Showing posts with label ireka. Show all posts
Showing posts with label ireka. Show all posts

Wednesday, June 22, 2022

kawan lama Ireka

 Pada 2.6.2022 aku sempat lunch dengan kawan lama, Mr Kosnov sejak 30 tahun dulu.

Kami sama2 fresh graduate start kerja dengan company Ireka di projek ipoh - simpang pulai. Dia asal dari bukit gambir, johor graduate dari US.

Kami sama2 tinggal di rumah company di taman ipoh timur hingga projek siap. kemudiannya iku Ir Yap ke projek Bullohpack di sungai Buloh.

setelah projek siap, kami ikut BC Yap lagi ke district cooling tower KLCC.

Kemudiannya aku pindah dan dia masih disitu hingga projek siap sepenuhnya. kami berpisah projek tapi aku masih duduk dengan dia di Bandar baru sungai buloh. Aku ke projek lembah beringin dan kemudiannya berhenti bila aku berkahwin dan pindah ke klang.

Kira empat tahu lebih kami bersama di Ireka dan dok serumah.

PS ; gambar kanan - masa muda trang-tang di annual dinner Ireka


Monday, December 23, 2019

jantung bengkak

Tadi dapat message geng lama Ireka, wak Kosnov masuk ijn sebab jantung bengkak.

Alhamdulliah lepas angiogram, tadak blockage macam Aku dulu.

Friday, September 6, 2019

Bangla's

132. Bangla's.
Secara tradisinya orang dari tempat yang relativenya kehidupannya susah akan keluar mencari kerja di tempat atau negeri yang lebih senang. Kalau dalam context Malaysia, orang yang susah datang dari negeri2 seperti kelantan, kedah, perlis, terengganu, Sabah akan ke negeri yang lebih baik seperti selangor. Zaman sebelum merdeka, pilihan utama adalah Singapore. Kemudiannya selangor Dan Selepas itu Penang di zaman 80an.
Dalam context international, Malaya adalah pilihan orang cina,India, Indonesia Dan selatan Thai datang untuk berbagai perkerjaan. Bangla, Nepal, Vietnam, kemboja datang di zaman 90an. Tapi sebelum itu Orang Malaya keturunan cina pula kemudiannya ke Hong Kong atau Taiwan untuk berkerja.
Mereka pergi ke negara yang sedang membangun. Bila Malaysia Mula membangun, sini pula di banjiri.
Dalam kerja construction, muka2 yang terlibat akan bertukar. Dari cina/melayu, kemudiannya Indonesia Dan Bangladesh.
Masa aku Mula kerja bangsa Indonesia yang banyak dalam construction menjadi carpenter, bar bender Dan buruh. Mandur/supervisor kebanyakkannya cina local. Melayu/India banyak jadi operator mesin. Secara semulajadi orang Malaysia Dan Indonesia sesuai untuk carpentry sebab sudah biasa dengan gergaji, tukul Dan paku. Orang India banyak bekerja dengan premix Dan railway.
Aku Mula jumpa bangla's Ni Masa di Klcc project. Walaupun mereka sudah Ada di Malaysia sebelum itu tapi mereka banyak di sektor kilang. Sektor kilang tidak seteruk construction. Munkin kerja di kilang sudah kurang, Baru mereka Mula masuk ke construction. Bangla's start dengan kerja2 besi. Potong Dan pasang besi Dan kerja concreting. Kerja2 carpenter masih di kuasai oleh Indonesia Dan kerja mereka masih kemas.
Masa ini workmanship bangla's masih teruk tapi sebab project Makin Banyak, majikan tiada banyak pilihan. Pada aku sampai sekarang skill bangla's Ni masih di tahap biasa. Kerja asal siap. Mereka juga kuat curi Masa kalau Kita biar. Aku dengar cerita di Bangladesh, mandur sentiasa monitor dengan rotan. Bila malas saja terus kena rotan. Style kerja di Sana dibawa me sini tapi sini tiada sistem rotan. Hanya sistem maki2 saja.
Sekarang Ni bangla's sudah mengawal sepenuhnya bidang construction. Ada yang dah jadi subcon lagi. Lagi2 bila beberapa tahun lepas, Ada undang2 Baru yang tidak membenarkan lagi pekerja luar yang berkerja lebih sepuluh tahun kena balik terus.
Melihat kepada situasi sekarang, bangla's akan terus Ada disini untuk tempoh yang lama lagi.
7.9.2019
Ampang

site office cabin zaman 90an

131. Site office cabin zaman 90an.
Project District cooling tower KLCC dengan Ireka Berhad.
Zaman bujang dan selalu lepak di Wisma central cari marka.

