Showing posts with label redzai homestay. Show all posts
Showing posts with label redzai homestay. Show all posts

Monday, September 9, 2019

readzai Guest house aireil view

Terimakasih sahabat taman aslam yang ambil gambar dengan dron di bukit kor.

alhamdulliah nampat guesthouse kami.


Tuesday, February 5, 2019

RedZai Guesthouse

Alhamdullilah semalam tidur di RedZai Guesthouse, bukit kor, Rhu Rendang.

Overall dah ok cuma area slope yang perlukan improvement.

Tuesday, January 8, 2019

redzai guesthouse

pembinaan guesthouse di bukit khor hampir sampai ke penghujung setelah beberapa rintangan sebelum dan semasa pembinaan.

nampaknya ia hampir siap dekat dengan birthday Ummi esuk dan akan jadi hadiah terbaik untuknya.




Gambar terbaru  8.1.2019



Friday, March 23, 2018

Dah bermula

Setelah bermacam tribulasi akhirnya  pelan untuk bina rumah cum homestay di bukit kor dah lulus.
Pembinaan pun bermula.
Tadi bawa enginiar shukri melawat tapak dan pergi teh tarik di kelulut selepas tu.

Semoga semuanya berjalan lancar

Friday, February 16, 2018

Final nego

Alhamdullilah hari ni final nego dengan tukang rumah.
Beberapa perkara telah dapat di selesaikan.
Harga upah untuk rumah adalah rm 26 per square feet tidak termasuk beberapa perkara berikut :-

1. Sewerage tank
2. Electrik
3. Paip air
4. Cat
5. Finishing seperti tiles

Barang2 pula akan di ambil dikedai hardware jalan batangan.
Mesin2 pula akan dicari oleh Rosdi.

Wednesday, September 6, 2017

Lukisan

Setelah beberapa kali komen, akhirnya lukisan arkitek akhir telah siap.
Kini menunggu detail lukisan sebelum di hantar ke pejabat daerah marang.

Sunday, July 23, 2017

Redzai guesthouse

Projek homestay dah jadi guesthouse.

Arkitekural design aku siap dan bagi Ar anuar utk check .

Hahaha...dia kata macam design rumah kedai di Danok.

Itulah jadi bila enginiar nak jadi arkitek.

Alhamdullilah komen dia menepati citarasa ummi.

Wednesday, March 11, 2015

kabin homestay projek

semalam 10.3.2015 percincangan pertama dengan arkitek untuk projek kabin homestay .

setelah lama berfikir, aku memilih kabin sebagai bahan utama untuk projek ni bukan pembinaan yang biasa.
 kenapa kabin?
mesti ramai yang tanya terutama di rhu rendang nanti.
sekarang pun dah banyak komen kenapa kabin.

aku kali ni nak mencuba setelah projek site sebelum ni banyak guna kabin untuk opis tapi bukan untuk tempat tinggal.

semoga jadi kenyataan

Wednesday, January 7, 2015

Tanah

Alhamdullilah.
Hari ini pindah milik tanah bukit khor telah selesai.

Sekarang menunggu next move untuk projek homestay menjadi kenyataan.

Sunday, December 21, 2014

Projek baru

Tak sabar rasanya nak start projek redzai resort dan homestay kat bkt kor marang.
Ummni baru dapat geran.
Aku juga tengah usha satu lot dekat2 situ

spurs makin bungkus

Ingatkan selepas berbelanja besar  spurs akan mencanak naik tapi hampas. Menang belum, gol selepas match kelima baru score. Entah apa nsk ja...