Showing posts with label project. Show all posts
Showing posts with label project. Show all posts

Wednesday, December 4, 2019

underground culvert kena borepile

Bila drain kena borepile, semua orang pening kepala. Kesian Pak cik tu air Naik tiap2 Kali hujan. Kami pulak buang minyak dok pump longkang

Tuesday, December 3, 2019

retaining wall yang entah bila nak siap

retaining wall yang entah bila nak siap. tukar kontraktor pun Tak siap2 lagi. 
penduduk yang tak ada kena mengena menyebok pulak tu.


Sunday, November 17, 2019

kerja Hari ahad

17.11.2019

Hari ni terpaksa ke Ampang bila Operation launching beam malam semalamnya sangkut bila crane rosak Masa beam no 5. Bos besar GM pun dok call banya kali nak jumpa kat site.

Selepas sarapan dengan ummi di TAC, jalan batu tiga lama, Aku angkut dia sekali ke site.

Di Sana boh konsesi dah tunggu dan risau sebab beam masih tergantung. Jalan juga kami sudah contra-flow.

Alhamdulliah Masa aku sampai mekanik tengah repair crane Dan selesai Tak lama lepas tu.
Kemudiannya tengah tunggu operator dan crew launching sampai untuk settlekan balance beam.

Tengahari juga kami sampai balik klang.

Tuesday, October 22, 2019

launching segment

cerita semalam selepas visit VIP tak jadi singgah.

malam tadi  launching segments pier 14 dan 13 segment S2.

ini adalah percubaan untuk launching tiga segments pada satu malam.

memang tough nampaknya nak siapkan bulan february taun depan.






Sunday, October 6, 2019

bulan oktober

2.10.2019 minggu lepas siap pier yang terakhir.

Tapi masa EOT 1 sudah berakhir. EOT 2 belum nampak lagi.
sekarang adalah masa untuk pulun kerja2 launching, segmen, beam dan deck jambatan.
infra pun ada banyak lagi.
Tapi management ni dah tak sama macam dulu-dulu untuk pulun kaw2 bila dah sampai tiga bulan terakhir.

target baru adalah February 2020.



diaphram beam
RC wall yang sudah siap sedang di backfill

Tall pier arah menghala Hulu Langat

Beam yang baru launching



Tengah check tebal deck. akibat level lari, tebal dah tambah




Portal mix antara precast segment dan cast in-situ.
Penin sub con aku nak pasang stagging sini.
Dah bagitau support dengan concrete blok tak mau dengar.

Thursday, September 19, 2019

mega tool box

19.9.2019.

hari ni berkesempatan ke Mega tool box projek highway yang aku buat sekarang di Taman Segar, Cheras.

sambil dengar ceramah safety, makan2 dan sedikit net working adalah jalan terbaik bila jerubu melanda Malaya.




 dengan Senior projek manager client, CN dan Engineer Lutfi ( bawah )

semoga di permudahkan untuk siapkan projek ini secepat munkin.

roadmap DS zahid next PM11

Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely  kill parti bersatu that stole their voters during p...