Dengan fellow site engineer, Mr Kosonov, jawa Muar yang Sedang bergaya dengan talipon special zaman dulu.

Masa project ni aku  beli first handphone brand Siemens.

Friday, September 8, 2017

Site engineer dah letih

Semalam masa brouse FB jumpa gambar lama masa kerja dengan Ireka di Klcc.
Gambar tu diambik masa tengah concreting base underground. Pouring concrete terbanyak dalam sejarah Ireka dan ambil masa dua hari setengah.

Tajuk photo tu aku bagi site engineer dah letih.
Sekarang dah lima series jadi projek manager , aku lagi letih.
Letih dengan client, consultant, internal jv dan lain2.

Tuesday, August 8, 2017

Mang Ganu

 alhamdullilah raya fitri baru ni sempat jumpa geng Irela simpang pulai Hj Mang Ganu.

Dah lebih sepuluh tahun tak jumpa. sekarang dah buat rumah baru dan tengah nak tunggu dapat cucu.

tapi dia masih outstation kerja di Serawak.
Rupanya dia dah jadi lagi besar dari aku.

Harap2 kami sihat walaupun berat dah bertambah kaw-kaw.

Friday, August 19, 2016

Kawan dan anak buah lama

Dua hari lepas selepas meeting di kpg pandan, sempat jumpa dua orang.

Satu anak buah zaman bh di gong kedak. Sekarang sudah jadi bos kontrak.

Sorang lagi sahabat lama zaman ireka simpang pulai.  Dulu di consultant.
Sekarang antara bos maintenance jalan.

Terimakasih sudi berborak 2 mengimbau kenangan lama.

Sunday, July 17, 2016

Otai2

Beberapa hari lepas dapat gambar2 LSW tokey dan Otai2 supervisor masa kerja dengan ireka dulu.

Dah banyak berubah depa selepas hampir 30 tahun dan ada yang aku dah tak kenal lagi.

Nasib baik pak hj zamri ada untuk ingatkan balik.

Sebelah Mr Lai tu Mr Lai A Song, Chong Kam Wah, Looi Eng Aun, Lim Chong Kiong, Mr Ong, Wong Hin Chaw, Choi Pang Song , ???, Mr Wee, Mr Lee Hon Nam n Mdm Lai

Monday, May 23, 2016

Hadiah

Alhamdullilah sabtu baru ni walaupun kuliah di bkt raja kensel sebab ustaz eksiden, sempat jumpa kawan lama x-ireka Hamran yang hantar orang umah belajar kek di selat klang. 

Banyak perkara yg kami berborak masa minum2 di sebuah kedai di rantau panjang.
Satu perkara yang dia ajar aku yang aku anggap sebagai hadiah terbaik hari jadi ku yg ke empat puluh sembilan.

Satu zikir untuk diri sendiri sebagai tanda syukur hamba yg mempunyai 360 sendi terhadap tuhannya.
Ringkasnya zikir tersebut adalah :-
1. Istigfar 30x
2. Selawat kpd rasul 30x
3. Kalimah taibah Laillahaillah 300x
Semoga aku dapat istiqamah mengamalkannya

Sunday, October 19, 2014

Belasungkawa 2

Seorang lagi sahabat pergi mengadap ilahi minggu ini kerana serangan jantung.
Dia supervisor aku masa projek jalan gebeng dan gong kedak. Sebelum itu aku tak perasan dia masa di projek hiway simpang pulai. 
Tahun lepas aku berteh tarik dengan dia dan nasrol di kuala terengganu. Tak sangka itu kali terakhir kami berjumpa dan bercerita.
Semoga arwah di tempatkan bersama orang2 yang beriman.

Al fatihah

Saturday, October 4, 2014

Name tag Ireka

Tadi masa tengah mengemas terjumpa pulak name tag masa kerja dengan Ireka dulu.
Sepanjang aku kerja dengan kontraktor inilah satu2nya syarikat yang bagi name tag macam ni.
Projek mana dan kenapa dibuat aku dah lupa.

Saturday, May 10, 2014

Teh tarik x-ireka simpang pulai hiway

Pagi tadi Alhamdullilah sempat joint gader2 dengan gang yang buat hiway ipoh ke simpang pulai tahun 1992 dulu.

Walaupun empat orang saja sampai tapi meriah dan gembira.
Pak ku nash masih di tabung haji.
Mail dah jadi tokey.
Abang Mas dah nak settle down kat kl. Dah ada calon kot...hehe he
Aku...masih terkejar2 seperti dulu.

Saturday, December 28, 2013

Kenduri

Alhamdullilah tadi sempat ke majlis kenduri anak tn hj bhar di bukit mahkota.
Ada jumpa x ireka, percon dan Bhm.

