Thursday, June 27, 2019

Engine mania football club

ENGINE MANIA UKM

5.  Engine Mania football club.

Semasa di tahun satu, kami juga ada football club. Namanya Engine Mania Football Club. Entah mana datang nama tu. Baju t-shirt kemudiannya pun nama Mania. Kira mania lah kot puak-puak fakulti lain tengok budak-budak engineering masa tu.

Team ni masuk pertandingan tapi tak menang apa-apa walaupun ada beberapa star player. Goal keeper di jaga oleh bekas penajaga gol handalan MRSM,  Riduan Hassan Basri ( sekarang Hj Maulana Duan ), fullback ( kapten kot ) Aspa yang rasa dia macam player Brazil, Socrates dan player handal dari Klate, Micheal Mey sebagai winger. Pemain import Kanada yang ber…. Pun ada. Masa tahun dua ada juga main bola tapi di taman permainan kanak-kanak Taman Kajang Jaya saja la.

Kegilaan terhadap bola selepas tu cuma pergi tengok di stadium saja. Pernah ke Stadium Cheras dekat sekolah sains Selangor tengok semi-final piala FA antara Kedah PKNS dan DBKL. Masa Malaya lawan Everton pun kami pernah pergi.

Sekarang nak tengok bola pun terlena.

18.5.2019
Tasek permai, Ampang

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...