Hari ini kelas ketiga hadis bukhari setelah dua sebelem ini adalah berkenaan biograpi imam.
Hari ini permulaan membicarakan hal kenapa imam memulakan dengan basmalah terus kepada subjek.
Nota yang digunakan oleh ustaz SAR adalah dari terjemaham dan ulasan gurunya maulana.
Bahas pasal basmalah dah 10 mukasurat! Belum lagi tujuh ribu hadis. Ustaz kata dia mengikut selama empat belas tahun untuk khatam semuanya.
Nota ini pun hanya muatkan tujuh hadis berserta syarah dan munkin mengambil masa tiga bulan.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Sunday, February 25, 2018
Bermulanya sebuah perjalanan
Monday, February 19, 2018
Percubaan kedua
Alhamdullilah setelah bulan ke empat ikut talaqqi al quran di SAH dengan USAR, kali ini di mulakan pengajian hadis imam bukhari.
Untuk dua siri yang awal ini adalah berkenaan dengan sejarah ringkas hidup sang imam.
Dulu aku dan geng enginemania telah mula ikut kuliah hadis di kuala kangsar dengan maulana F tapi dek halangan yang pelbagai dah dua tahun kami terhenti. Dan aku tidak ikut mana2 kuliah hadis selepas itu.
Ini adalah percubaan aku yang kedua untuk mengenal hadis dan berharap Allah tolong untuk terus istiqamah sampai khatam.
Sunday, May 31, 2015
DQWHD mesjid as syarif - kuliah 1
Perkongsian dari sahabat kuliah DQWHD kk dan mesjid as syarif meru.
Kuliah 1 - kitab fiqhul akhbar
Imam hanafi
Assalamualaikum, saya kongsikan nota semasa sessi pertama daurah. Kalau salah, minta diperbetulkan, kalau kurang, minta ditambahkan;
Nota 23 Mei 2015
Muqadimah
Aqidah ada 2 cabang :
- Aqidah Salaf (Imam Syafie, Hambali, Malik & Hanafi)
- Aqidah Khalaf (Imam Abu Hassan Asyaari - mahzab Syafie, Imam Marturidi - mahzab Hanafi)
Terbahagi kepada 2 kerana adanya ayat mutasyabihat (tidak jelas). Golongan Khalaf mentakwilkan (menafsirkan) manakala golongan Salaf menerima secara zahir.
Ayat Muhkamat - ayat yang jelas / faham.
Kedua-dua golongan menyucikan sifat Allah daripada segala sifat kekurangan.
Dr. Wahbah Zuhaili berpendapat aqidah salaf adalah terbaik kerana mengikuti nash/dalil, berbeza dgn aqidah khalaf yg menggunakan akal & logik.
Terdapat kelemahan dengan penggunaan akal & logik utk menerangkan hal2 agama, walhal ianya mudah utk menerangkan hal2 agama dengan dalil yg terdapat di dalam quran & hadith.
Tidak boleh mengatakan kafir kepada kedua2 aliran/golongan ini kerana berbezaan ini adalah perbezaan furuq.
Antara ulama yg berpegang dgn aqidah khalaf (Asyaariah) ialah Imam Nawawi (Riyadus Solihin) & Ibnu Hajar Asqalani (Fathul Bahri/Bulughul Mahram)
Ayat nafi (Laila ha illah..)
Aqidah salaf - bermaksud semua tuhan orang kafir.
Aqidah khalaf - bermaksud semua tuhan baru yang terlintas dek akal. Tuhan orang kafir tidak termasuk, kerana ianya telah sedia maklum.
Dah sampai selangor
Sunday, April 26, 2015
Ijtimak 2
Alhamdullilah hari ni sempat ke Ijtimak hadis ke 2 di lubok merbau bersama 2 geng engine mania.
Selain abi dan man J, shiha juga dapat ikut kali ni.
Aku 4.30 am dari klang, ambik Abi dan shiha di jejantas pukul 5 dan 5.30am ke bukit beruntung ambik man j.
Kali ini solat subuh di rnr tapah macam dulu.
EngineMania lain yang hadir hj duang, jiji dan pak der.
Tuesday, March 31, 2015
Kuliah satu
Alhamdullilah ahad lepas berjaya ke lubuk merbau untuk kuliah hadis pertama.
Dari klang 4.30am, ambik Abi dan man J dan sampai KK pukul 7.30am.
Di sana geng engine mania wara yang sampai dari kelantan dan juga hj duan dan azizi yang datang dari penang.
Untuk kali ini ada tiga kuliah,
1. Pembentangan semula kertas kerja berkenaan mazhab
2. Mukadimah kitab miskatul masabih
3. Bulugul maram yang dibaca hadis pertama berkenaan air laut yang suci dan menyucikan.
Kuliah akan datang pada 26.3.2015
Wednesday, March 11, 2015
Thursday, February 26, 2015
kuliah hadis alam maya
ada seramai 200 orang dalam group.
Sunday, February 22, 2015
Mengaji hadis
Kelas pertama di jadualkan pada 29.3.2015.
Gang kl yang akan joint Abi, rahman, wara dan shiha.
roadmap DS zahid next PM11
Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely kill parti bersatu that stole their voters during p...
-
Copy paste dari FB : Dimana letaknya Langkasuka? Nama Langkasuka mula dijumpai dalam catatan China dari 梁书 Liáng shū yang menyebut sebagai 狼...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
-
Tiga puluh tahun dulu pada 18.8.1995 aku datang ke kampung rhu rendang untuk bernikah. Hari ini 18.8.2025 aku ada di sini setelah lebih set...