Cuma kami masih tertunggu bila agaknya kenduri abang Mas kitaorang

Monday, March 12, 2012

x ireka di k kangsar

dalam aku dok pi k kangsor tak sangka ada seorang kawan lama ex ireka yang dah ada bisnes sendiri.

bos lesen serbey rupanya.

dah bepuluh tahun tak bersua muka sejak december 1995. nasib baik sekarang ada teknologi handphone. tak jumpa pun dapatla cakap-cakap.

rupanya dia pun pergi haji musim yang lepas. tapi tak ditakdirkan jumpa di tanah suci.

aku pulak bila la nak jadi tokey. projek buat mee belum dapat berjalan lagi dek kerana kesebokkan yang menggila sekarang.

apa pun tahniah my fren sr azamin.........

Monday, March 5, 2012

ireka : ipoh - simpang pulai highway

sejak balik ke klang, salah satu assignment adalah ke projek di kuala kangsar. kekadang dua minggu atau tiga minggu sekali. tapi menjadi aggresif setiap minggu bila balik haji sebab dah nak dekat tempoh siap.

tiap-tiap kali ke sana aku melalui highway ipoh ke simpang pulai yang penuh nostalgia untuk aku.maklumlah disitulah aku mula mengenal dunia kerja. kerja pulak sangat mencabar untuk seorang jurutera melayu malaya. macam-macam pengalaman kerja dengan puak kulit kuning. tapi itulah yang mendewasakan aku sampai aku jadi macam sekarang.
 oklah. tinggalkan cerita-cerita tu.
highway ni nampaknya masih steady.premixnya masih bagus walaupun dah berpuluh tahun. adakah sebab design atau workmanship..?????
tentulah kualiti puak-puak kami yang membuatnya..hahahaha....tapi sekarang ni ada pelebaran dan susur keluar yang baru.
beberapa photo nostalgia yang dapat aku letakan kali ni.

ni gambar seorang jurutera sedang berada di atas mesin paver mengarahkan macai-macai indon.
sebenarnya ini adalah lakonan untuk prospektus compani ni yang nak disenaraikan di bursa kl.
ni pulak masa kami bercuti dan berjalan-jalan ke taiping masa hari raya haji.
mak chik tu emak angkat, kakak angkat kawan aku.
yang dua tu hoausemate aku kat gunung rapat. dua-dua jawa tapi yang sorang tu masih bujang.
ni masa di taman tasik taiping dengan mamat dari balok kuantan, hj tengku nasharuddin.

di pulau pangkor

engineer dolu-dolu kena bawak motor ja.
sekarang ni depa minta pajero walaupun fresh !!!!
dengan jawa banting, yazid dan tengku selepas highway siap
bergaya di tengah-tengah highway sebelum di buka kepada orangramai.
tengku dan kosnon tahun 2012.

alhamdullilah masih ceria nampaknya......

Wednesday, April 13, 2011

ke ipoh lagi

kali kedua aku ke ipoh untuk urusan kerja dalam tempoh setahun setengah ini.
kalau dulu aku ikut simpang pulai nak ke hotel herritage, tapi kali ni aku ikut ipoh tol selatan.

dah berubah rupanya tol ni selepas pihak lebuhraya membuat jalan terus ke utara.

yang  nak cerita cuma aku pernah kerja buat lebuhraya ni dari ipoh ke simpang pulai dua puluh tahun lepas.
betapa siksa masa nak mula buat kerja. maklumlah tempat ni dulu bekas lombong dan lepas tu ada orang bela babi sini. limau bali pun ditanam sini. cantik-cantik buahnya. dulu sedap juga aku tibai sebab
buahnya lebih besar nak dibanding dengan yang di perlis.
tapi tak lama lepas tu dah tak lalu nak makan lagi sebab teringatkan kebun dalam kandang.
di tempat tol ni ada juga satu kolam yang sangat besar. nak tutup ambil masa berbulan-bulan.

ni pula simpang baru ke tambun dan ipoh.

bawah tu dari tingkat sepuluh hotel. nampak tempak lumba kuda.

tapi kali ni aku tak sempat jumpa mood, kawan x-jenan aku yang sekarang dah ada bisnes baik. sebok la tu agaknya.

ni masa aku kat hiway, ada kereta gila tak sabar nak lalu. dia ingat dia sorang saja nak balik cepat. main sondol ikut suka. buka orang tak bagi jalan tapi ada kemalangan. menyampah perangai orang malaya yang macam ni.

roadmap DS zahid next PM11

Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely  kill parti bersatu that stole their voters during p...