Thursday, May 21, 2009

bila ianya akan berakhir..........

Dari nota yang aku tulis bulan april lalu di facebook dan juga beberapa komen kawan-kawan sekolah jenan di saat-saat teringatkan anak-anak aku dulu.

Disalin balik di sini pada hari lahir aku yang ke empat puluh dua .
cepat sungguh masa berlalu

bila ianya akan berakhir?

Thursday, April 16, 2009 at 9:36pm

nota aku hari ini berkenaan perbualan aku dengan staff aku seorang projek arkitek kami, amela kulagic yang baru dua minggu menyertai syarikat setelah tamat belajar dari sebuah universiti di sarajevo. kisah dia kemudiannya mengingatkan aku tentang keadaan yang sedang aku alami sekarang dengan anak-anak aku terutama anak perempuan aku yang bongsu yang aku sentiasa tinggalkan sejak dia dilahirkan. samada kebetulan atau memang sahaja tuhan nak aku tahu macamana perasaan anak-anak bila bapa mereka terpaksa berjauhan untuk mencari rezeki.

lima tahun dahulu semasa sedang menyiapkan projek di gebeng,kuantan, aku juga ada seorang jurutera lelaki yang juga baru keluar dari universiti dan juga sentiasa di tinggalkan oleh bapa yang juga seorang kakitangan kedutaan. dan lebih mencabar juga emak dia juga sering ambil cuti tanpa gaji sebagai seorang guru untuk mengikut bapa dia ke luar negeri. nampaknya dah dah lengkap aku mendapat maklumat bagaimana kedua-dua perasaan anak lelaki atau perempuan yang sering ditinggalkan oleh bapa mereka untuk mencari nafkah.

setelah dua hari berfikir,aku rasa baik aku tuliskan sesuatu di sini untuk aku sendiri dan sesiapa sahaja yang berminat nak membaca.

berbalik kepada kisah awal-awal tadi, bapa si arkitek ini telah tinggalkan dia sejak dia berumur tiga tahun untuk berkerja di negara padang pasir, kuwait. emaknya juga berkerja pada masa itu di sarajevo dan dia sering ditinggalkan dengan seprang lagi adik dia yang masih kecil.kadang-kadang terpaksa mengendong dan membawa adik dia pergi ke kedai atau mana-mana berdekatan. keadaan ini berlarutan sehingga dia bersekolah dan akhirnya ke universiti. tapi sebelum itu perang telah melanda dan mereka tiga beranak terpaksa mengharungi tanpa bapa di sisi dan akhirnya ke kemah pelarian di zagreb,croatia.setelah perang berakhir,bapa dia masih di kuwait dan hanya balik terus baru-baru ini sahaja. sepanjang itu, bukan setakad si bapa tidak langsung melihat anak-anak membesar di depan mata tapi juga terlepas segala yang dilalui oleh anak-anak seperti majlis graduan dan sebagainya.

adakah ini juga akan berlaku pada aku dan anak-anakku?

si jurutera yang aku cerita awal-awal tadi sampai sekarang belum dapat memaafkan bapanya yang tidak hadir di majlis konvokesyen dia sebagai jurutera. tak dapat aku bayangkan majlis yang penting itu tanpa salah seorang antara ibu atau bapa. nasib baik bila dia berkahwin dua tahun lepas ibu dan bapanya ada bersama.
itu cerita anak yang berjaya dalam pelajaran dan akhirnya menjadi graduan,tapi macamana bila anak menjadi sebaliknya?
adakah anak akan menyalahkan bapa atau adakah bapa akan menyesal seumur hidup? sebenarnya tiada jawapan yang pasti untuk soalan-soalan di atas. semuanya terjadi dengan kehendak tuhan atas sebab-sebab yang DIA juga yang tahu. adakah ianya sebagai ujian untuk semua ahli di dalam keluarga tersebut? adakah hikmahnya di kemudian hari? hanya masa yang akan memberi jawapan.
tapi bila berfikir yang nabi Muhammad sendiri menjadi yatim semasa dia di dalam kandungan ibunya, maka apa yang anak-anak aku alami selama ini belum lagi uijian yang muktamad. imam as syafie juga kematian bapa sejak kecik dan hidup dengan ibunya sahaja. siapakah yang melindungi nabi selama ibu dan bapa dia tiada? bapa saudara? kaum kerabat atau tuhan semesta alam?
soalan-soalan ini aku belum mendapat jawapan yang pasti dan bagaimana nak jelaskan kepada anak-anakku dari semasa ke semasa. aku tamatkan nota ini setakad ini sahaja sementara aku berfikir dan mencari idea untuk menyambungkan kisah ini di masa yang akan datang.


You, Chaine Car Brokerage Hub, Azlin Satar and 2 others like this.

Marini Abu Bakar at 1:32am April 17
ketiadaan bapa disebabkan kematian tidak sama dengan ketiadaan bapa yang masih hidup.. jawapan boleh dicari dengan cuba bertanya pada diri sendiri apakah yang diharapkan dari bapa anda semasa anda kecil/remaja dahulu.. dalam setengah keadaan, bapa ada di rumah tetapi tidak memperdulikan urusan anak2.. saya rasa apa yang anak2 inginkan adalah rasa ... dihargai, ambil berat, memahami dan tidak disalah anggap (critisized) oleh bapa.. ini sama saja sama ada bapa ada di rumah ataupun jauh.. secara remote pun benda2 ni boleh dilakukan, direct link pada anak2 dan bukannya melalui ibu mereka.... wallahualam..

