Thursday, April 22, 2021

ligor

MELAYU SERANG MELAYU: SIAM BERKUASA,

Pengkhianatan adalah penyakit yang merosak dan menghancurkan bangsa. Pada zaman Ayutthaya Purba (sebelum Sukhotai), Siam sangat berminat untuk menguasai Ligor sebagai pintu masuk untuk mereka menguasai bumi Melayu. Pada 1182, Raja Ayutthaya Purba, Tao Uthong telah menyerang Ligor, tetapi Raja Melayu yang digelar sebagai Phra Chao Sri Tamma Sokeroj telah bermatian-matian mempertahankan bumi Melayu ketika berperang di Bansaphan, di Prachuap Kirikhan. Siam gagal!

Pada 1283, Raja Ramkamheang pula menyerang, Raja Sang Tawal yang memerintah Ligor hingga ke Langkasuka telah berundur ke Bedelung setelah Ligor jatuh pada 1292. Pada 1294 Raja Sang Tawal menyerang balas dan berjaya membuat sempadan dengan Siam Sukhotai di Petchbuti-Ratchburi, di selatan Bangkok. Apabila Raja Ramkamheang menyerang lagi pada 1299, dia telah dibunuh oleh Raja Melayu, Puteri Urduja anak Raja Sang Tawal. Selepas itu, Ligor diperintah oleh cucu Raja Sang Tawal, Sultan Mohamad Tahir yang sudah memeluk Islam. 

Pada 1350, Siam menyerang lagi iaitu saat Raja Lamuttal balik ke Jawa. Apabila Ligor jatuh, Siam terus menganggap Ligor adalah taklukannya. Mereka memberi taraf Muang Pratetrach, yakni negeri setia yang tunduk kepada Siam, sedangkan Raja-raja Melayu terus memerintah. Bezanya, raja dahulu mempertahankan negeri, raja sekarang menjadi alat musuh, demi kuasa menggadai negeri.

Siam tahu Ligor adalah kerajaan terkuat di selatan dan boleh menjadi pusat perluasan wilayah mereka. Sejak itu, Siam tidak lagi berperang dengan orang Melayu, sebaliknya menyuruh pemimpin Melayu Ligor yang menyerang Kerajaan-kerajaan Melayu. Melayu vs Melayu! Itulah strategi Siam... Mari kita lihat contoh kejatuhan Melayu kerana diserang oleh Melayu...

1. Pada 1373, Raja Ligor, Nai Ka telah menyerang dan menjajah negeri-negeri Melayu di pantai barat seperti Randung, Bunga dan Bukit yang menjadi jajahan Majapahit. Sejak itu Randung (Ranong), Bunga (Pha-nga) dan Bukit (Phuket) jatuh ke tangan Siam. Pada abad ke-18, Siam menyerahkan wilayah-wilayah kepada orang Cina yang dilantik sebagai raja-raja. 

2. Pada abad ke-15, Raja Ligor, Dewa Sura telah diarahkan supaya menyerang Pura (Pahang). Pahang menjadi jajahan Siam sebelum dibebaskan oleh Melaka;

3. Sejarah Melayu menyebutkan Siam telah mengarahkan Awi Dicu menyerang Melaka dua kali. Tetapi gagal. Siapa Awi Decu? Awi ialah gelaran bagi raja yang menjadi wakil Raja Siam (kadang-kadang disebut Okya), Dicu pula gelaran Siam bagi Raja Ligor yang disebut Decho. Ertinya, Awi Dicu itu adalah Raja Ligor (dalam surat Siam, Sultan Melaka disebut Awi Melaka).

