Saturday, December 29, 2018

Paklang

Tiga hari lepas dapat berita paklang ku kena minor stroke.

Alhamdullilah setelah dipujuk anak2 baru hendak ke hospital dan sekarang di tahan di wad.

Wednesday, December 26, 2018

Batu bersurat

Arrive 26.12.18

Kajian penulis tersohor s.m naquib.

Buku rindu eropah

Buku ni arrive 26.12.18.

Order direct Dari penulis, munir.

Tuesday, December 25, 2018

25th December

25.12.1997 - 25.12.2018.

Dah 21 tahun bapak pergi menemui Allah pada usia 55 tahun.

Aku pun tahun depan Akan berumur 52 tahun. Cepatnya masa berlalu

Sunday, December 23, 2018

Lebai lawak

Sekarang baru Aku paham kenapa kenai tak setuju si Tommy jadi P.negara.

Hanpa pun pun ambik dia jugak dulu.

Kalau tak baguih takan korang ambik

Bersabarlah sahabat

Sabar mat rodi.

Semoga Allah mengantikan Yang lebih baik untuk jadi menantu.

Friday, December 21, 2018

betul-betul kesian

rupanya orang kalah perang memang teruk kena kesannya.

Geng lebai yang kalah Pru 14 tujuh bulan sudah lagi teruk. Dahla cita-cita nak jadi menteri gagal, ramai di sebelah pantai barat mula miss soru. Jadi perangai semakin teruk macam hantu raya hilang tuan. Dok meracau semua benda yang orang buat tak betul. Hari-hari mengadap komputer dan handphone jadi keyboard warrior yang tak bergaji. Orang yang dok bagi upah pun dah kemarau duit. Tak masuk jel pun dah baguih.

Agama kalau setakad lebel ja boleh membawa kehancuran akhirnya.

Pigi rahhh

Mamat ni lepas kalah election macam maharaja lawak mega pulak.

Pigirahhhh

Semoga berjaya

Harap2 jangan merajuk dan teringat kampung dan girlfriend macam beberapa orang sebelum ni

Thursday, December 20, 2018

Tahniah

Tahniah kedua-dua tok mufti dan menteri yang buat engagement untuk bincang selesaikan masalah.

Tak la macam lebai ngok yang hanya pandai komen dan jadi keyboard warrior saja.

Thursday, December 13, 2018

Grabber 14.12.18

Hari ni appointment dengan Dr Alex.

Naik grabber Yang coach bola pulak. Menarik juga cerita dia

Spurs ke round kalah mati

Setelah struggle dalam dua perlawanan awal, spurs lepas juga ke pusingan kalah mati champion league eropah bila seri dengan Barca.

Tuesday, December 11, 2018

Hujan monsoon

Minggu ni balik rhu rendang.

Kalau dah desember, dah musim tengkujuh. Hujan hari hari.

Alhamdullilah homestay Redzai dah hampir siap.

Wednesday, December 5, 2018

Malaya ke final

Perlawanan separuh Akhir Yang dramatic Malaya Dan Siam tadi dengan menang 2 - 2. Siam gagal penalty last minute.

Padan muka siam

Tuesday, November 27, 2018

Selesai

Alhamdullilah semalam selesai procedure angiography utk second blockage Yang mengambil masa dua jam Dari pukul 8.30 hingga 10.30 pagi.

Harap2 Hari ni boleh balik Dan boleh menjalani hidup macam biasa

Sunday, November 25, 2018

2nd angiography

26.11.18

Hari ni admit untuk procedure angiography blockage Yang kedua.

Ya Allah permudahkan Kan lah

Thursday, November 15, 2018

Balik kerja

Alhamdullilah dah seminggu kerja sementara menunggu treatment blockage Yang ke dua.

Semuga dipermudahkan oleh Allah

Monday, November 5, 2018

Seruan islah SSAH

Beli 30.10.18 Di Mph setia alam mall.

Habis baca masa balik rhu rendang 5.11.18.

Alhamdullilah guesthouse Redzai sudah hampir penamat

Wednesday, October 31, 2018

Sudah dua bulan

Gambaq setelah dua bulan cuti sakit.

Berat Dari 115kg ke 103kg.

Dah makan ubat jantung selama 60 Hari.

Syukran masih panjang umur.

Dua bulan

1.9.2018 - 1.11.2018

Dah dua bulan Aku cuti sakit akibat kena heart attacks.
Sementara nak tunggu treatment blockage Yang kedua, kena service ranjer Yang dah dua bulan Aku tak bawa sendiri.

Hari ini pertama Kali service ranjer ni Di Taman sentosa, klang.

Thursday, October 25, 2018

Hari Mawaddah

26.10.18

Hari ni datang melawat dotter Di kisas utk Hari Mawaddah.

Saturday, October 20, 2018

Jalan 2 ke janda baik

Hari ni teman ummi untuk buat special kelas pelajar tahfiz Hidayah Di janda baik.

Monday, October 15, 2018

Kembali

The most political rival back together after twenty years.

Friday, October 5, 2018

Balik Ganu

6.9.18

Singgah Di rnr temerloh on the way balik ganu

Buku baru

Alhamdullilah sampai juga buku ni.

