Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Tuesday, February 25, 2020
teringat India
Tuesday, March 6, 2018
apartment Alwarpet
Apartment di sini berlainan dari Malaysia. Munkin sebab sudah lama atau menang begitu pembinaannya di sini. Apartment ini ada lima tingkat dengat lift yang sedikit traditional bila pintunya macam grill. Lift ini akan berhenti di bilik aku sahaja, tidak berkongsi dengan orang lain.Tiap-tiap rumah adalah teripisah antara satu sama lain serta tiada koridor atau tempat permainan atau ruang legar. aku rasa ini adalah kerana tanah yang terhad di Bandar Chennai ini.
Lagi menarik, aku tak pernah nampak jiran-jiran yang lain terutama anak-anak kecil dan perempuan.
Apartment ini ada dua bilik dengan bilik air masing-masing di dalamnya. ruang rehat dan ruang dapur serta sedikit anjung. Ada perabut dan TV satelit dan juga connection internet. Dapur juga lengkap kalau nak memasak. Aku di sediakan seorang maid untuk masak, kemas rumah dan cuci pakaian.
Saturday, March 3, 2018
New Delhi - Hydrabad - Vijayawada
Kami sampai di new delhi setelah lebih enam jam perjalanan dari Klia. Setelah berjumpa Ravi yang pada masa itu adalah pengurus besar, kami check-in di hotel. Esuknya berjumpa dengan quantiti surveyor yang in-charge arbitration projek Patriala Dam dan Arun Kumar untuk projek melebar jalan di Jalandhar.
Monday, February 26, 2018
Permulaan kisah
Aku masih mushkil sampai sekarang kenapa aku dipilih untuk ke India. Padahal ianya adalah jawatan yang sepatutnya bukan aku dari segi pengalaman sebagai projek manager dan senioriti dalam group.
Walaupun akhirnya aku terima sebagai takdir tuhan tapi aku masih percaya ianya juga perancangan pihak tertentu dalam syarikat berdasarkan petunjuk-petunjuk yang ada.
Dari satu segi aku rasa ianya sebagai pengajaran atas kelecuparan mulut aku dan ujian bila aku sudah bersedia mendaftarkan untuk pergi menunaikan haji.
Cerita pasal haji ini sangat terkesan kepada aku yang menyebabkan aku menangis berhari-hari sebelum wukuf. Sudah lama Ummi mengajak aku mendaftar dengan tabung haji tapi aku selalu mengelak dengan alasan sebok. Ayat keramat yang selalu aku kata kat Ummi adalah, nak pergi kursus haji pun tak tau bila, ini pula nak pergi haji.
Ujian datang beberapa tika kemudiannya bila projek dah siap dan seorang Qs ( quantity surveyor ) provok aku dengan soalan, bos, tak nak pegi India ka lepas handover projek ni?
Aku dengan pantas jawap tanpa mengingat apa akibatnya, wooiii SY, ini Rizlan la. Kalau pegi India dengan BH ni mintak maaf la. Package terok, semua terok. Hang tau apa dah jadi kat orang-orang yang dah ke sana sekarang ni, hancur !!!!
Aku bercakap seolah-olah akulah yang menentukan rezeki seseorang.
Kata orang putih, you had cross the line.
Kemudian setelah sebulan di HQ petaling jaya untuk , aku pun ke sana walaupun tiap-tiap hari aku minta doa supaya ianya dibatalkan.
Setelah tiga bulan di sana pada suatu hari baru aku teringat keceluparan mulut aku semasa di Gebeng dulu. Terus aku memohon ampun atas kata-kata aku dulu dan ajaibnya selepas itu semuanya dipermudahkan oleh Allah.
Wednesday, February 7, 2018
Journey to India
Selepas aku siapkan catatan Bosnia dan bagi kepada beberapa kawan, seorang alumni BH india bertanya tentang catatan aku di India.
Cerita di India ni nampak macam sukar nak buat rupanya walaupun dari segi masa aku telah menghabis lebih banyak masa berbanding dengan Bosnia. Aku tinggal di sana secara tetap selama enam bulan dan berulang pergi balik hampair dua tahun juga.
Che Jo, saya sahut cabaran untuk kisah-kisah di India pula.
Koboi town cilakaluripet
Tiba-tiba muncul gambar aku dgn Mr M di FB semalam.
Gambar ini diambil masa kami berdua ke India meeting di Hydrabad. Kami kemudiannya balik dengan kereta untuk naik kapalterbang di Chennai.
Tapi sebelum tu kami singgah di office Vijayawada dan ke tempat yang mr M nak pi sembahyang.
Selepas selesai kami bertolak ke chennai dan singgah di sebuah pekan koboi yang nama ada unsur-unsur melayu.
Di situ juga kami pekena air kelapa original di tepi jalan.
Tukang teman kami masa tu brader Mohapatra yang menjadi projek manager untuk maintainance di lebuhraya package Vijayawada.
Sunday, November 20, 2016
Ohhh rupees
Last week indian government pull out rupeess 500 and 1000 to combat coruptions.
How true the theory I am not sure but somebody told me they expected 3 trillion will be dissapear forever.
Kalau tengok cara2 penyagak duit simpan duit dalam drama hindi munkin ada betoi.
Nasib baik aku dah tukar semua.
Tuesday, March 29, 2011
chennai kopitiam
dengan ada kedai makan ni, ada satu lagi pilihan untuk puak-puak malaya kat sana.
bila la ada peluang nak ke sana lagi?
Sunday, May 9, 2010
india income tax
bila hal tax, depa ada kad khas. pada hal kad pengenalan untuk rakyat dia pun tak ada.........
buat macamana pun tak boleh lepas punya. baik orang sana atau orang luar yang macam aku. buat hal, silap-silap kat airport nanti kantoi........
tengok tu siap nama tok aku pun depa boh kat kad tu............sebenar ada lagi balance tax aku kat sana. dah bertahun-tahun tuntut belum dapat-dapat lagi....memang tak dapat la tu....
roadmap DS zahid next PM11
Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely kill parti bersatu that stole their voters during p...
-
Copy paste dari FB : Dimana letaknya Langkasuka? Nama Langkasuka mula dijumpai dalam catatan China dari 梁书 Liáng shū yang menyebut sebagai 狼...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
-
Tiga puluh tahun dulu pada 18.8.1995 aku datang ke kampung rhu rendang untuk bernikah. Hari ini 18.8.2025 aku ada di sini setelah lebih set...
