Showing posts with label kembara bosnia. Show all posts
Showing posts with label kembara bosnia. Show all posts

Monday, June 8, 2020

dari jauh aku datang



Dari jauh aku datang.

Hari ini FB kembali muncul dengan kenangan Ummi Ubaida datang melawat aku di Balkan pada awal cuti sekolah bulan Jun 2009. 
Aku telah sampai Lima bulan sebelumnya untuk satu assignment jangka pendek yang sungguh memeningkan kepala.

Dia terbang seorang diri dari Malaya, transit di Dubai Dan kemudiannya Istanbul sebelum tukar penerbangan ke Sarajevo. Dengan cekalnya balik pun seorang diri.
Dia sampai ketika kami sedang bertarung sakan dengan kontraktor mafia, Esco. 
Seminggu berada di rumah dua tingkat sewaan syarikat di jalan Fuad Muhija, Ilidza.
Walaupun Tak sempat menjelajah ke seluruh Bosnia, sempat jugak sampai ke Brelo Bosna tempat keluar air dari gunung, Sarajevo Dan Bandar lama Travnic.
Pengalaman merasa masakan keluarga local consultant engineer aku, Almir sungguh mengujakan. Dapatlah kami merasa homecook orang Bosnia. Lagi menarik kami dapat berjumpa biras Almir seorang graduate University di Jeddah yang fasih berbahasa Arab . Banyaklah info yang dapat berbanding komunikasi Bahasa ingeris Dan Bosnia antara aku Dan Almir yang tunggang terbalik.

Sudah sebelas tahun rupanya memori ni.

Tuesday, April 28, 2020

virtove riverine

Semalam Aku tengok di IG  promosi apartment baru Mak di virtove riverine, Ilidza, Bosnia tempat yang Aku pernah singgah Dan bermusafir selama enam bulan.
Hal apartment baru ni telah di beritahu oleh haji Bad dalam email baru-barru ni.

Walaupun banyak rintangan, mereka kayuh jugak.


Tuesday, February 18, 2020

virtovi riverine

Hebat bos lama Aku di Bosanski.

Dah viral dalam paper Masa lawatan menteri Malaya.

Tahniah Tuan haji BHAJ

Thursday, November 28, 2019

warkah dari Bosnia

Hari ini Aku menerima balasan email dari bos lama yang masih di Bosnia.

Tujuan aku menghantar email adalah untuk menghantar email adalah untuk mengucapkan tahniah atas siapnya Villa Mak yang terbaru yang di panggil.

Tapi sungguh Tak sangka bila membaca yang cubaan dia di sana sangat besar bila diganggu oleh musuh ketat kami yang lama.

semoga selamat haji


Sunday, March 11, 2018

Buku ottoman

Hari ni teringat kisah Balkan.

Aku tercari-cari buku pasal ottoman Yang Aku beli pada 15.7.2009 semasa transit Di airport Istanbul untuk ke sarajevo selepas balik dari Malaysia menghadiri arbitration kes project Gong Kedak.

Rupanya ini adalah Kali terakhir Aku ke Bosnia sampai sekarang.

Aku kemudiannya balik setelah project Di Sana menjadi kes mahkamah.

Saturday, October 8, 2016

Mafia Ilidja

Semalam dapat WA dari pak aji malek yang bagi gambar esco yang dah jadi president parti. Si Alija pun ada. Patutla bungkuih projek diaorang kerjakan.

Tuesday, May 10, 2016

Khabar dari bosnia

Alhamdulillah.

Hari nampak Almir consultant Zarka dah ada WA.
Bila aku post dia reply dan post gambar mesjid dan anak dia no 2.
Dulu masa aku dan ummi melawat keluarga dia di sana dia baru ada seorang anak.

Moga silaturahim terus berkembang dan berkekalan.

Thursday, February 18, 2016

Berita dari bosnia

Minggu ni dapat message dari sahabat bosnia almir Selimovic yang dia baru dapat anak kedua.
Alhamdullilah.

Semoga jadi anak soleh dan terus istiqamah dengan islam macam bapak dia

Dah tujuh tahun

18.2.2016

Tarikh yang menjadi kenangan.
Pertama jejak kaki di bumi eropah.
Sebelum tu transit saja di Austria.  Tak sempat keluar. Masih sejuk gedi.

Monday, June 29, 2015

Musafir di bumi bosnia Herzegovina

Alhamdullilah akhirnya draft manuscript cerita2 di bosnia dah siap.
Sebahagian besar adalah dari kompilasi dari blog ni. Semua catatan di buat semasa aku di sana. Lagipun blog ini bermula semasa di sana.
Sekarang buku ini dalam proses edit.
Selepas itu kalau ada cara untuk diterbit akan diusahakan.