Argi

Grab hari ni

5.9.18 Friday

Hari ni follow up selepas angiography.

Hari ni Naik grab pergi Dan balik. Dua2 driver adalah India cuma masa pergi veteran Yang berumur 59 tahun Dan balik tadi muda lagi.
Yg veteran rupanya pernah kena attack Dan sudah pasang enam stend. Nampak nya sihat sekarang walaupun sudah lapan tahun.
Yang muda tu bawa grab part time Dan banyak idea untuk dapat lebih pendapat.

Thursday, October 4, 2018

Follow up

5.9.18
Follow up Di umsc.

Sunday, September 30, 2018

Sudah sebulan

1.10.18

Sudah sebulan sejak Aku kena heart attacks Dan masuk hospital Shah alam.

Alhamdullilah

Wednesday, September 26, 2018

Discharge

26.9.18
Setelah angiography selama dua jam lebih Dan pasang stern untuk satu blockage, Aku Di benarkan keluar.
Satu blockage lagi munkin lagi tiga minggu atau sebulan bergantung kepada keadaan.

Terimakasih doktor Alex L Yang buat procedure angiography.
Ummi Yang meneman dua malam sampai demam2.
Datuk Haji Fauzi, bos di melaka Yang datang melawat.
Last sekali ex student ummi Yang hantar balik.

Menunggu

Pukul 5 petang tadi Aku dah admit untuk procedure angiography pagi2 esuk.

Sunday, September 23, 2018

Hari ke 24

Hari ni Hari ke 24 Aku masuk hospital.
Sudah 20 Hari Aku keluar.

Allah masih mengujiku.
Harap Aku tabah Dan redza.

Angiography melalui takaful insurance Yang sepatutnya Di buat Hari ni gagal atas sebab proses/prosedur insurance Dan hospital. Aku tersepit tengah2.

Petang ni Aku Akan pergi lagi hospital untuk mencari tarikh angiography menggunakan GL ummi.

Ya Allah permudahkan lah aku

Friday, September 21, 2018

Cerita grabber 4

Kali ni Dari menara timur PPUM balik Andalas.
Dreba ni dok Di kpg Medan Dan isteri dia nurse Di emergency PPUM.
Asal Johor tapi dibesarkan Di KL. Dulu buat kerja lain tapi keadaan ekonomi dah teruk tak boleh continue lagi. Tiga bulan lalu jadi grabber. Dia kata jadi grabber boleh selesai Kan masalah wife pergi kerja Dan hantar ambik anak2 sekolah.
Masih heppy jadi grabber.
Cost 41 ringgit.

Aku bagi Lima Bintang jugak.

Cerita grabber 3

Kali ni kedua Kali ke PPUM.

Order smooth walaupun Kali pertama cina tu kansel.
Dia duduk Di sentosa. Jadi full-time grabber. Nampak nya sangat heppy jadi grabber. Dulu seorang surveyor Di tapak pembinaan macam Aku. Bila dah mula kahwin Dan semakin meningkat usia dia terpaksa Cari option lain.
Sangat positive Dan dah dapat rentak jadi grabber untuk maksimumkan pendapatan.
Juga sampai PPUM tanpa sebarang masalah.
Cost 42.70

Aku bagi Lima Bintang jugak

Cerita grabber 2

Grabber 2 ni Dari PPUM ke klang.

Kali ni Aku tersilap booking. Tekan entah macamana, semua konfius.
Tapi dia call balik interested nak hantar ke klang.
Grabber ni orang KL tapi dah give up. Hujung bulan ni dah nak buat kerja lain.
Banyak persaingan katanya.
Aku sampai Klang tanpa sebarang masalah.
Cost 41 ringgit.
Aku bagi Lima bintang

Cerita grabber 1

Bila kena ke hospital PPUM, Aku nak Cuba pergi dengan kereta grab.
Rupanya grabber-grabber ni Ada kisah masing2.

Kali ni kisah grabber Yang pertama Dari Klang ke PPUM.
Orang meru dah berusia Lima puluhan.
Ada teksi sendiri Dan sekarang Cuba jadi teksi grabber.
Seorang Yang berani mencuba berbagai Cara menggunakan teksi untuk Cari makan.
Macam2 pengalaman sebagai dreba teksi diceritakan kepada Kami.
Sampai ke PPUM tanpa sebarang masalah.
Cost klang - PPUM adalah 47 ringgit.

Aku bagi dia Lima bintang

Tuesday, September 18, 2018

Tinggal kenangan

Buku ni Aku beli 2003 Di balok.
Empat tahun setelah zaman reformasi Dan masa ni bahang masih terasa.

2018 menyaksikan tumbangnya gergasi 60 tahun tapi Dalam masa Yang Sama mencederakan ramai orang Dan perahu hijau turut pecah.

Sekarang atas alasan Yang lemah, gergasi Yang tumbang tu hendak dijadikan Kawan.

Selamat tinggal

Sunday, September 16, 2018

Sudah dua minggu

Malam ni sudah dua minggu Aku mula sakit.
Dari admitted ke hospital, balik Dan pergi appointment Yang tak jadi.
Menunggu minggu depan terasa sangat lama.

