Showing posts with label x-percon. Show all posts
Showing posts with label x-percon. Show all posts

Wednesday, February 19, 2020

kawan lama

Tadi Masa lepak di office dalam pukul empat, tiba-tiba dapat call dari kawan lama yang dok di Taman Kosas. Dia baru balik dari kerja di Bukit Jalil.

Asalnya seorang ahli Bomba, kemudiannya tukar ke bidang safety.

Mula jumpa dia Masa project AKLEH di Jalan Sultan Ismail, dekat Kampung Baru masa aku dengan percon. Lepas project siap, kami tak jumpa lagi. Masa tu aku masih site engineer lagi.

Kemudiannya Masa aku joint Bumihiway sebagai project manager, dia  dah jadi manager safety. Lama jugak kami bersama-sama dalam company tu. Masa aku balik dari India dan ke Gong Kedak, dia masih Ada lagi. Bila Aku balik HQ di PJ kemudiannya, dia dah tak ada di syarikat lagi. Banyak tribulasi berlaku dalam syarikat masa itu. Ramai yang penin tengok. 
Dia dah buat haluan sendiri dan Aku masih kayuh dengan Bumihiway sehingga sampai ke Bosnia. 
Bila aku mengetuai satu syarikat pembinaan  dalam group bumihiway/selia, aku cari dia sebagai freelance safety.  Ini adalah syarikat terakhir aku dalam group.  Masa aku buat Kem askar. Tapi dia terpaksa tarik diri sebelum project siap sebab masalahlogistics dan clash meeting dengan project dia yang lain.
Kemudiannya bila Aku project di Ampang, selalu jumpa untuk teh tarik di Taman Kosas. Tapi dia terlepas berita aku kena heart attack. Setelah hampir setahun setengah baru tadi dapat jumpa. Panjang cerita terutama pasal aku kena heart attack.
Banyak sharing yang menarik tadi sementara melihat orang buat jambatan dari tingkat satu Aeonbig.

Konklusinya diumur begini, kami patut slow gear dan biar orang muda beraksi.

19.2.2020


Thursday, February 13, 2020

belasungkawa


Tadi dapat message dalam grup ex percon yang sahabat kami sudah dijemput Ilahi.

Aku pernah terlibat dalam project masa aku project engineer dulu.
Mula-mula di SAE, kemudiannya Akleh Dan akhirnya di Kerteh. Kami pernah duduk sebilik dulu masa zaman outstation di Kerteh.

Lepas aku berhenti dengan Percon, terus tak jumpa dia lagi. Cuma dapat info dari FB dan juga Rozmey yang adik dia jadi menantu arwah.

Innalillilah.
Allahumagfirlahum warhamhum Suhaimi Ibrahim.

Friday, September 6, 2019

atas jambatan baru siap

130. Gambar lama atas jambatan baru siap di Kesas highway.

Kerja dengan Percon Corporation.
Hutan belakang tu sekarang dah penuh dengan rumah.
Masa ni kami dah pakai topi safety dan boot

Monday, January 30, 2017

Gader2 x percon Sae B

Semalam sempat ke restoran hj tapah putrajaya jumpa geng percon SAE(B) dulu, Malik Dan Tajol.

malik yang dah  60an masih meneruskan survey di penang manakala Tajol yang dah 55 tahun ni.

alhamdullilah masih sehat deoa berdua ni.

Friday, March 27, 2015

X percon kkrp di klang

Dua hari lepas sempat jumpa dua macai lama x percon kkrp kerteh yang tengah jaga jambatan klang. Sorang lagi dulu konsultant.
Si black selalu jugak jumpa tapi zahari yang kami panggil sarjan tak pernah jumpa sejak aku berenti dari projek kerteh.

Sudah empat belas tahun rupanya

Sunday, February 8, 2015

Walimah anak malik

Alhamdullilah semalam dapat jumpa kawan2 lama x percon di rumah malik sempena walimah anak perempuan dia.
Mat jamaludin, hisham, pak lah, zainal dan tajul sempat jumpa semalam.
Sebahagian Daripada diaorang sama2 kerja di projek shah alam expressway hampir 18 tahun lalu.

Cepatnya masa berlalu.

Wednesday, September 3, 2014

Brader dari kemamang

Tadak angin ribut tiba2 si blaklck talipon bagitau dia kat kelang buat test tanah untuk jambatan ketiga.
Ingatkan dah pindah sini, rupanya mai tunjuk muka meeting jer.

