Sunday, April 22, 2018

Perang saudara di kota raja 3

Perang tiga penjuru semakin menjadi kenyataan.
Beberapa gambar calon2 yang dah comfirm masuk bertanding.

Entah sapa yang bungkus kali ni bila undi melayu pecah.

Lawan

Ada juga kawan ukm yg bertanding kali ni.
Dah menang pastu kalah si taufiq ni.

Dulu kaler hijau. Sekarang dah tukar oren.

Thursday, April 19, 2018

perang saudara kota raja 2

tadi sahabat lama sheikh wan syiria talipon lagi. ini kali kedua setelah parlimen bubar.

dia di kelantan sekarang dan melihat apa yang berlaku dengan penuh kekecewaan seperti aku. Nak pertahan apa yang ada tapi si hijau masih totok dan degil. Nak pangkah yang baru  dilihat tak bermaya.
apa yang ditakuti di kota raja terjadi malam tadi. Pecah dalaman lagi. Macam tiada ruang dijahit semula.

Wednesday, April 18, 2018

Perang saudara di Kota Raja 1

Pru14 kembali lagi.

Kota raja masih bergolak sejak pecahnya dua kumpulan.

Sejak zaman universiti aku sudah melawan arus walaupun ramai kawan masih ramai suka dengan apa yang ada. Di kampus jiwa melawan semakin kuat walaupun mak dan bapak di kampungterus status quo. Cuma arwah bapak dulu pernah ikut geng kepala lembu dengan to cik senapi.

Tapi sejak berpindah ke kampung jawa, aku sudah terlibat dengan geng hijau secara aktif atas ajakan arwah ustaz basri. Sementelaah lagi ummi dari Rhu Rendang, kawasan tuan guru walaupun Che adalah kaler biru pekat.
Tapi penglibatan aku terhenti bila aku berpindah kerja ke Kertih, terengganu. Di sana masa 1999 biru tumbang dan hijau berkuasa. Walaupun lima tahun sahaja dan penuh dengan kelemahan tapi itu belum melunturkan semangat aku. Lawan tetap lawan dalam keadaan aku membina kerjaya.

Sepanjang itu kami terus berjuang sehingga akhirnya kota raja dapat dimiliki. Paling membanggakan ia mendapat majoriti yang sangat besar dan gergasi di selangor juga tumbang.

Rupanya panas hanya sekejap. Hujan kembali turun dan menghancurkan apa yang dibina selama ini. Dulu saudara sekarang berpisah menjadi musuh. Perlawanan tidak dapat dielakkan lagi. Kapal lama sudah ditinggalkan dan dibina kapal baru. Walaupun aku nampak ianya jalan keluar terbaik di saat pasukan baru sudah hilang arah tapi kekecewaan aku masih belum ada ubatnya.

Aku sampai sekarang membisu seribu bahasa sehingga pru14 ini.

Dengan gelagat  pasukan baru yang meloyakan aku pun dah hilang stim untuk keluar memangkah lagi.

Monday, April 16, 2018

Buku baru

Alhamdullilah petang semalam buku ni sampai.

Buku generasi baru Malaya tentang Al Quran.
Bentuk penulisan Dan penceritaan Dan ulasan Yang berbeza.

Saturday, April 14, 2018

Kelas ke 28

Hari 15.4.18 dah kelas ke 28 , talaqqi di surah 26 as-syuara.

Sudah enam bulan. Harap di beri Allah kekuatan dan kesihatan untuk habiskan talaqqi ni

Sunday, April 8, 2018

Dah bubar

Mother of all battle dah Bermula.

Nampak nya Yang paling sengit Dari sebelumnya.

Aku pun dah tak tau nak pilih apa Kali ni

Wednesday, April 4, 2018

1.4.18 buku

Buku Yang belum dibaca

1.4.18 buku

Buku kedua Yang dibeli Di pesta buku Dan habis baca dua Hari lepas.

Pengembaraan serta catatan Yang baik tentang negeri kelahiranku, Perlis.

Buku 1.4.18

Sempena pesta buku baru2 ni, sempat beli Dan habiskan baca Hari ni.

Buku Yang sangat memberi inspirasi.

Sunday, April 1, 2018

Koleksi baru 1.4.2018

Alhamdullilah Hari ni dapat empathy koleksi buku baru.

1. Di bawah teduhan kisah Al Quran Yang
    Beli masa kuliah Di saujana utama
2. Perkhabaran aging
3. Riwayat ungku Aziz
4. Pengembaraan ke Kedah , Perlis Dan
    Kelantan.

Buku no 2,3 Dan 4 dibeli Di pesta buku Selangor petang tadi.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...