Saturday, April 6, 2024

erti

Dari grup sunnah Thtl :

Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL)
Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pertama islam, the golden generation

Salafiyah= kelompok yg menisbahkan diri kpd salafusoleh, dlm semangat ber agama dan menjauhi bid'ah
Salafiyah ada tiga grup yg semua ambil ilham dari imam ahmad dan ibn taymiyah.
1. Salafi wahabi, muhd abd wahab, 1792m
2. Salafi egypt, azhari (univ al Azhar), syeikh muhd abduh, syed ridha
3. Salafi india (syah waliyullah)
Dari tiga induk salafism, pecah lagi kpd 70 sub salafi.

Jadi kalau kalian minat nak folow salafi yg mana, trace sanad salafi tu dari jalur saudi, egypt atau india.

Asyaairah maturidiah, kumpulan yg memisahkan diri dari salafiyah pada abad ke4H kerana ingin berdepan dgn kumpulan muktazilah, falsafah, kullabiyah. Ia menjadi aliran yg majoriti dan dominan disemua negara oic.
Asyairah maturidi kemudian bergabung dgn kullabiyah  falsafah, sufi, tareqat dan membentuk tembok besar melawan gerakan salafiyah + tajdid .

Tamat

Tuesday, February 6, 2024

belasungkawa

Semalam dapat berita di FB pak khalid menghembuskan nafas terakhir.
Dia kawan lama masa projek BP dulu.

Semoga tenang di sana.

Wednesday, January 31, 2024

buku SBJ

Baru habis baca buku salleh BJ yang sampai pada 18 januari 2024 di RG bukit khor.

Buku yang menarik.

Monday, January 29, 2024

buku tokoh konterversi

29.1.2024 aku habis baca buku autobiographi penulis konterversi KA.
Buku ni aku beli pada 17.8.2022 dulu. Zaman virus covic yang kerap kali kita kena duduk di rumah bila kes meningkat.
Tokoh parti kepala lembu ni aku selalu tengok buku atau suratkhabarnya masa kecik2 dulu. Arwah pak cik senapi, jiran aku yang kuat kepala lembu di kampung dulu selalu jumpa arwah bapak aku. Lobi kut.
Buku hadis yang diharam dulu pun arwah dapat percuma dari pak cik senapi. S3mpat juga aku baca.

Friday, January 26, 2024

makan tengahari

Hari ni dengan kedatangan akir, kami pergi makan tengahari ikan bakar di Cendering.

gigih

Hari ni solat jumaat di kijing.

Aku nampak seorang tua yang sudah tak larat tapi dangat gigih untuk bersolat.
Dia berusaha berdiri juga walaupun bongkok dan solat atas kerusi.

MashAllah

Wednesday, January 24, 2024

siakap goreng

Hari ini makan tengahari di tepi sungai marang.
Kali pertama mencuba siakap goreng sg kerak port ni dan tak mengecewakan.

Bole dah bawak geng ramai lain kali.

Wednesday, January 10, 2024

cctv dan lunch

Setelah pasang cctv kereta aku pergi makan tengahari di pafa mie andalas. Ummi tak ikut sebab dia jumpa bff sekoloh.

Teringat air apple asamoi semalam, ambik satu dengan nasi lemak dan mushroom sup sekali dengan garlic bread.

persediaan

Hari ni bermula persediaan majlis untuk kembar no 1.
Surprised dulu

heppy birthday

Hari ni birthday ummi ke 55.
Pagi2 kami ke avisenna untuk follow up lutut dan kencing maneh ummi.
Setelah selesai kami celebrate di setia alam, chef zuber.
Makanan sini best sangat.

Nanti kena repeat lagi.