Wednesday, August 13, 2014

Raya x percon di kajang

Alhamdullilah semalam ada kesempatan menziarahi kawan2 lama otai percon. Mula sekali malik di kpg bakar baginda, kemudian ke sek 4 bangi rumah dahlan dan akhirnya singgah di rumah chief survey che alias di sekamat.
Kami kemudian di sertai oleh sabirin dan khairul.

Friday, August 8, 2014

Raya 4

Alhamdullilah tahun ni ada kunjungan sempena raya dari x percon surbey khairul. Kami sama2 di kerteh dulu.
Sekarang dia dah freelance untuk servey kat platform minyak.
Rupanya dia pun ada masalah bila selalu tinggalkan anak lama2 outstation.

Time to move on bro.

Saturday, January 11, 2014

Tahniah bos SJ

Tadi on the way dari johor sempat singgah kenduri kawen anak x boh percon SJ di bayu lake homes kat mantin.
Berputar2 aku cari. Rupanya silap entrance.
Sejak belah dari percon kerteh december 2000, kali ni baru jumpa dia.
Alhamdullilah masih sihat dan majlis berjalan lancar.

Thursday, December 5, 2013

Percon kerteh

Tadi masa bukak beg kecik terjumpa gambaq masa projek di kerteh dengan percon.
First time jadi weekend husband.
Anak2 kecik lagi. Si kembaq baru tiga taun. Thurayya baru beberapa bulan.
Sedih sangat bila di kenang. Bila balik hari jumaat, diaorang ambik masa sehari nak ingat bapak depa.
Soalan maut mat akir sampai sekarang tak boleh lupa.
" kenapa bapak dah lama tak datang rumah kita?"....
Adusssss.....
Sekarang kembar tu dah Spm. Bayangkan.
Tapi sabarlah.
Rezki allah bagi.
Semua kuasa allah.
Tentu ada hikmahnya

Monday, April 4, 2011

belasungkawa abang zul

minggu lepas aku menerima berita yang abang zulkifli mansor yang pernah menjadi supervisor aku mas kerja di percon corporation telah meninggal dunia. kami pernah berkerja bersama-sama masa di projek shah-alam expressway (kesas), elevated hiway di kpg baru dan kuantan kerteh railway. sebelum ni mansor, seorang lagi bekas staff percon meninggal dunia. Al-fatihah kepada kedua-duanya.  Photo : ( abang zul motorgrader -dua dari kanan bersama otai-otai percon lain selepas lunch farewell aku di kerteh)

Saturday, December 11, 2010

kenduri di taman TAS kuantan

tadi sabtu 11 december aku ke kuantan meraikan kawan lama che wan semasa bekerja dengan kompeni percon.

dah lama aku tak jumpa dia sejak meninggalkan projek gebeng.
nasib baik dapat dia cari aku lagi, kalau tak tak sampai lah sini.

sempat tangkap gambar sebelum melantak biryani

dengan bapak pengantin dan otai-otai percon.
dari kiri : malek, aku, wan, dollah karim dan elias

entah apa dua orang surveyor ni dok gelak-gelak.
cerita dah dapat gelaran datuk kot...


bapak pengantin gembira sakan dengan saudara-mara


abdullah karim yang dah lama sangat tak jumpa

walaupun sekejap dan terus balik tapi kepuasan tak terhingga.
bukan setakad jumpa bapak pengantin tapi tiga lagi kawan lama.

Monday, January 4, 2010

perjumpaan dengan x-percon

malam ahad baru-baru ni akhirnya jadi juga teh tarik dengan beberapa x-percon yang dah lama tak jumpa. ada yg sejak 1999 dan 2001. dah lebih 8 tahun rupanya aku meninggalkan kompeni ni sejak projek terakhir landasan keretapi kerteh ke kuantan.

ada yg putih rambut,misai dan janggut. ada yang badan dah naik gila-gila, semakin besaq.ada yang masih kerja walaupun dah lebih 55 tahun....
ada yang tak berubah langsung macam si osman lab!

banyak cerita-cerita lama dan apa dah jadi sepanjang sepuluh tahun ini.
cerita-cerita kenkawan yang ke alam baqa juga terselit. sayu juga mendengar

entah bila boleh jumpa lagi puak-puak ni.....








yang datang malam tu :
dahlan survey
malik survey - penganjur
sabirin
tajul - dah anak 5 rupanya
nadzir
osman

spurs makin bungkus

Ingatkan selepas berbelanja besar  spurs akan mencanak naik tapi hampas. Menang belum, gol selepas match kelima baru score. Entah apa nsk ja...