Thursday, June 27, 2019

Tahun satu dan kamsis ungku omar

ENGINE MANIA UKM.

2.  Tahun satu & Kamsis Ungku Omar.

Selepas mendaftarkan diri sebagai penuntut tahun satu, aku di tempatkan di Kamsis Ungku Omar. Pada masa itu penuntut tahun satu mesti tinggal di dalam kampus. Untuk tahun yang berikutnya, bergantung kepada keadaan.
Di KUO aku tinggal di tingkat dua. Tiada budak engineering di tingkat itu kecuali roommate aku seorang Singh. Geng tingkat satu yang masih aku adalah Mattab Karim. Dia adalah roommate asal aku sebelum di tukar. Dia dari Fakulti FSKK. Roommate baru dia Muniany juga dari FSKK. Kemudian ada empat orang budak Kelantan. Lokman dan Tengku Yunus dari Fakulti Ekonomi. Nik Zaini pula dari Fakulti FSKK. Sementara seorang lagi yang aku dah lupa nama dari Fakulti Pengajian Islam. Aku selalu bergasak dengan dia sebab dia anti orang Perlis yang ‘La mazhabiah’. Dia ni kira dari Kaum Tua dan aku dari Kaum Muda.

Rupanya pertembungan aku dengan depa ini adalah dari dulu lagi. Aku meneruskan hidup di sini tanpa sebarang masalah.

Geng engine aku di KUO ni adalah Hj Aspa, Hj Shukri dan Azarudin. Masa ini aku  belum ada motor lagi. Semuanya menapak saja ke kuliah. Nasib baik kamsis ni dekat dengan tempat kuliah. Tak macam budak lain yang duduk di kamsis atas bukit. Makan pula di kafetaria kamsis. Tapi sebab budget ciput, kami makan ala kadar saja.
Oleh sebab fakulti kejuruteraan kami belum ada bangunan yang khusus, budak-budak engine macam nomad saja. Tumpang kelas rata-rata. Selalunya di bangunan Geologi.

Peristiwa yang aku tak boleh lupa pasal Pak Aji Aspa, Mat Penang adalah bila kami dah habis periksa akhir tahun satu. Dia secara tiba-tiba terima tawaran pensyarah kami, En Wan ( sekarang prof Ir Dr ) untuk keluar berdakwah tiga hari ke Mesjid Klang Gate. Tak sangka aku. Nasib baik aku dapat mengelakkan diri. Semasa dia pergi keluar, aku belum balik lagi sebab ada exam English yang belum selesai. Tiba-tiba tengah malam tu, bilik aku ada orang ketuk-ketuk sambil panggil…Pak Lan..Pak Lan. Aku bangkit dan buka pintu. Eh..Aspa. Awat ni ? Bukan hang keluaq ka? Aku lari la. Mai masuk, hang lepak sini dulu. Benggali pun tadak ni. Sambil rilek-rilek dia cerita pasal pengalaman keluar. Nak pecah perut aku dengar.
Aku kata kat dia, rilek dulu, esuk kita keluar pi KL.

16.5.2019
Tasek permai, Ampang

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...