oleh kerana sampai hari ini aku masih belum mendapat permit kerja walaupun dah tiga bulan di sini, maka semalam aku terpaksa keluar dari bosnia supaya nanti imegresen tak buat hal bila nak balik nanti dan mengelak dari dituduh duduk secara haram di negara orang. aku pun tak paham dengan sistem permit kerja sini.sekejap kata nak macam ni,sekejap kata nak macam lain pulak. kalau tak boleh kerja di sini sebab nak jaga orang tempatan, terus buat undang-undang tak boleh habis cerita.tak payah pusing sana-sini. nak dapat permit kat india lagi senang walaupun putar alam pegawai2 sana lagi canggih.walaupun malaysia melabur disini tapi, tetapi perlindungan terhadap orang tempatan sangat tinggi. munkin aku dari malaysia.kalau dari amerika syarikat, senang saja boleh kot. tak kisahlah. atas sebab tu juga aku dapat ke mostar dan dubrovnik,croatia walaupun kena keluar euro 30. sahlah syarikat tak nak ganti nanti.
oleh kerana nak pergi sehari dan balik, kami ( tiga termasuk aku ) bertolak pukul 5 pagi dari ilidza. oleh kerana masih belum telan apa-apa lagi, maka kami berhenti untuk minum kopi di jablanica. kawan yang sorang tu dah mabuk sebab jalan berliku-liku,turun naik bukit. kat kedai kopi tu juga,diaorang tengah memanggang tiga ekor kambing untuk dijual nanti. kambing yang di bubuh garam saja ini di golek sampai duajam setengah sebelum di jual. dalam sehari mereka boleh jual sampai 15 ekor. kuat sungguh makan kambing orang-orang di sini.
lepas minum kopi, kami menyambung perjalanan seterusnya. mula-mula sampai di bandar kecil konjic,di mana dulu sini menjadi penempatan askar-askar malaysia semasa perang.
No comments:
Post a Comment