Tuesday, December 31, 2013

Cuti seminar

Hujung Tahun ni tak sempat cuti langsung. Jadi untuk rileķ dengan famili kami sekeluarga ke satu seminar yang di ketuai oleh pakar mata.
Pegi balik baik komuter ramai2 dari klang ke hentian putra.
Selain dia ada jugak ustaz dan seorang bekas korperat yang hebat jugak.

Keseluruhan kontent bagus dan sangat menyentuh perasan.

Harap ummi dan anak2 dapat sesuatu.

Monday, December 30, 2013

Kena lagi

Tadi masa datang untuk tibai sop kat BP walk, aku parking kereta kat jalan masuk pos.
Ingatkan depa dah tutup kedai, tiba2 bunyi hon kaw-kaw sambil ada satu driver pos laju tu jerit-jerit.

Tarpan betui aku sambil pergi alih kereta.

What a day today !!!!

Kena bantai

Hari ni adalah hari yang bahagia bila kereta aku kena langgar dan aku tak marah dan stress.
Maaf..maaf pak cik. Kata budak tu.

Kalau dulu mau aku seranah dia tujuh keturunan.

Alhamdullilah.

Saturday, December 28, 2013

Kenduri

Alhamdullilah tadi sempat ke majlis kenduri anak tn hj bhar di bukit mahkota.
Ada jumpa x ireka, percon dan Bhm.

Cuma kami masih tertunggu bila agaknya kenduri abang Mas kitaorang

Tuesday, December 24, 2013

Sudah 16 tahun

Hari ni 25 december dah enam belas tahun bapa tinggalkan dunia ni.
Cucu kembar pun baru setahun lebih masa tu.

Cepatnya masa berlalu

Bila lagi

Tadi dapat kiriman gambar ni kawan yang sedang buat umrah sekarang ni.
Nampaknya dah full swing kerja pembesaran di masjidil haram.

Bila dapat ke sana lagi?

Betrayed

Today comfirm I had been betrayed by one of my trusted staff.
Money will make some people lost their minds when opportunity comes.

At that time they forgot god.
They forgot they will ended in hell.

Eventhough this is not the worst I had experience but I still sick about it.
No use if you are good worker but no integrity.

Friday, December 20, 2013

Kemaruk

Ingatkan zaman internet tak memeningkan kepala.
Lagi hancor.
Lagi2 sekarang ni cuti sekolah.

Penat sungguh dengan gen-Y ni.
Bila kerja lagi sakit bos

Tuesday, December 17, 2013

Dah kena

Lepas Spurs kena tibai lima kosong dengan livefuul, AVB kena sack.
Bila result dah tak ok dan bolos berbakul2, bos besar terpaksa buat keputusan.
Teringat macai aku yang tiga orang dulu bila bos besar dah rasa diaorang bukan orangnya untuk habiskan projek

Monday, December 16, 2013

Naik harga

Semalam sempat sarapan di kedai pak haji di KJ setelah tiga minggu terus ke batupahat.
Sakitla telinga bila pak haji ni dok marah2 orang yang komplen barang naik. Dah tak boleh elak katanya.
Kena telan jugak. Gula di indon pun empat ringgit sekilo.

Habihla

Friday, December 13, 2013

Gen y

Today I really sick with some of gen y.

First they thought they are very good but hampeh.
Second they are poor organizer.
Thirdly they dont know or sure what they are doing.

Entertaiment are their priority.

How to move foward?

Thursday, December 12, 2013

Kena lagi

Kesian mamat ni.

Kena lagi.

Komen?
Malaslah.
Nak cover apa2 ke

Tuesday, December 10, 2013

Biryani power

Hari ni sempat pekena biryani power taman soga dengan kawan dari kulaijaya.
Sama2 tengah stress kena taji dengan bos pagi2 buta tadi.

Monday, December 9, 2013

Kecoh

Beberapa minggu lepas kecoh ada kontraktor pegi tolak tempat yang ada binaan dari batu sungai di merbok.
Tempat ni aku pernah pi masa di tingkatan satu di jenan.

Beberapa tahun sebelum tu kecoh sebab ada orang jumpa tempat peleburan besi.

Lepas tu senyap.  Tak da sapa peduli.

Munkin penemuan situ menyenakan perut ramai orang. Dah berkurun kita kena tipu.

Apasalahnya kena tipu seribu tahun lagi.

Friday, December 6, 2013

Kenduri azam

Aku miss lagi kenduri kesyukuran jiran  Azam malam ni
Tapi katanya ada kiriman gulai kambing....Alhamdullilah

Thursday, December 5, 2013

Hadiah

Alhamdullilah semalam dapat hadiah topi ni dari kawan yang baru balik dari south afrika

Percon kerteh

Tadi masa bukak beg kecik terjumpa gambaq masa projek di kerteh dengan percon.
First time jadi weekend husband.
Anak2 kecik lagi. Si kembaq baru tiga taun. Thurayya baru beberapa bulan.
Sedih sangat bila di kenang. Bila balik hari jumaat, diaorang ambik masa sehari nak ingat bapak depa.
Soalan maut mat akir sampai sekarang tak boleh lupa.
" kenapa bapak dah lama tak datang rumah kita?"....
Adusssss.....
Sekarang kembar tu dah Spm. Bayangkan.
Tapi sabarlah.
Rezki allah bagi.
Semua kuasa allah.
Tentu ada hikmahnya

Wednesday, December 4, 2013

Housemate di bosanski

Minggu lepas dapat mesage dari housemate lama semasa di ilidza bosnia.
Eddy chong mamat tua yang gila nak pi Austria kampung Mozart. Last2 dia pi jugak driver sorang2. Tak pasai aku nak ikut.
Banyak kenangan dengan dia di sana. Masa mem aku pi, dia jadi jurukamera tak bertauliah.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...