Monday, June 1, 2009

siri islam bosnia - sejarah sepintas lalu

dari pertengahan kurun ke lima belas hingga akhir kurun ke tujuh belas, bosnia dengan ibunegaranya sarajevo telah berkembang menjadi pusat kebudayaan, pelajaran dan perdagangan di bahagian selatan kerajaan ottoman. institusi seperti sekolah, institusi keagamaan, pusat kesihatan awam ada di mana-mana. bermula dengan maktab kemudian madrasah menjadi tempat anak-anak islam belajar pelajaran agama dan kebudayaan termasuk bahasa arab serta menghafaz al-quran. sekolah menegah atas yang dipanggil madrasah telah mula dibina pada tahun 1573 atas arahan gabenor ghazi husrev beg.

program-program di madarsah adalah termasuk aliran sains yang terkini, matematik, penulisan dan juga tafsir, hadis dan tajwid.
terdapat lebih ketua menteri kerajaan ottoman pada masa itu termasuk yang terkenal bernama mehmet pasha sokulu dan mehmet koprilu adalah dari bosnia.pada masa ini pihak muslim bosnia berjaya mengekang serangan demi serangan dari pihak tentera salib.

pada pertengahan kurun ke tujuh belas, kerajaan ottoman menjadi semakin lemah dan berpecah belah disebabkan rasuah dalaman dan tekanan pihak luar.pada masa ini juga mereka dikenali sebagai 'orang sakit eropah.' pada 1683, pihak askar ottoman telah tewas di pintu vianna.akibatnya pihak ottoman terpaksa berundur dari austria dan kehilangan penguasaan terhadap tanah di utara sava dan sungai danube.orang-orang muslim di sini ada yang telah berhijrah ke kawasan ottoman yang lain atau dipaksa menukar agama kepada kristian atau dibunuh.

selepas kalah dalam perang russia-turki pada tahun 1878, ottoman terpaksa menyerahkan pentadbiran bosnia kepada pihak istana austro-hungarian.

lebih kurang duapuluh tahun kemudian iaitu pada 1908, penguasaan ottoman terhadap bosnia berakhir.pihak muslim mendapati diri mereka tersepit antara dua kerkajaan iaitu kerajaan serbia dan montenegoro dan mereka telah menjadi mangsa balas dendam.
selepas perang dunia pertana pada 1918, kerajaan baru serbia,croatia dan slovenia telah dibentuk. dan semuanya bernaung di bawah raja serbia alexzender I. sehingga tahun 1929 kerajaan ini ditukar nama kepada yugoslavia.

pada tahun 1941, selepas pihak komunis menguasai bosnia, satu organisasi yang bernama Mladi muslimani melalui sekolah menengah dan universiti telah berusaha menghidupkan kembali pemikiran,kebudayaan dan tradisi pengajian islam yang bermatlamat kembali kepada ajaran al-quran dan sunnah.keadaan ini kemudian menyebabkan pihak tentera yugoslavia menjalan operasi memusnahkan orang-orang islam.

keadaan menjadi semakin teruk bila komunis parti dikuasai oleh tito.yugoslavia menjadi 'Socialist Federal Republic of Yugoslavia'.kerajaan baru telah mengawal semua institusi kewangan dan perhubungan. semua parti dan organisasi di mansuhkan termasuk Mldi muslimin. perubahan ini membawa kepada program anti-muslim. pihak Mldi dibicarakan sesuka hati dan ramai mati dalam penjara.
pada msa inilah juga bermula pemisahan islam dengan ajaran-ajaran islam yang mereka nikmati dulu. mahkamah syariah, undang-undang civil mengantikan undang-undang islam.semua maktab dan madrasah di tutup.insitusi wakaf telah dinegarakan dan bermacam-macam lagi supaya islam tingal pada nama sahaja.makanan untuk askar yang sebelum ini diasingkan juga ditiadakan.makanan berunsurkan babi digalakan.sesiapa yang bersama komunis akan cepat meningkat karier dan juga kedudukan lain.

revolusi iran pada tahun 1979 telah membangkitkan kembali islam yang lama tidur di sebelah sini.pencarian terhadap islam telah bertambah.mereka kembali mencari agama mereka yang lama hilang.
pada akhir 1980 hingga awal 1990, keadaan telah berubah dimana bahan-bahan tentang islam telah kembali dibenarkan. mereka juga telah dibenarkan bersembahyang ditempat-tempat awam.

kebebasan yang ada telah menyebabkan pihak muslim juga mendirikan parti politik.di bosnia, satu kumpulan empat puluh orang pemikir islam telah menubuhkan parti demokrat PDA walaupun parlimen bosnia masih dikuasai oleh pihak komunis.pihak penganjur parti masih berhasrat agar satu hari nanti parti ini akan menjadi parti islam yugoslavia.part ini menjadi tumpuan bila alijaya izetbejovic dilantik menjadi presiden.aliya ada penulis sebuah buku yang sangat popular iaitu 'islam between east and west'.parti ini mendapa sambutan hangat orang islam bosnia. bila bosnia merdeka dari yugoslavia, PDA dan aliya menjadi presiden republik bosnia herzegovina.
selepas itu perang yang kita ketahui berlaku dimana pihak serbia telah menyerang bosnia dan perang telah berlanjutan selama hampir lima tahun.perang berakhir dengan perjanjian dayton yang sangat merugikan pihak islam bosnia tetapi mukin pada masa itu,itulah keputusan yang terbaik untuk mereka setelah sengsara. adalah diberitakan juga jika perjanjian itu lewat seminggu ditandatangani maka habis semua puak-puak serbia akan dihalau keluar dari bosnia. pihak muslim memang sengsara pada dua tahun pertama tetapi kembali menguasai pada tahun-tahun berikutnya menyebabkan pihak barat mencari jalan lain supaya islam dikekang disini. perjanjian dayton inilah kuncinya.

2 comments:

  1. jadi bagaimana situasi Islam di Bosnia sekarang?

    ReplyDelete
  2. pada saya semakin baik. ramai anak-anak muda ke masjid solat jumaat. ada yang lagi bagus, solat limat waktu juga ke masjid walaupun ilmu masih kurang. program mengajar anak-anak kecil tentang islam dan quran di masjid banyak diadakan.
    masalah dana untuk ngo-ngo muslim juga ada.

    ReplyDelete

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...