4. Pada 1668, Sultan Sulaiman Singgora telah mangkat. Puteranya menjadi raja bergelar Sultan Mustafa. Adindanya, Nik Husein menjadi Raja Muda dan Nik Hassan menjadi Laksamana. Seorang lagi putera, Nik Mahmud memberontak. Siam melantiknya menjadi Raja Ligor dan diberi gelar Phraya Ram Decho. Pada 1680, Siam arahkan Sultan Mahmud Phraya Ram Decho menyerang Singgora. Sultan Mustafa kalah. Sejak hari itu, Singgora tidak ada raja lagi. Pada 1777, Siam melantik seorang Cina, Yiang Sae Hao menjadi Raja Singgora bergelar Phraya Songkhla. Sejak itu, Dinasti Yiang Sae Hao memerintah Singgora sebagai raja sehingga 1901. Selama 126 tahun, negeri Melayu berajakan Cina. Keluarga Cina ini selalu disebut Na Songkhla.

5. Pada 1769, Siam serang Ligor lagi setelah Long Nai Sitthi, seorang Raja Melayu mengisytiharkan Ligor merdeka pada 1767 dan memakai gelar Raja Musika. Bila kalah diserang Siam, Raja Musika berundur ke Patani. Setelah itu, baginda ditahan oleh Siam. Sebagai perdamaian, anaknya, Preng dijadikan gundik Raja Siam, Phraya Taksin (bangsa Cina) dan Raja Musika kembali menjadi Raja Ligor bergelar Phraya Nu Nakhon. Pada 1811, anak Phraya Taksin dengan Preng, dilantik menjadi Raja Ligor bergelar Chao Phraya Noi Nakhon. Sejak itu, anak Cina dan keturunannya menjadi Raja Ligor sehingga 1901. Mereka disebut Na Nakhon.

6. Kejatuhan Kerajaan Patani pada 1786 juga kerana peranan Ligor! 

beberapa contoh, bagaimana negeri-negeri Melayu lenyap kerana pemimpinnya khianat. Pahang pernah terjajah, Melaka diserang, Singgora menjadi milik Cina (juga Ranong, Pukhet dan Jering) dan Ligor sendiri hilang kedaulatannya...

Berhati-hati dengan pemimpin khianat. Tidak sedar diri diperalat. Akhirnya tanah air tergadai, bangsa tersadai...

Kredit:Dr mohd

Monday, April 19, 2021

kena sack jugak

Kena jugak mour.

The best manager failed jugak. Bawak manager power tak gerenti suksess

Saturday, April 17, 2021

nak laju internet

Terjumpa satu cadangan yang menarik :

Cari modem Original Huawei B618@B818,then pakai simcard unlimited quota dlm rm35-50 sebulan...Ramai expert dah tau mmg berkenaan+terbukti lajuUUUU.......

Tuesday, April 13, 2021

belasungkawa

Hari ni dapat message di FB yang senior jenan83 telah pergi mengadap Allah untuk selamanya.
Kami pernah satu dorm di satria form 1 dan 2 masa aku baru masuk dulu. Masa form 3 rumah bubar dan aku ke cendikia.


Assalamualaikum wr wbt.
Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat J83 kami  *Noreffendi Manaf*  Fendi Manaf telah kembali ke rahmatullah pd jam 520 pagi ni(Rabu 14/4) di Air Hitam,Kedah.
Sama2 lah kita mendoakan agar roh Arwah di tempatkan di kalangan mereka yg beriman&bertaqwa,Aameen YRA🤲
Sama2 lah kita hadiahkan Al-Fatihah utk Arwah.

Sunday, April 4, 2021

kenapa

Copy paste dari FB

Jundi Tarbawi

ANTARA SEBAB KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO

Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat.

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.

Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nukilan kami di atas adalah penyebab utamanya. Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua.

Saturday, April 3, 2021

jalan2 KL

Hari ahad semalam jalan2 KL dengan si kecik pi tengok ummi yang dok di grandcon hotel periksa kertas spm.

Sempat jugak jengok projek dan lalu highway lama di kpg baru

kenduri

Alhamdullilah semalam dapat ke kenduri tuan rumah lama tokey nasi lemak Lido di padang jawa.

Kami dulu masa awal kahwin menyewa rumah di jalan pak mahat, kampung jawa klang

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...