Shamyatul Mazua at 3:26am April 17
Betul kak M. 100%. Bro , i guess my kids are in the same boat. their father stationed in Indon. so Sebulan sekali balik. kalau ada rezeki meeting, dpt la blk 2 minggu sekali.(now u know why i had to resign). dulu mula2 kena seconded sana, bila pak depa sampai rumah, depa eager gila.."babah balik! babah balik!" la ni dah 6 tahun kehidupan begitu, ... bila pak depa balik.. "babah datang! babah datang!. kalau di amati ayat tu bunyinya jauh bezanya dihati. tapi tetap depa dengar pesan babah depa lebih dari mak (agaknya mak ni byk larang..tu tak boleh ni tak boleh). so yg sy nampak kenapa, satu mungkin - bila balik MESTI solat jamaah satu family, tak kira kat rumah ka atau ramai2 pi masjid ka..mesti. so masa tu mcm2 la pesan babah depa, tu ni, tu ni. dan jgn biasakan bila balik beli itu ini, coz that's not what they looking for(sebenarnya). just layanan even how silly it looks...main sembunyi2 ka apa ka..they just what to have yr time and laugh with u or at u...he..he...

Kmnasir Ku Mohamed at 4:09am April 17
betui kak M dan Syam...bapa kena direct link dgn anak & kena spend quality time dgn anak...so bila ada masa dgn anak pergunakanlah masa itu sebaik-baiknya..kena jugak layan depa walaupun kita letih baru balik keja..PakLan, dulu aku grad pun dua2 kali (UITM dan Uni) pun org tua aku tak mai..huhuhu! tapi aku tak kisah pasai aku paham dgn keadaan masa tu yg tak mengizinkan...

Black Coffee at 4:13am April 17
good one redz. this is really a very fruitful ones.make me stop and think for a while and keep on wondering about myself.may God bless us. may God bless our family for the price that we have to pay in life.

Chaine Car Brokerage Hub at 4:16am April 17
Cat's in the Cradle...Allah Maha Besar

Redzai Darus at 6:26am April 17
thanks for very interesting comments especially sham. it was experiance from the other side. i dont know weather i am ready to share the answer and solution that i have now

Sukardi Matt Dali at 8:51am April 17
u win some ,lose some

Norhayati Kamarudin at 10:06am April 17
sometimes, pilihan yang ada di depan mata tidak sama dengan kehendak di hati. Kita merancang, Allah menentukan. Berdoa byk2 dan redha dengan pilihan yang ada. Insyaallah, dalam kesusahan, ada kesenangan. Dalam kesempitan, ada kelapangan. Sabar en. Lan ye..

Shamyatul Mazua at 1:07pm April 17
u r right norhayati. segala kesukaran ada kesenangan selepasnya, dah dijamin ALLAH dlm al-Quran. so jgn risau pak lan. niat mesti betul..kerja kerana tuntutan agama, bukan kerana nak duit lebih. suami kena nafkahkan keluarga.one more tip...dimana pun, bila pun, kalau u tak boleh attend their sport day ka, graduation ka apa pun la - MAKE SURE u call... them..konon tanya best ke, menang ke kalah ke apa2 la. janji u call on that particular day even masa tu dah nak boarding flight. i can see from their face ada ceria, ada semangat, ada senyum puas.(my personal experience la).

Saifudin Hj Abbas at 5:03pm April 26
bro, bkn snang nak buat keputusan sbnr nya.. mcari rezki mmg tugas & t/jwb sorang bapa.. tetapi mdidik anak juga sbhgn dari tugas & t/jwb sorang bapa.. aku dah tgk & dgr rmai yg tkilan bila bapa depa tak dtg ms hr penyampaian hadiah, konvo etc.. especially bila bapa org lain dpt dtg.. mmg mudah utk kita ckp, kita tpksa kerja utk mcari rezki.. tp ... cuba kita tgk dr kaca mata anak kita..anak kita terima hdiah tp bapanya takde bsama utk meraikan saat2 itu.. anak org lain, bapa dtg, siap bw kamera, viewcam, ambik gmbr, peluk anak, cium anak, bsama2 meraikan anak.. apa perasaan anak kita? cuba kita lihat diri kita sndiri.. berapa org yg betu2l rapat dgn ayah kita. aku tak rapat dgn aruah ayah aku. aku tak boleh dok lepak2, smbang2 smbil mnum kopi dgn ayah aku dulu. maybe sbb aku mbesar di luar..dr jenan, uitm, etc.. tak mbesar di depan mata dia dan bsama2 dia..dlm hdup ini, utk mdptkan ssuatu, kita tpksa korban ssuatu yg lain.. dan hanya kita yg mampu mbuat piihan tsebut..

P/S :
terimakasih kawan-kawan atas pandangan di atas. semoga aku dan keluarga dapat mengatasi dan menjadikan ianya sebagai satu pengalaman yang sangat berharga.

No comments:

Post a Comment

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...