan juga kosovo.
dari kurun ke enam hingga kurun ke sembilan, populasi penduduk di bahagian selatan timur eropah adalah tempat tinggal berbagai kalangan berbagai bangsa slavic yang berhijrah.
dari kurun kedua belas hingga ke empat belas, sebahagian yang tidak mahu beragama kepada gereja katholik atau bizantium ortodoks telah melarikan diri atau berhijrah ke kawasan pergunungan bosnia-herzegovina.mereka-mereka ini kemudiannya dikenali sebagai penganut pahaman bogomil. gereja katholik telah mengkelaskan sebagai pendehaka terhadap konsep baru triniti. kajian selanjutnya di dapati pahaman mereka ini adalah dipercayai pahaman kristian yang berasal dari nabi isa. mengakui allah adalah tuhan yang satu. fahaman ini kemudiannya menjadi serasi dengan islam yang dibawa oleh ottoman.
bosnia berada di bawah ottoman sepenuhnya pada tahun 1492, tahun dimana islam telah kehilangan sepanyol.puak bogomil telah melihat bagaimana tolenransi dan bagusnya pihak ottoman, telah beramai-ramai memeluk islam. pengislaman mereka tidak langsung dengan paksaan atau dengan pedang sebagaimana yang ditulis oleh penulis sejarah.ini munkin berkaitan dengan kepercayaan mereka terhadap tuhan dahulu yang selari dengan ajaran islam.
setelah beberapa lama kerajaan ottoman menguasai bosnia, maka akhirnya pada 1908 mereka mengalah kepada kerajaan austria-hungary.perjanjian kongres di berlin telah memberi jaminan kebebasan kepada muslim bosnia untuk menjalankan perintah agama dengan bebas.dalam perjanjian itu, pihak muslim ada kuasa penuh terhadap insititusi agama, program pendidikan, hal-hal waqaf dan juga mempunyai hak untuk menjalankan perintah agama untuk diri sendiri dan keluarga.
adalah diceritakan bahawa pada masa inilah pihak austria telah membila kilang-kilang arak di bosnia untuk melalaikan orang-orang islam. ternyata stategi itu berjaya dan ramai muslim hanyut dengan arak yang hingga kini telah menjadi sebahagian dari hidup sebahagian muslim bosnia. kedai makanan yang tidak menjual arak akan menjadi sunyi sepi. begitulah kuatnya pengaruh arak.
keadaan muslim bosnia menjadi lagi parah bila pada tahun 1941, semasa pemerintahan komunis yang diketuai oleh jeneral tito, seorang general draza mhaijlovic, iaitu ketua tentera yugoslavia dan cetnik serbia yang mengeluakan perintah untuk membuang islam dari eropah.mereka telah secara sistematik dan kejam, telah memulakan kempen penghapusan.ramai muslim telah dibunuh, dera oleh pihak cetnik serbia.kekejaman termasuk lelaki di bogel, disiksa dan di gantung dihadapan ahli keluarga sebelum di bunuh.ibu-ibu dan anak perempuan dirogol berulang kali dihadapan ahli keluarga mereka sendiri.
pada awal tahun 1980an, pemikir, pendokong islam yang mempertahankan agama islam telah dibicarakan dan di tuduh sebagai pengkhianat dan sebagainya.
keadaan ini telah membawa kepada perang saudara sekali lagi pada akhir dekad ke duapuluh.
walaupun ada keamanan sekarang,tetapi secara tidak langsung mereka sebenarnya adalah dibawah jajahan EU. EU mengawal keseluruhan negara dan peluang untuk pihak islam berkembang adalah minima sekali.manakala pihak-pihak lain dari tiga etnik bebas menjalankan pentadbiran mereka dan memajukan kawsan-kawsan mereka.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Sunday, May 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
saya menanti sambungan untuk kisah bosnia ini.
ReplyDeletemohon sentiasa mengupdate tentang ini.
siri islam bosnia.