Tuesday, January 9, 2024

cerita tentang siam

Tadi aku ada short heavy discussion dengan kawan lama tentang isu2 disekitar segenting kra terutama tentang siam.
Kawan lama aku ni kira sangat cekap tentang hal2 ni.
Disebabkan terlalu berat sangat kursus pendek alam maya ni aku terpaksa ambik sikit nota sebab banyak sangat fakta dan tarikh.
Soalan mula adalah berkaitan dengan pemahaman siapa siam yang disebut2 orang.
Aku juga punya teori sendiri pasal isu ni. Jadi ini adalah kesempatan terbaik untuk dapatkan penjelasan.
Sikit nota aku tulis semula sini untuk rujukan dan simpanan.
Devravati - dari lembah menam. Ada campuran mon, khmer.
Sukotai - kerajaan dari 1238 to 1584 yang raja terkenalnya ada rama khambeng yang mati dipenggal kepala oleh vijayamala.
Ayuthaya - 1351  to 1767. Di srang berterusan oleh burma terutama along phaya pada 1760 dan di sambung oleh anaknya h siu baung dan menjarah hingga hancur.
Selepas itu datang panglima taksin menyujudkan kerajaan thonburi dari 1767 to 1782. Kemudiannya mereka ke laos untuk bawa balik patung budha zamrud yang menjadi rebutan. Dia, phra phunthayutfa culalok kemudiannya merampas kuasa dan menyujudkan dinasti chakri pada 6.4.1782 dan menjadi rama satu.
Sekarang rama 10. Sementra perlisi di persetujui oleh rama 3.
Siam ini kemudiannya menjadi thailand pada 1936 iaitu selepas lebih dua puluh tahun perjanjian bangkok 1909.
Daripada semua2 itu siam kuno asalnya dari campuran berbagai grup seperti tai, mon khmer, malai, arab, jawa dll.

Letih betui tapi terimakasih kepada sahabat lama aku yang begitu bersemangat menceritakan kepada aku.

Monday, January 8, 2024

teksi pak harun

Masa kemas2 tadi terjumpa kad teksi sewa pak harun.
Masa aku membuat haji dulu, aku berharap dapat untuk bagi nasihat. Tapi sampai aku balik langsung tak ada2 sapa.
Bila balik kami naik flight ke alor setar untuk ambik balik kakak dan piya yang kami tinggalkan sepanjang kami disana. Kami tinggalkan mereka berdua dengan tok dan jiha.
Masa berborak dari alor setar ke paya, pak cik ni telah memberi nasihat yang aku cari2.

Apa nasihat tu? Aku tengah pikir untuk ingatkan balik.

Tapi apa2 terimakasihh pak harun.

Friday, January 5, 2024

nursery banggol chiak

Lepas pekena nasi kabouli, kami ke banggol chiak nursery jumpa kawan sekolah ummi. 
Sampai sana terjumpa pulak cikgu sekolah rendah ummi yang tengah sebok menjala talapia di kolam kebunnya.
Alhamdullilah dapat rezeki dua ekor talapia fresh.
Ummi jugak menangkap anak pokok rambutan gula untuk ditanam di redzai guesthouse.

Thursday, January 4, 2024

nasi kabouli

Hari jumaat ni aku jalan2 breakfast di padang mengkuang untuk cuba nasi kabouli sekali lagi. Tuan kedai ni kata nasi ni ada herba dalamnya. Herba apa tak tanya la pula.
Kali ni nasi ni di makan dengan ayam bakar.

Alhamdullilah

selamat bersara

Hujung tahun lepas sahabat engineMania ukm hj asfa telah bersara sepenuhnya setelah bekerja selama lebih tiga puluh tahun dimana dua puluh sembilan tahun di dengan lebuhraya malaysia pelus.

Tahniah bro.
Heppy retirement.

pantai kekabu

Hari ni lepas pekena kari ikan, teru healing di pantai.
Section pantai tu masih banyak sampah.
Macam nak buat Ngo 'clean the beach' lepas ni.
On the way balik, bungkus pizza sini untuk dinner.

Wednesday, January 3, 2024

buku pertama 2024

Buku pertama habis baca tahun 2024.
Ala biographi prof SHA yang ditulis oleh anak.

kerutuk itek

Hari ni sempat cuba kerutuk itek masa balik dari ziarah kawan ummi.
Boleh cuba lagi ni.

Monday, January 1, 2024

koleksi pokok

Hari ni start dengan ke tempat jual ikan di sg kerak, tepi sg marang. Ada ikan, udang, ketam dengan harga yang murah.
Kemudian ke nurseri untuk menambah koleksi pokok ummi.

satu january

Inilah january tahun baru pertama selepas bersara.
Duduk di rumah saja sambil membuat sedikit kerja infra dan potong rumput.
Makan pagi dan tengahari ala kadar saja.
Lepas asar baru keluar untuk makan malam di kedai afiq ikan bakar. Kedai terlwtak di kawasan cendering.
Kali ini pekena ikan merah tiga rasa.

Alhamdullilah

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...