Friday, October 31, 2014

Kuliah magrib

Minggu depan kuliah magrib di surau darun najihin andalas berkenaan dengan penghayatan hijrah oleh ustaz rahim nasir selepas magrib

Monday, October 27, 2014

minyak 1

hal minyak buat hati jadi panas lagi.

selepas tengok berita semalam, dah tak tau apa nak cakap lagi.


Matrik ukm jenan 85

Menerusi whatassp lapan belas orang x matrik ukm jenan dapat dikesan. Ada yang tak pernah berhubung sejak zaman matrik atau ukm.
Grup matrik ini adalah yang terakhir untuk ukm dijenan.
Beberapa photo yang dapat di paparkan.

Thursday, October 23, 2014

Bowling

Semalam masa cuti Deepavali, puak2 engine mania Ukm 8788 sempat gader bowling di metro point pekan kajang yang sungguh nostalgia untuk kami semua.
Lapan peserta bermain kali ni ditambah dengan ropandi dan rozihat junior yang baru balik dari bahrain.
Yang paling jauh datang, mat pie dari kulaijaya.
Juara kali ini mokhtar electric. Rahman J tempat last.
Apa2 pun lepas tu pekena satey kajang kat stadium.

Wednesday, October 22, 2014

gila

selepas kecoh pertukaran kepimpinan selangor, heboh pasal arak.
minyak naik dan budget tahun depan.lepas tu tuduhan melayu pendatang.
lepas tu lagi anjing pulak jadi bahan berita.

sekarang ni hujan lebat, puting beliung yang memusnahkan beberapa tempat.

lepas ni apa pulak?

gila...gila...gila.....

apa nabi pesan bila huru-hara macam ni?

Sunday, October 19, 2014

Belasungkawa 2

Seorang lagi sahabat pergi mengadap ilahi minggu ini kerana serangan jantung.
Dia supervisor aku masa projek jalan gebeng dan gong kedak. Sebelum itu aku tak perasan dia masa di projek hiway simpang pulai. 
Tahun lepas aku berteh tarik dengan dia dan nasrol di kuala terengganu. Tak sangka itu kali terakhir kami berjumpa dan bercerita.
Semoga arwah di tempatkan bersama orang2 yang beriman.

Al fatihah

Friday, October 17, 2014

Kawan

Dalam minggu ni aku jumpa tiga kawan yang related dengan matrik dan ukm.
Dua orang jumpa di matrik dan sorang lagi di sekali masa kamsis Kuo.
Mat piah dah jadi ustaz.
Azimi jadi cikgu di temerloh.
Mael sahak dah ada bussiness sendiri.

Alhamdullilah

Wednesday, October 15, 2014

Belasungkawa

15.10.14
Hari ni aku dapat panggilan dari adikku pak wan yang cu marinah kami dah kembali ke rahmatullah pukul 3.30 petang tadi setelah lima belas tahun bapaku tiada. Kesan serangan jantung dan hati seperti bapak ku dulu juga yang mengakhiri hayatnya.
Dalam masa itu dah dua orang bapa saudara ku di jemput Allah pulang. Cu adalah mak saudaraku yang bongsu dari arwah chiaq Pin. Sekarang ni tinggal dua orang lagi yang masih hidup, ngah mad dan mak njang tiah.
Semoga diampunkan dosa2, dijauhkan siksa kubur dan di tempatkan bersama orang yang beriman.

Damailah disana.

Tuesday, October 14, 2014

Cabai ku

Projek kebun terbaru untuk kali ni cabai dan tomato.
Cabai dah pindah dari tapak semain manakala tomato masih tengah semai. Minggu boleh pindah kut.
Alhamdullilah rumman aka delima dah makin berbuah. Semoga terus subur untuk kami sekeluarga makan buah yang disebut dalam quran yang semua anggotanya ada khasiat untuk manusia.
Karipole ni pulak baru beli tadi.

Apa makna

Hari ini aku sarapan di Lido klang pulak.

