Thursday, June 27, 2019

Bergasak dengan budak sekolah

7.  Taman Kajang Jaya
Bergasak dengan budak sekolah.

Satu hari seorang budak sekolah datang ke rumah kami. Katanya hendak tumpang belajar dengan abang-abang university. Kami tak membantah kalau-kalau niat dia betul dan dapatlah bagi tunjuk ajar apa yang patut. Dia pun keluar masuk rumah dengan bebas. Lagi-lagi rumah kami jarang kunci.
Setelah beberapa minggu ada beberapa orang complain hilang duit syiling yang di letak atas meja atau tepi-tepi dinding. Shukri pula hilang keris kecik ajaibnya. Suspectnya tentulah Mat P. P adalah gelaran kami kat budak tu.

Setelah berbincang, kami plan untuk trap dia. Dia selalu datang petang dekat magrib dan balik sebelum kami balik makan malam. Munkin masa kami keluar makan tu dia buat kerja ambik duit. Patutla asyik ada rokok saja. Malam tu kami keluar dan patah balik tak lama kemudiannya. Dia kena tangkap red handed bila di check duit yang kami sengaja letak ada kat dia. Dia pun diinterogate oleh kami yang di ketuai oleh inspector Abi. Semua orang belasah dia tapi Tok Ketua masih tunggu  dia mengaku ambik keris kesayangan dia. Bila dia mengaku saja, kami tergamam bila Tok Ketua tiba-tiba naik minyak dan belasah juga. Setelah selesai, budak tu pun di lepaskan.

Esuk pagi tengah syok-syok tidor, tiba-tiba ada orang datang menjerit dan memukul peti surat dan terus masuk ke dalam rumah yang tak berkunci dan marah-marah sambil mencabar kalau berani pergi rumah dia untuk selesaikan kes belasah anak dia. Setelah cukup korum, kami pun beramai-ramai ke rumah dia untuk settle dengan bapak Mat P. Selepas argue macam-macam kes tu pun selesai dan Mat P tidak kelihatan lagi selepas tu.

20.5.2019
Ampang

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...