Thursday, May 7, 2009

semoga cepat sembuh cikgu

beberapa hari lepas beberapa orang kawan telah memberitahu dalam laman facebook yang seorang cikgu kami di sekolah SMSAH telah dihidapi kanser hati dan akan menjalani pembedahan pada 13 mei nanti. namanya cikgu ni azmi yang mengajar subjek sejarah untuk SRP semasa aku di tingkatan satu hingga tiga iaitu dari tahun 1980 ke 1982. walaupun beliau seorang yang nampak kalut dan tak pernah membawa jam hingga kadang2 terlajak dan termasuk kelas orang lain tetapi seorang yang sangat baik dan sentiasa ceria.
dia jugak datang masa perjumpaan batch kami pada tahun 2007 ( masa raya haji ) yang di adakan di sekolah bersama beberapa guru-guru lain. lihat foto atas( cikgu azmi - dua dari kanan ).
semoga cikgu sembuh dan tabah menghadapi ujian ini,inshallah. doa aku semoga semuanya berjalan dengan baik.

No comments:

Post a Comment

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...