Saturday, April 29, 2023

raya ke empat

Raya ke empat

Hari raya keempat kami di Alor Setar & Kuala Nerang.
Pagi kami ke kuala nerang rumah anak murid ummi masa di kisas. Ex student tu ada dusun yang ada rumah di dalamnya. Tapi kami tak pergi sebab belum lagi musim buat. Plan tu simpan untuk masa akan datang.

Aku juga talipon tok moh kalau dia dah balik raya. Rupanya dia dia masih di kpg mesjid, perlis.
Petang tu kami lepak di alor setar saja sambil berjalan-jalan tengok sawah yang dimulakan tanaman padi.

raya ke tiga

Raya ke tiga kami ke keluar ke perlis.

Mula2 ke padang besar  sebab ummi nak beli mangkut tingkat dan steamer. Kami ke tempat lama membeli belah dulu, arked mara. Tempat baru wallmart tak pergi takut jemmed terok.

Selepas tu kami balik dan dinggah di empangan timah tassoh. Kena lima ringgit entrance fee.
Di situ kami makan bekalan yang dibawa.

Thursday, April 27, 2023

raya kedua

Raya kedua aku di AS saja.

Tengahari tu sessi membakar ikan untuk tengahari. Selain ikan bakar, ada gulai telor ikan plotan yang aku bawa khas dari klang.
Sayur daun dan bunga geti. Juga kerabu pelam.

Heaven.

tiga belas tahun dulu di Dubrovnik

18.2.2009 - 18.2.2023

Dubrovnik, Croatia.

Setelah hampir sembilan puluh hari di BH aku terpaksa keluar  untuk chop passport bila visa kerja belum siap.
Kami pergi tiga orang. Dengan Eddy orang malaya dan local Almir Sehovic  yang bawa kereta. Dalam perjalanan singgah di Travnik dan Mostar serta melalui jambatan Franco Tjuman untuk sampai ke sempadan.
Dubrovnik adalah bandar tepi laut yang terletak di Croatia. Ada kota lama yang dari zaman roman yang masih terpelihara. Terletak dekat laut Adriatik yang hampir dengan itali. Salah satu pelabuhan pelancongan yang tercantik di dunia. 
Tapi kos barang2 di bandar ini sangat mahal. 
Kami pergi balik hari saja. Lagipun tujuan asal hanya nak keluar sempadan dan chop passport saja.
Sepanjang perjalanan yang bergunung ganang yang sangat cantik lagipun masa ni dah habis musim sejuk.

Bila boleh sampai lagi sini?

raya pertama 2023

Solat raya di mesjid kubang siam.
Hanya kami tiga saja yang pergi.
Faizal dan keluarga balik perlis.
Kami raya dengan mak.
Hampir tengahari adik aku datang dari tok kumbar.

raya 2023 balik AS

Tahun ni raya balik AJ, alor setar.

Pertama kali cuti seminggu. Lepas ummi habis sekolah, selasa terus gerak.
Perjalanan lancar cuma hujan lebat sangat di tapah ke bidor.
Keluar ke gopeng untuk cari juadah berbuka dan masuk balik simpang pulai.
Perjalanan lancar lagi sampai juru. Malangnya bertembung dengan orang balik kerja sampai berbuka puasa dalam kereta. Berhenti solat dan makan dikawasan rehat muda kemudiannya terus ke AS dan sampai sebelum pukul sepuluh malam.

Thursday, April 13, 2023

dah berhabuk

 alhamdullilah dah 23 hari puasa tahun 2023.

semoga pencarian al qadar berterusan hingga akhir ramadan.


dah lama tak menulis disini.

terlebih tiktok sejak akhir2 ni.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...