Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Monday, September 20, 2021
belasungkawa
Thursday, February 27, 2020
belasungkawa
Ini message suami beliau ke group WA kami.
'Assalamualaikum.
Sunday, February 16, 2020
tahniah Man
Friday, February 14, 2020
belasungkawa
Tak banyak info yang ada tentang dia cuma telah berkeluarga dan dulu tinggal di Melaka.
Tuesday, February 11, 2020
Surat lama
Masa ni aku kerja di kuantan.
Saturday, October 5, 2019
memoir ku siap juga akhirnya
Tuesday, July 9, 2019
pensyarah
Pensyarah
Prof Ariffin juga keluar menjadi bos SIRIM. Sekarang sudah tak dengan berita lagi.
Kemudiannya pada 2017, Berita Dr Jamal Geoteknikal yang telah bergelar datuk telah menjadi developer di Thailand. Dr Ismail bekas penyelia thesis aku telah Ada consultant sendiri, DRI consult.
Yang terbaru Dr Othman penyarah ombak telah dilantik senjadi salah seorang TNC.
Dua tahun lepas aku terjumpa Dr Wan di Mesjid Teras Jernang dan dia mengetuai anak syarikat consultant UKM.
Ampang
rehlah ke sungai Dua
Rehlah ke Sungai Dua
Setelah sampai di opis PLUS Sungkai, kami terus mencari Hj Aspa dan sekali lagi pekena soto sambil berborak cerita lama. Hj Aspa tak dapat ikut kali ni dan kami berempat terus ke Penang.
Selepas solat jamak berjemaah, kali ni ke kedai nasi kandar pulak. Ada sotong goreng garing sedap. Perut dah kenyang dah mula nak balik.
Selepas pekena kopi di rumah Duan sekali lagi kami gerak balik dan singgah cari jeruk Pak Ali pulak. Ini bekal untuk bos kat rumah pulak supaya jangan soal banyak-banyak.
Ampang
Cafe The Spoon
Café The SPOON.
Arwah Halid dalam kenangan
Korum biasa yang selalu muncul seperti Man J, Abi, Memey, Shiha, mokhtar, Aspa dan Ghazali tidak ketinggalan datang gader-gader di The Spoon.
Tasek permai, Ampang
perjumpaan di restoren Haslam
Perjumpaan di Restoren Haslam.
Ampang.
15. survey camp
Tasek permai
Shukri Adam/Rahman/ Rozmey / Asparizam
Shukri Adam / Rahman / Rozmey / Asparizam
Ampang
16. Ke Gunung Semanggol
Ke Gunung Semanggol
Ampang
14. Tahun akhir
Masa ini aku sebok cari data traffic di Jalan Sultan Ismail, KL. Hampir setiap hari ke sana dari pagi sampai petang sampai collection data habis. Aku ke sana dengan van atau kadang-kadang kereta technician. Selepas itu aku hari-hari ke lab dalam hutan untuk kira traffic. Setelah presentation thesis, aku masih tinggal di BBB sehingga dapat kerja. Beberapa interview aku pergi sehinggalah aku dapat kerja dengan Ireka Berhad yang sedang buat projek di Ipoh. Masa tengah kerja ini aku pergi konvo dari Ipoh dan di sertai oleh mak dan pak cik aku. Bapak aku masa ini di masukkan ke hospital kerana sakit.
Ampang.
13. Tahun empat di Bandar Baru Bangi
27 Ramadan
Ampang
Friday, June 28, 2019
Practical training
12. Praktikal Training
Salah satu komponen penting semasa pengajian adalah kewajipan menjalankan praktikal training dengan firma consultant atau syarikat pembinaan.
Aku dan rakan sekuliah Suntara telah disenaraikan untuk training di consultant GEA yang beribu pejabat di Subang Jaya. Tuan firma tu adalah Tuan Ir shaikh Waheed dan bekas ketua jabatan kami dulu iaitu Ir Dr Ramli pun berada di situ sebagai penasihat Geoteknikal. Consultant ini lebih kepada bidang geotechnical. Selain membuat rekabentuk geotechnical-geotechnical lain, mereka juga merekabentuk dan menyelia projek tambakan di Sime UEP ( sekarang subang Jaya) menggunakan kaedah control filling. Kaedah ini adalah untuk mempercepatkan proses penambakan tanah dan rumah dapat di buat dengan segera setelah filling tanah siap.
Training kami dibahagikan kepada office dan site. Di office aku ditugaskan untuk menolong Ir Jasni dalam rekabentuk geotechnical untuk project Serendah Golf Resort.
