Friday, June 28, 2019

Taman kajang jaya

ENGINE MANIA UKM.

6.  Taman Kajang Jaya

Bila masuk tahun dua, majority kami tak dapat penempatan di kampus. Yang dapat munkin geng rotu macam Kamarul, yang aktif persatuan dan yang bernasib baik.

Setelah mencari rumah sekitar Bandar Baru Bangi gagal, kami membuat keputusan untuk tinggal di Kajang walaupun ada masalah transport hendak ke kuliah nanti. Aku pulak terpaksa arrange dengan arwah bapak untuk mencari motor. Motor itu di hantar melalui keretapi dari Arau ke Kajang. Aku pulak hanya ada lesen sementara yang boleh seorang sahaja bawa.  Dengan motor Honda cup plet PN 1159 itu aku berulang-alik dari Kajang ke UKM  kemudiannya.

Rumah yang kami sewa adalah rumah dua tingkat di Taman Kajang Jaya. Ahli-ahli engine mania yang bersama-sama duduk di situ adalah Aspa, Abi, Shukri Adam, Sukri Mat Yie, Rahman, Azizi, Suntara dan Shiha Rusila.

Banyak hal berlaku semasa di sini. Pernah polis datang rumah sebab ada orang complain bising. Ada budak sekolah datang untuk berbaik-baik dengan kami. Hal ini akan di ceritakan kemudian. Taman ini juga ada budak sekolah yang akhirnya menjadi penyanyi terkenal. Tentu orang pernah dengar nama Ruhil Amani. Brader-brader kilang yang selalu bermain bola sekali, Aris Ariwatan yang kemudiannya juga terkenal.

Selain dari kami ada tiga orang engine mania yang duduk di kampus tapi lari sebab dah kurang geng dan ketagih untuk main bola. Rozmey klate hampir tiap-tiap kali bila tiada kulih muncul di TKJ dengan Honda cup klasik dia.  Bila datang habis di kejutnya semua orang untuk main bola. Time dia datang pulak ramai antara kami yang sedang membadak dan berat nak bangun.

Sorang lagi budak mekanikal, Zurin juga selalu datang. Tapi dia datang tak sekerap Rozmey. Bila tak keluar tabligh baru muncul. Kisah lucu pasal dia ni aku ingat sampai bila-bila. Satu hari dia sampai rumah hari dah gelap dan bagitau, aku ada problem. Tadi accident dan minta tambah duit nak settle dengan orang yang aku langgar. Cerita di langgar orang tu yang paling kelakar. Katanya dia Nampak dua motor di depan dan terus cilok tengah-tengah tapi terlangar bontot kereta. Macamana potong motor tapi langgar kereta? Semua yang dengar cerita Zurin konpius.  Rupanya bila malam gelap dia ada masalah pengelihatan sebelah mata dia.  Dia Nampak lampu belakang kereta yang dua tu seolah-olah dua motor yang sedang berjalan. Munkin slow sangat, dia terus cilok tengahnya dan bantai kereta tu. Kesian dia, dah la motor sendiri kena repair, kena pau lagi dengan pemandu kereta tu.

Seorang lagi yang selalu datang adalah Duan. Tapi dia datang bila malam saja untuk jumpa member kamcing yang bertanduk dia, Shiha. Projek depa selalunya di Kajang. Hebat diaorang ni.

20.5.2019
Ampang.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...