sempena cuti hari pekerja 1 may, aku mengambil peluang untuk solat jumaat di masjid Gazi Husrev yang terletak di tengah-tengah bazaar membeli belah yang sangat sebok di sarajevo. masjid yang dibina oleh pihak ottoman pada 937 AH ( 1530/31 ) ini sangat menyerlah keunikan arkitekturenya. Lihat beberapa photo di dalam dan di luar mesjid.
aku disini bukan nak cerita banyak-banyak pasal mesjid ni tetapi dua perkara yang sangat memberi kesan kepada diri aku.
pertama, betapa pemerintah islam yang menduduki pada masa itu mulakan dengan membina mesjid sebelum membuat apa-apa pembangunan. apa ertinya ini?
kemudian pembangunan bazar atau kompleks membeli-belah di buat. kemudahan asas kepada peniaga dan pengembara ( atau pembeli sekarang ) di buat oleh pihak berkuasa. kemudahan air percuma diberikan di satu tempat dan semua orang boleh mengambilnya. sampai sekarang bazar ini terus meriah dan dikunjungi orang walaupun sudah berusia lebih 500 tahun dan melalui zaman pemerintahan yang saling bertukar ganti. sejak ottoman, austria,komunis dan EU sekarang. apa yang istimewanya bazar ini? tak moden apa-apa pun. tak ada apa yang canggih pun.
jawapannya pada aku bila kita meletakan agama allah bila membuat sesuatu maka tuan agama akan menjaga dan memakmurnya. dan ketua masa itu ada seorang yang takut dan ingat kepada tuhannya.
adakah kerajaan atau developer muslim sekarang begini sikap mereka?
keduanya, aku bertemu sekali lagi dengan seorang tua, mustafa serdarevic yang dulu aku temui masa singgah untul solat magrib. orang tua ini pernah berkerja di indonesia. walaupun macam ayam dan itik kami tetap berkomunikasi macam sudah kenal. dia juga sering berkata kalau ada apa-apa masalah pergilah ke rumahnya untuk pertolongan. kenapa dia begini? atas kalimah la illah ha illallah, kami jadi seperti sahabat. benarlah kata nabi yang setiap muslim itu bersaudara. atas kepayahan, dia masih mengengam ugama ini dengan sekuat-kuatnya. dan dia selalu ingatkan aku supaya berzikir ,sebutkan kalimah allah selalu.
airmataku seperti mahu mengalir bila mengenangkan orang tua ini.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Saturday, May 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
No comments:
Post a Comment