Tuesday, February 17, 2015

Dah enam tahun

18.2.2009
18.2.2015

Hari ini sudah enam tahun aku memulakan perjalanan dari klia - bangkok  - Vienna dan sampai sarajevo untuk satu tugasan di bosnia.

Dengan pertama kali berhadapan dengan musim sejuk minus 15 degree, aku terasa sangat ketar.

Banyak kenangan yang teringat sampai sekarang.

Tapi rasa kambing bakar masih terliur sampai kini.

Tuesday, February 18, 2014

bosnia - sudah lima tahun

18.2.2009
18.2.2014

Sudah lima tahun sejak aku menjejak kaki ke bumi bosnia.

 Setiap tahun aku terkenang peristiwa ini. entah kenapa.


hendak ke sana kerja? tidak
jalan-jalan? munkin


tiga hari lepas dapat message dari Almir selimovic. Tanya khabar.
kebetulan pulak. macam tau pulak dia.


dialah yang jadi host masa ummi ke sana dulu. bawa pi rumah pekena homemade bosanski food. jalan2 di Sarajevo.
dan yang paling menarik cerita pasal islam dulu dan akan datang.


argghhh......

Wednesday, December 4, 2013

Housemate di bosanski

Minggu lepas dapat mesage dari housemate lama semasa di ilidza bosnia.
Eddy chong mamat tua yang gila nak pi Austria kampung Mozart. Last2 dia pi jugak driver sorang2. Tak pasai aku nak ikut.
Banyak kenangan dengan dia di sana. Masa mem aku pi, dia jadi jurukamera tak bertauliah.

Tuesday, February 19, 2013

empat tahun berlalu...ingatan dari bosnia


18.2.2009
18.2.2013

dah empat tahun sejak aku menjejak kaki ke bumi bosnia.
tiap tahun aku terkenang peristiwa ini. entah kenapa

perjalanan ini sebenarnya sangat sukar tapi akhirnya memberi kenangan yang tak dapat aku lupa sampai sekarang.
ianya juga mengukuhkan hakikat yang aku ini hanya seorang hamba Allah yang tak punya apa-apa.

beberapa minggu lepas aku terima kiriman di atas yang di bawa oleh brother Kassim. Tapi sayang aku tak dapat jumpa dia masa dia di malaya.

Tuesday, November 20, 2012

teringat vrelo


bila tengok brader putra di post gambar ni, aku teringat pulak tempat ni.

dah hampir empat tahun aku balik.

tahniah bro...akhirnya kau sahut cabaran ke sana walaupun tak lone renjer macam kami.

Sunday, October 28, 2012

eskobar


beberapa minggu lepas aku terima email berserta gambar ni.

yang tengah tu musuh ketat kitaorang dulu kat bosanski.

nampaknya si mafia ni dah masuk politik dan entah apa yang di perjuangkannya.

ada jugak la orang pangkah dia.....

Monday, April 16, 2012

berkatilah mereka ini

semalam dengan tak disangka, aku menerima email berserta gambar mesjid dari sahabat dari balkan, bosnia almir selimovic.
dia mengajak aku kembali semasa perasmian mesjid ini pada 17 julai nanti.

 lebih mengharukan katanya aku pernah memberi sumbangan dulu ( yang aku rasa tidak) dan aku mesti datang untuk bersama-sama mereka meraikan mesjid di kampungnya .

semoga Allah memberkati kalian semua atas usaha ini demi mengelakan islam terpadam di bumi balkan.

Sunday, February 26, 2012

tiga tahun dah berlalu

18.2.2009
18.2.2012

dah tiga tahun sejak aku menjejakan kaki di sarajevo airport dengan austrian air.
apa yang berlaku pada aku disana sangat memberikan kesan sampai ke hari ini.
rupanya rancangan tuhan ada berbagai-bagai hikmah yang tak mampu kita fikirkan masa mula-mula aku diminta datang sini.
walaupun mulanya penuh dengan amarah bila diminta datang tapi sekarang aku mengerti ketentuan tuhan.

pekembangan rohani aku mencapai kemuncaknya disini sebenarnya.

tapi kambing bakarnya masih aku terasa........

Monday, February 13, 2012

beberapa hari lepas aku sempat chat dengan almir dari bosnia. dia menyatakan yang ada banyak salji free di sana. aku ingat apa, rupanya salji yang turun menyebabkan bosnia lumpuh dan darurat.
ada tempat salji tebal melebihi dua meter.
nasib baik aku tak duduk sana lagi. entah macamana bos lama aku tu.

apa-apa lagi lima hari adalah hari di mana aku berlepas dari malaya ke sarajevo.