Yang menarik dan tak terfikir adalah kenapa Allah temukan dengan dua orang lelaki yang bercakap sendiri dan macam hilang Ingatan.

Apa sebenarnya yang Allah nak tunjuk?

Monday, October 13, 2014

Sijangkang

Hari ini jalan2 sarapan di sijangkang

sebelas hari bulan

sebelas haribulan beberapa bulan ini sungguh significant.

sebelas ogos tarikh akhir sebelum aku pindah ke fasa baru.
sebelas september ummi diuji dengan lutut koyak.
sebelas oktober dah tiga bulan aku di fasa baru dan sebulan sebok menguruskan ummi.

apa yang berlaku masa akan datang hanya tuan agama yang tahu.

subhanallah

Saturday, October 11, 2014

Ya rahman ya rahim

Semalam masa kuliah subuh, ustaz yang membaca kitab tanbihul ghafilin menyarankan kita membaca ya rahman ya rahim sekurang2 100x selepas subuh.

Mashallah ...Mashallah. ....sedih sangat bila mencubanya

Friday, October 10, 2014

Bajek

Ramai kecoh pasal bajek 2015 kat Fb dan Wa grup.
Ada yang bodek, ada yang suka.

Tapi teringat aku prop kangkung kat radio tadi kata kalau nak depa bagi bajek berhemah, kita kena buat bajek sendiri yang berhemah dulu.

Adooiiiiii.....

Thursday, October 9, 2014

Hari jumaat 2

Beberapa minggu lepas aku ada tulis pasal orang balik lewat solat jumaat sampai huru hara trafik orang nak keluar dari parking mesjid.
Dah dua jumaat macam ok tapi hari ni geng tu macam ada balik.
Selepas memerhati dan berfikir, aku rasa orang ni ada masalah atitute.
Dia dahla tak reti nak parking kat tempat yang pihak mesjid sediakan. Dia parking tepi jalan pulak.

Orang macam ni memang biul

Ujian

Dalam hidup ni selain dari ujian syaitan, harta dan pangkat, hubungan sesama manusia juga ujian yang hebat.
Hubungan anak dengan mak bapak, dengan adik beradik dan saudara mara, kawan2 dan yang tak kurang penting dengan jiran2.
Ujian dengan jiran ni sangat mencabar rupanya. Kalau jiran tu bagus, kita la pulak jadi ujian jiran kita.
Kalau jiran tu haprak, pengsan la kita sebab kita hari2 dengan dia selagi salah sorang pindah.
Jiran2 aku kira okey la.
Ada la sikit2 yang weng tu. Tapi kita ok la

Saturday, October 4, 2014

Name tag Ireka

Tadi masa tengah mengemas terjumpa pulak name tag masa kerja dengan Ireka dulu.
Sepanjang aku kerja dengan kontraktor inilah satu2nya syarikat yang bagi name tag macam ni.
Projek mana dan kenapa dibuat aku dah lupa.

Doa semasa marah

Semalam semasa mendengar kuliah dari ustaz wan berkenaan ibadat korban sempat juga dia menyelitkan nasihat untuk kaum emak dan bapa dalam mendidik anak2.
Salah satu cerita yang aku sangat tertarik adalah macamana doa mak imam besar masjidil haram masa dia marah. Imam ni masa kecil adalah seorang yang tersangat nakal. Dalam satu peristiwa masa jamuan, imam ini telah tersepak dulang makanan yang menyebabkan mak dia sangat malu dan tiba2 berdoa, anak bertuah, moga besar nanti menjadi imam di masjidil haram mekah.
Di pendekan cerita maka terjadilah apa yang didoakan oleh si mak terhadap anaknya. Maknya berkata munkin semasa dia marah itu Allah makbulkan doanya.
Nasihatnya bila marah kat anak2 sebutlah perkataan yang baik2.

Waallahua'lam

belasungkawa

Semalam dapat berita di FB pak khalid menghembuskan nafas terakhir. Dia kawan lama masa projek BP dulu. Semoga tenang di sana. ...