Friday, June 28, 2019

Practical training

12.  Praktikal Training

Salah satu komponen penting semasa pengajian adalah kewajipan menjalankan praktikal training dengan firma consultant atau syarikat pembinaan.
Aku dan rakan sekuliah Suntara telah disenaraikan untuk training di consultant GEA yang beribu pejabat di Subang Jaya. Tuan firma tu adalah Tuan Ir shaikh Waheed dan bekas ketua jabatan kami dulu iaitu  Ir Dr Ramli pun berada di situ sebagai penasihat Geoteknikal. Consultant ini lebih kepada bidang geotechnical. Selain membuat rekabentuk geotechnical-geotechnical lain, mereka juga merekabentuk dan menyelia projek tambakan di Sime UEP ( sekarang subang Jaya) menggunakan kaedah control filling. Kaedah ini adalah untuk mempercepatkan proses penambakan tanah dan rumah dapat di buat dengan segera setelah filling tanah siap.
Training kami dibahagikan kepada office dan site. Di office aku ditugaskan untuk menolong Ir Jasni dalam rekabentuk geotechnical untuk project Serendah Golf Resort.
Manakala di site pula kami bersama-sama site engineer dan technician lain dalam menyelia kerja-kerja tanah. Dua orang engineer situ kemudiannya menjadi ARE di projek  pertama yang aku kerja di Plus highway, Ipoh.

Semasa praktikal itu aku menumpang di asrama perubatan di Hospitak Besar KL. Selain aku ada beberapa orang geng enginemania yang duduk di situ sementara praktikal di kawasan KL. Aspa dengan consultant Ranhill. Che Min dengan Perunding Zaaba yg office di Kampung Baru. Rozmey pun duduk di situ juga. Tiap-tiap pagi selepas subuh aku terpaksa berjalan kaki untuk mengejar bas ke Subang Jaya.  Balik juga dengan bas dari Subang Jaya. Selalu sampai malam di asrama. Ianya berlanjutan selama tiga bulan. Kemudiannya aku membawa motosikal pulak. Semasa inilah aku menjual motor Honda PN1159 dan membeli motor Yamaha, plet AAK 2267 di sebuah kedai di Sungai Way. Motor inilah yang aku bawa ke Ipoh setelah mula bekerja dengan Ireka Berhad. Dua bulan terakhir kemudiannya aku menumpang sewa di  rumah staff  GEA  di Shah Alam.
Setelah enam bulan, aku balik ke kampus untuk  menghabiskan pengajian di tahun empat.

28.5.2019
Ampang

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...