Manakala di site pula kami bersama-sama site engineer dan technician lain dalam menyelia kerja-kerja tanah. Dua orang engineer situ kemudiannya menjadi ARE di projek pertama yang aku kerja di Plus highway, Ipoh.
Semasa praktikal itu aku menumpang di asrama perubatan di Hospitak Besar KL. Selain aku ada beberapa orang geng enginemania yang duduk di situ sementara praktikal di kawasan KL. Aspa dengan consultant Ranhill. Che Min dengan Perunding Zaaba yg office di Kampung Baru. Rozmey pun duduk di situ juga. Tiap-tiap pagi selepas subuh aku terpaksa berjalan kaki untuk mengejar bas ke Subang Jaya. Balik juga dengan bas dari Subang Jaya. Selalu sampai malam di asrama. Ianya berlanjutan selama tiga bulan. Kemudiannya aku membawa motosikal pulak. Semasa inilah aku menjual motor Honda PN1159 dan membeli motor Yamaha, plet AAK 2267 di sebuah kedai di Sungai Way. Motor inilah yang aku bawa ke Ipoh setelah mula bekerja dengan Ireka Berhad. Dua bulan terakhir kemudiannya aku menumpang sewa di rumah staff GEA di Shah Alam.
Setelah enam bulan, aku balik ke kampus untuk menghabiskan pengajian di tahun empat.
28.5.2019
Ampang
Teras jernang
ENGINE MANIA UKM.
11. Teras Jernang
Setelah tamat tahun dua, kami pindah lagi. Kajang terasa jauh sangat dengan UKM. Kadang-kadang terasa hilang focus sebab banyak aktiviti ke Pekan Kajang. Bandar Baru Bangi masih tiada peluang. Kali ini terjumpa rumah sewa yang terpencil di Kampung Teras Jernang. Kami menyewa dua rumah yang bersebelahan. Di kawasan yang sama WARA and the gang juga menyewa. Penuh budak-budak EngineMania situ. Korum masih sama kecuali Suntara dan Azizi balik ke kampus. Tapi kali ini di sertai dengan Duan, geng MRSM Kulim Aspa.
Kalau dulu di Pekan Kajang. Tapi kali ini tersorok dari orang luar. Jalan masuk ke situ sempit dan bersemak, lagi-lagi selepas batching plant. Rumah itu berada di kawasan bawah highway KL ke Seremban. Di sini tiada siapa akan report polis kalau kami bising. Tapi sini tiada padang lagi untuk bermain bola.
Ingatkan bila pindah ke tempat terpencil, kami akan berubah. Tapi rupanya lagi kencang ke Kajang. Lagi teruk malam-malam pukul satu atau dua pagi pun pergi. Apatah lagi bila ada yang menjerit lapar-lapar dan yang jadi burung hantu tidur siang, berjaga malam.
24.5.2019
Tasek permai, Ampang
Taman kajang jaya
ENGINE MANIA UKM.
6. Taman Kajang Jaya
Bila masuk tahun dua, majority kami tak dapat penempatan di kampus. Yang dapat munkin geng rotu macam Kamarul, yang aktif persatuan dan yang bernasib baik.
Setelah mencari rumah sekitar Bandar Baru Bangi gagal, kami membuat keputusan untuk tinggal di Kajang walaupun ada masalah transport hendak ke kuliah nanti. Aku pulak terpaksa arrange dengan arwah bapak untuk mencari motor. Motor itu di hantar melalui keretapi dari Arau ke Kajang. Aku pulak hanya ada lesen sementara yang boleh seorang sahaja bawa. Dengan motor Honda cup plet PN 1159 itu aku berulang-alik dari Kajang ke UKM kemudiannya.
Rumah yang kami sewa adalah rumah dua tingkat di Taman Kajang Jaya. Ahli-ahli engine mania yang bersama-sama duduk di situ adalah Aspa, Abi, Shukri Adam, Sukri Mat Yie, Rahman, Azizi, Suntara dan Shiha Rusila.
Banyak hal berlaku semasa di sini. Pernah polis datang rumah sebab ada orang complain bising. Ada budak sekolah datang untuk berbaik-baik dengan kami. Hal ini akan di ceritakan kemudian. Taman ini juga ada budak sekolah yang akhirnya menjadi penyanyi terkenal. Tentu orang pernah dengar nama Ruhil Amani. Brader-brader kilang yang selalu bermain bola sekali, Aris Ariwatan yang kemudiannya juga terkenal.
Selain dari kami ada tiga orang engine mania yang duduk di kampus tapi lari sebab dah kurang geng dan ketagih untuk main bola. Rozmey klate hampir tiap-tiap kali bila tiada kulih muncul di TKJ dengan Honda cup klasik dia. Bila datang habis di kejutnya semua orang untuk main bola. Time dia datang pulak ramai antara kami yang sedang membadak dan berat nak bangun.