Saturday, September 8, 2018

8.9.18

Gambaq selepas hampir seminggu sejak masuk wad kecemasan.

Alhamdullilah

Wednesday, September 5, 2018

Survive serangan jantung

Hari Raya Haji 2018 tahun sungguh bermakna.
Setelah gagal mendapat bahagian korban Di surau, Aku Cuba Di agrofarm pak cik Jam untuk korban kambin.
Kali ini juga Kali pertama Aku sembelih sendiri kambin Dan dengan si kembar Kami proses sebelum bagi kepada jiran2.
Malam tu Aku muntak terok Dan terasa lemah sangat. Aku ke klinik Dan check BP. Doktor kata ok Dan Aku Ada masalah angin. Setelah cuti sakit beberapa Hari Aku pergi kerja Dan plan balik utara untuk selesai kes tanah.
Setelah balik Dari alor setar malam jumaat, esuknya Aku kerja.
Petang tu Aku balik awal Dan Malam tu ke surau berjemaah.
Tapi Aku balik sebab Rasa sesak nafas.
Lepas isyak, Kami ke klinik Dan check BP.
Mashallah reading dah 200 lebih.
Bila ke emergency Di hospital Shah alam, terus Aku Di pasang tube untuk keluar air Yang berlebihan.
Aku tidur Di wad kecemasan semalaman Dan BP semakin turun Dan ok.
Kemudian Aku dibawa ke wad pemerhatian sebelum ke wad sebenar keesokannya
Setelah tiga Hari Aku keluar sementara menunggu untuk pemeriksaan jantung Di PPUM minggu depan.

Alhamdullilah Aku masih panjang umur Dan survive serangan jantung.

Sunday, August 19, 2018

Akhirnya

Prk sg kandis memulakan.
Pengesahannya Di prk seri setia.

Tamat sudah pengelibatan Aku.

Satu sajak menarik untuk kenangan Yang Aku copy Di FB.

Pru 14 itu bermain mata.
Sg Kandis tu meminangnya.
Balakong itu ijab dan qabulnya.
Seri Setia itu bersanding berdua.
Itulah cinta diusia tua.
Tak boleh mengawan pun tak mengapa
Asal boleh dijadikan teman buat bertegur sapa
Asalkan bahagia buat la apa sahaja.
Tak boleh mengandung pun tak mengapa.
Asalkan boleh berpeluk dan bergeli gelian melepas rindu kerana zaman muda keduanya saling mengata, saling mengkapir dan saling berkata dusta.
Alahai cinta orang tua.
Lebai dan cinta hatinya...

18.8.18

18.8.95 - 18.8.18

Dah 23 Aku Dan ummi bernikah.

Banyak suka Duka Kami harungi bersama.

Untuk Kali ini Kami keluar berdua untuk meraikanya. Tapi semalam dinner dengan semua anak2 Di restoren Chinese food Yang Di pilih ummi.

Semoga Allah rahmati Kami.

Monday, August 13, 2018

Ribut di malaya

Lepas habis PRK, isu hangat melibatkan nafsu songsang.

Puak2 yang menyokong marah bila menteri suruh buang poster yang mempromosi puak sonsang ni.

Lagi hangat bila menteri jumpa sorang dari diaorang dan buat press conference sampai satu Malaya hinggaq.

Berkelahi habis termasuk geng ustaz .

Apa nak jadi ni.

Saturday, August 4, 2018

Perang kota raja 2

Belum tiga bulan perang lagi dikota raja, Dun sg kandis.
Kali ni Ph vs Meno ja.
Bulan bagi chance pulokkk.

Thursday, July 19, 2018

Big dreams

Post world cup.

Nice article about how little country had achieved big dreams by enter final world cup.

Kata2 Dalam Bahasa Balkan ni sungguh menarik.

'' MALA ZEMLJA VELKI SNOVI "

Sunday, July 15, 2018

Family day

Alhamdullilah family day HS di kuala selangor berjaya juga.

Sempat juga aku cari mayong bertelor pagi semalam

Juara

Akhirnya perancis jadi juara Kali kedua setelah dua puluh tahun mengalahkan pasukan degil Balkan, Croatia dgn 4-2.

Wednesday, July 11, 2018

Keluar juga

Setelah riuh segala macam, englanterra kalah 2-1 dengan puak Balkan, croatio.
Setelah 20 tahun yugoslavia ke suku akhir, kini serpihannya telah membuat sejarah.
Kali ini mara lagi jauh ke final dan ada peluang jadi juara.

Menanti di final pasukan yang bermain secara effective untuk menang iaitu perancis.

Sama2 kita tengok nanti

Tuesday, July 10, 2018

France ke final

France ke final lagi.

Team Yang effective sekali lagi menang.

Friday, July 6, 2018

Kena kick out

Cerita world cup 2018.

Dah suku akhir.

Team amerika selatan, uruguay dan brazil kena tendang keluar semalam.

Memang susah depa nak hidup bila world cup di buat di eropah.

Mungkinkah final france vs england?

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...