Wednesday, September 29, 2021

belasungkawa

Belasungkawa

Innalillah
Allahumagfirlahum warhamhum

Dua hari lepas kita berbicara
Pagi ini aku dapat berita kau telah tiada

Tuan agama lebih menyayangimu
Mengambil mu balik di kala ini
Istiqamah mu terhadapNya tiada bandingan

Aku telah kehilangan teman berbicara tentang dunia dan akhirat untuk selama-lamanya

Semoga damai di sana sahabatku  Wan Mohd Hişamudin.

Kami kena di tahun 2001 masa aku mula jadi projek manager di sri damansara dan dia buat landscape untuk kami.
Kami terus berhubung sehingga dia balik menetak di klate beberapa tahun dulu..

Dialah kawan yang selalu berborak tentang macam2 hal dan juga memberi motivasi bila aku stress.

Monday, September 20, 2021

belasungkawa

Setelah sakit dan koma di hospital dan di bawa balik ke rumah, pagi tadi mendapat berita yang sahabat engine mania Ukm telah pergi menemui penciptanya pada pukul 1.50 pagi.
Banyak kenangan kami bersama semasa belajar di ukm.
Masih berhubung setelah tamat belajar dan sempah ziarah di rumahnya beberapa tahun yang lalu.
Kali terakhir berbicara adalah melalui VC di hari raya tahun ini.
Allahumagfirlahum warhamhum.

Semoga damai di sana sahabatku.

belasungkawa

Semalam dapat berita di FB pak khalid menghembuskan nafas terakhir. Dia kawan lama masa projek BP dulu. Semoga tenang di sana. ...