Monday, April 27, 2015

Perangai teruk

Benci betul aku puak2 ni.
Masuk campur hal yang tak ada kena mengena dengan dia.

Sunday, April 26, 2015

Ijtimak 2

Alhamdullilah hari ni sempat ke Ijtimak hadis ke 2 di lubok merbau bersama 2 geng engine mania.
Selain abi dan man J, shiha juga dapat ikut kali ni.

Aku 4.30 am dari klang, ambik Abi dan shiha di jejantas pukul 5 dan 5.30am ke bukit beruntung ambik man j.
Kali ini solat subuh di rnr tapah macam dulu.

EngineMania lain yang hadir hj duang, jiji dan pak der.

Saturday, April 25, 2015

Remedi untuk resdung

Remedi kat umah untuk resdung.

1. Olive oil
2. Minyak habbatus sauda
3. Pati delima
4. Madu

Campur semua dengan nisbah 3 madu :1 lain2 dan kacau.

Minum sesudu besar tiap2 pagi sebelum sarapan.

Monday, April 20, 2015

Hassan badri zainudin

Masa dok scan gambar lama pak ku untuk slide re union terjumpa photo member satria yang duduk sebelah katil aku dulu. Sayangnya dia keluar masa form 2 dan langsung tak jumpa lagi selepas tu.
Hassan badri dari serdang kedah.

Entah dimana dia sekarang.

Tuesday, April 14, 2015

Tak bermazhab?

Malam ni kena cari buku lama ni sebab ada kawan ajak muzakarah.
Lagi2 sekarang ni dah serabut macam2.

Tajuk : islam tidak bermazhab
Penulis : dr mustopha muhammad asy syak'ah
Penerbit : sykt S.A.Majeed 1995
Tahun beli : lupa tulis

Monday, April 13, 2015

Tribute TgNA 2

Satu lagi buku lama tribute untuk murabbi ummah.
Tajuk - saat cinta bertasbih.
Beli pada 29 September 2009 di mesjid rusila masa semasa balik raya aidilfitri ganu.


bunyi macam novel cinta tapi sarat dengan pengisian 18 tahun menjadi MB serta mehnah dan tribulasi yang dilalui.

Kena tak kena

Lama tak tulis pasal hal kat malaya.
Sekarang heboh pasal tax baru.

Semalam aku ke gm klang nampak poster ni.

Tribute - ust hassan

Satu lagi buku tribute untuk ustaz hassan pejuang sejati parti islam.
Dibeli pada 5 sept 2010 @ 25 ramadzan di jusco bukit raja.

Sunday, April 12, 2015

Pedoman bagi orang yang mengharapkan tuhan

Buku yang baik bagi seseorang yang baru terjumpa jalan balik kepada tuhannya.

Di susun oleh seorang ustaz dari melaka.
Buku ini hadiah kepada ummi tapi tak ada nota dari siapa dan bila.


Tok wali

Tadi terjumpa buku lama tahun 2005 pasal seorang wali di kelate yang hidup sederhana.
Tak ingat beli kat mana buku ni sebab kali ni aku tak buat nota macam biasa.

Camna buleh lupa.

Apa2 pun kisah simple tok wali hassan ni ada beberapa pengajaran.

Jenan84 reunion

Reunion batch 84 kali ni hampir jadi kenyataan.
Ahad lepas meeting di ampang jaya untuk finalkan event.

Selepas selesai meeting dan melawat kedai t shirt, pak ku pulak belanja nasi kandaq royale kedah.

Alhamdullilah.

Thursday, April 9, 2015

Penawar bagi hati

Bulan ni bermula pengajian kitab ni di surau.

Beli pada 9.4.2015 di pasar jawa klang.

Dah tak pandai jawi lama kena la cari yang rumi walapun koleksi jawi dah ada.

Tribute TGNA

Setelah TgNa kembali ke rahmatullah, terjumpa buku lama ni.
Di beli tahun 2005.

Tengah ulang baca lagi sekali.
Banyak isu2 yang masih segar.

Ulang baca

Baru habis ulang baca buku yang ada tokoh2 konterversi.

Malaya tengah panas ni no komen.

Saturday, April 4, 2015

Solat gerhana bulan

����Alhamdullilah malam ni berpeluang untuk solat gerhana.
����
Solat Sunat Gerhana Bulan
04.04.2015 Sabtu  (hari ini) slps solat mghrib berjemaah.

Hukum: sunat mu'akkad (sunat yg sangat dituntut)

Niat:
أصلي سنة خسوف القمر ركعتين مأموما لله تعالى
Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala.

Cara solat:
Afdhal berjemaah d masjid & surau & boleh dibuat secara bersendirian.
Sama spt solat sunat dua rakaat biasa. Bezanya qiyam & ruku' dua kali stiap rakaat. Sunat dibaca jahr (terang).

1. Qiyam baca alFaatihah & surah
2. Ruku' (pertama)
3. Qiyam baca alFaatihah & surah
4. Ruku' (kedua)
5. I'tidal
6. Sujud pertama
7. Duduk antara dua sujud
8. Sujud kedua
9. Qiyam baca alFaatihah & surah
10. Ruku' (pertama)
11. Qiyam baca alFaatihah & surah
12. Ruku' (kedua)
13. I'tidal
14. Sujud pertama
15. Duduk antara dua sujud
16. Sujud kedua
17. Tahiyyat akhir
18. Salam

Wednesday, April 1, 2015

Belasungkawa

Belasungkawa sahabat jenan84 ridzuan zainol yang meninggal petang tadi.
Kami pernah sekelas dari tingkatan satu hingga tiga.
Kami juga pergi sekali ke nadwah di kik klang.

Semoga damai disana kawanku

belasungkawa

Semalam dapat berita di FB pak khalid menghembuskan nafas terakhir. Dia kawan lama masa projek BP dulu. Semoga tenang di sana. ...