Saturday, February 12, 2011

bosnia - dua tahun sudah berlalu

kenangan ke bosnia dua tahun lalu datang kembali.

pada tarikh hari ini dua tahun lalu aku dipanggil dan diberitahu tentang tugas baru yang tiba-tiba datang.
agak mengejut perlu pergi dengan segera dan setelah beberapa urusan selesai, aku terus berangkat pada 18 februari melalui bangkok dan vienna sebelum sampai di sarajevo.
adakah aku menyesal dengan perjalanan kali ini?
setelah dua tahun berlalu, aku rasa perjalanan ini sangat berbaloi dan sekarang mengerti kenapa tuha mentakdirkan begitu.

beberapa gambar dan momento kenangan di rekodkan kali ini.
kad talipon di bosnia.
10 KM adalah harga kad talipon ni.
contoh satu bil
UKUPNO adalah jumlah
kad bank
kelakar rasanya. dilaminate dengan plastik saja.
itulah perangai bank asal dari jerman, bila kat bosnia buat lekeh-lekeh saja.
aku tak pikir kat jerman sana cikai macam ini saja.
bil makan masa aku berjalan-jalan ke  bandar Zenica .
tiket berlepas thai airways yang melalui bangkok dan vienna.
bila la pulak  nak merasa yang bukan ekonomi kelas?
dua orang yang saja aku pilih nak letak kat blog ni kali ini.
di kiri saudara se malaya yang bertugas di kedutaan.
sangat terimakasih kepada kawan-kawan kedutaan macam en ismaon yang selalu buat program makan-makan bila hujung minggu. dapatla aku merasa masakan malaya di sarajevo.
yang dikanan adalah seorang saudara bosnia yang pernah belajar di malaya dengan universiti islam.
sekarang dia seorang ushawan dan juga ketua alumni uia bosnia.
pas nak duduk di bosnia.
masa ni aku tinggal di jalan fuad muhica, ilidza.
kami duduk kat atas dan tuan rumah kat bawah.
yang tak tahan masa winter, dia dok kontrol heater sampai kadang-kadang kitaorang nak beku kat atas rumah.
saudara ini sangat istemewa pada aku.
aku jumpa dia masa solat di mesjid lama di tengah-tengah sarajevo.
dia mula menegur aku dengan bahasa melayu yang dia ingat sikit-sikit. rupanya dia pernah bekerja dengan lombong di indonesia masa komunis masih menguasai bosnia.

dengan saudara ini, aku tersangat rasa kemesraan antara saudara seislam yang merentasi budaya, bahasa dan warna kulit.
bil kat post opis diaorang masa tukar sikit euro ke KM
bawah ini bil bank jerman.

jemputan masa universiti-universiti di malaya yang buat program untuk pelajar bosnia belajar di malaysia
ini restoran yang ada masakan ala malaya.
rupanya tokey tu pernah jadi chef di satu hotel di malaya.
ketibaan di sarajevo pada 19.2.2009
bawah ni masa terpaksa keluar setelah tiga bulan sebab permit belum siap.
terok sungguh birokrasi nak buat permit. dah aku nak balik bila hampir enam bulan baru dapat.
aku masa ni pergi jalan-jalan ke croatia yang dekat dengan laut.
tempat bela ikan yang unik
skit gambar masa ada salji
masa ikut walkaton kanser
kota tepi laut yang sangat cantik
dengan american couple jiran aku kat ilidza yang berada di beberapa kawasan balkan lebih dari sepuluh tahun. banyak program diaorang dan muslim lain tidur tak sedar.
yang baju kuning tu si eddy chong, dari malaya juga.


gulaj
nasi sikit, daging berkuah dan campuran sayuran

vrelo bosna - salah satu tempat favourite aku.
gambar ini pun gambar yang paling aku suka.
tempat ini adalah tempat keluarnya mata air dari gunung yang sangat semuladi dan pihak sini membuat satu kawasan yang sangat cantik



di bandar lama travnik yng diasaskan oleh pihak turki.
sungai kecil di belakang adalah sumber mata air dari gunung juga.
bandar kecil Ilidza
saah satu bunga tuan rumah aku
mesjid kecil  dekat tempat aku duduk yang begitu daif tapi orang-orang yang pergi solat sini mempunyai semangat yang sangat waja.
sayang diaorang tak boleh berbahasa ingeris dan aku tak boleh bosanski.
bersama madam dbetul-betul tempat mata air. air yang sangat sejuk dan boleh terus di minum.

begitulah sedikit coretan pasal perjalanan ke bosnia kali ini.
aku sangat setuju dengan madam yang bumi ini sangat sangat cantik dan juga banyak sebab kenapa tuhan memilih untuk islam terus hidup di sini dan tak dapat dipadamkan sehingga sekarang.

spurs makin bungkus

Ingatkan selepas berbelanja besar  spurs akan mencanak naik tapi hampas. Menang belum, gol selepas match kelima baru score. Entah apa nsk ja...