Sorang lagi budak mekanikal, Zurin juga selalu datang. Tapi dia datang tak sekerap Rozmey. Bila tak keluar tabligh baru muncul. Kisah lucu pasal dia ni aku ingat sampai bila-bila. Satu hari dia sampai rumah hari dah gelap dan bagitau, aku ada problem. Tadi accident dan minta tambah duit nak settle dengan orang yang aku langgar. Cerita di langgar orang tu yang paling kelakar. Katanya dia Nampak dua motor di depan dan terus cilok tengah-tengah tapi terlangar bontot kereta. Macamana potong motor tapi langgar kereta? Semua yang dengar cerita Zurin konpius. Rupanya bila malam gelap dia ada masalah pengelihatan sebelah mata dia. Dia Nampak lampu belakang kereta yang dua tu seolah-olah dua motor yang sedang berjalan. Munkin slow sangat, dia terus cilok tengahnya dan bantai kereta tu. Kesian dia, dah la motor sendiri kena repair, kena pau lagi dengan pemandu kereta tu.
Seorang lagi yang selalu datang adalah Duan. Tapi dia datang bila malam saja untuk jumpa member kamcing yang bertanduk dia, Shiha. Projek depa selalunya di Kajang. Hebat diaorang ni.
20.5.2019
Ampang.
Satay kajang & sukan olimpik
9. Taman Kajang Jaya
Satay Kajang
Sesiapa yang pernah belajar di UKM, satay kajang adalah sesuatu yang sangat sinonim. Tapi untuk yang tak pernah pekena langsung, memang pelik atau orang tu phobia daging ayam. Untuk student macam kami, satay kajang ni kira eksklusif sebab budget ciput. Walaupun duduk di Kajang tapi jarang-jarang dapat pergi. Kalau gian sangat, boleh la pergi pekena sepuluh cucuk saja. Kalau masa baru dapat duit sponsor, kami akan pergi ramai-ramai dan share cost. Masa tu penuh student-student di kedai-kedai satay. Masalahnya ada yang kuat tibai macam Zurin, susahlah masa nak kira. Mentang-mentanglah Tali perut dia panjang. Dia selalu champion bila last kira berapa cucuk.
10. Taman Kajang Jaya
Sukan Olimpik 1988
Semasa di Kajang inilah sukan Olimpik Los Angeles di jalankan. Aku dan Aspa dok pikir macamana kami nak tengok sukan tu. Takan bila nak tengok kena pergi kedai saja. Masa pula bukan kena dengan waktu Negara kita. Last sekali kami decide untuk sewa saja TV selama sebulan. Setelah dapat kumpul fund dari kawan-kawan lain, kami round pekan Kajang untuk cari kedai repair TV dengan harapan dapat sewa dengan harga yang murah. Akhirnya jumpa dan bawa balik naik moto. Lepaslah gian nak tengok bola sukan Olimpik.
22.5.2019
Taman Andalas, Klang
Thursday, June 27, 2019
KFC dengan Man Janggut
8. Taman Kajang Jaya
Sarapan KFC dengan Man Janggut
Satu hari aku dan Man Janggut nak ubah selera. Oleh sebab geng lain tak ready, kami belah dua orang saja. Tapi sebab English kami dua kampong, kecoh dengan orang KFC tu.
Masa order beberapa ketul ayam, tukang order Tanya nak kentang putar tak? Tapi dia sebut benda tu dalam English. Walaupun tak paham yang kentang tu coleslaw, kami kata ok. Tapi bila order sampai, kami belasah budak tu kata kami tak pernah order benda ni. Bila dia tunjuk senarai lagi la kami nafi. Last sekali suruh budak tu ambik balik. Lepas belasah KFC tu kami pun belah dari situ.
Kesian budak tu kena marah dengan manager dia. Kemudiannya aku dengan Man gelak kaw-kaw bila teringat kami dah salah.
21.5.2019
Ampang
spurs makin bungkus
Ingatkan selepas berbelanja besar spurs akan mencanak naik tapi hampas. Menang belum, gol selepas match kelima baru score. Entah apa nsk ja...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
-
Copy paste dari FB : Dimana letaknya Langkasuka? Nama Langkasuka mula dijumpai dalam catatan China dari 梁书 Liáng shū yang menyebut sebagai 狼...
-
Aspa Cottage, kuantan. untuk staff kontraktor yang jaga project, selalunya rumah akan disediakan. Semasa di projek Gebeng, kami menyewa d...
