Thursday, June 27, 2019

Melihat batu di temerloh - mentakab

ENGINE MANIA UKM.

4.  Melihat batu di Temerloh - Mentakab.

Selain daripada matapelajaran khusus,  kami juga di wajibkan mengambil matapelajaran Geologi yang ada kaitan dengan kejuruteraan awam. Matapelajaran ini kami ambil bersama dengan pelajar-pelajar kursus Geologi yang sebenar. Pensyarahnya adalah seorang geologist yang tersohor di Malaya.

Salah satu kerja kursus matapelajaran ini adalah lawatan ke tapak untuk melihat batu-batu yang ada di Malaya. Tempat yang di pilih adalah di kawasan Karak – Temerloh – Mentakab. Kami ke sana dengan bas yang sudah di uruskan dan terpaksa bermalam di Bandar koboi Mentakab. Kami beramai-ramai bermalam di hotel murah kepunyaan   tokey cina. Oleh sebab ramai tentu tak terkawal terutama keesokan paginya bila ada yang lari begitu saja sehingga tokey tu kecoh .

Selain dari puak2 kami, Ada Dua lagi senior yang ikut iaitu Yazid Dan Sufian. Entah di Mana mereka sekarang.

18.5.2019
Ampang

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...