cerita bolasepak pulak.
semalam barca mengalahkan manchester utd 2-0 dalam perlawanan akhir piala eropah yang sangat sengit.man u yang bercita-cita untuk menjadi juara berturut setelah memenanginya tahun lepas gagal. pengurusnya pulak mahu menjadi pengurus yang menyaingi si bob paisley dari liverpool untuk menjadi pengurus yang memenangi tiga piala eropah pun gagal. manakala barca memenangi setelah melakukan rombakan besar-besaran menukar pengurus serta menjual pemain kesayangan ramai dan handal yang kuat berpoya-poya iaitu si ronaldinho.
yang nak di ulas disini bukan permainan semalam secara terperinchi tetapi bolasepak itu sendiri mempunyai nilai-nilainya yang tersendiri.kalau ditengok apalah sangat 22 orang termasuk seorang pengadil berlari sana-sini dalam kawasan padang yang terhad mengejar sebiji bola!
bolasepak boleh menyebabkan dua negara bergaduh. bolasepak jugak menjadi satu industri yang sangat besar dan lumayan ( bukan di malaysia ).bolasepak boleh mengubah hidup seseorang atau sesebuah keluarga menjadi lebih baik dari segi kewangan. dan bolasepak juga boleh menjahanamkan hidup atau memalukan negeri atau negara kalau silap langkah.
mengurus kelab atau pasukan juga ibarat mengurus syarikat,keluarga,parti atau negara. ada elemen-element kewangan, motivasi, sumber manusia dan berbagai-bagai lagi.di situ juga ada hal-hal yang buruk seperti hasad dengki,hasut-menghasut,penindasan.
semuanya adalah supaya pasukan atau pasukan menjadi lebih baik.ada kelab yang diurus secara berhemah dan baik oleh pengurusnya dan ada yang mengurus secara ganas semata-mata untuk memenangi perlawanan.
begitu juga dalam hidup. kita terpaksa memilih jalan untuk terus hidup. ada yang berjaya dengan cara-cara yang kasar tanpa memikirkan dosa pahala atau syurga negaka.asalkan berjaya sudahlah. kata orang bijak pandai, matlamat menghalalkan cara. ada yang cuba debgan cara-cara yang baik, ada yang berjaya dan ada yang gagal.tapi banyak yang gagal sehingga kurang contoh mereka yang berjaya dengan cara-cara yang baik terutama dizaman moden ini.kalau bercerita memang senang tetapi nak membuatnya........aduh banyaknya halangan.
jadi akhirnya orang baik akan selalu digunakan oleh orang yang jahat.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Wednesday, May 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
No comments:
Post a Comment