Setelah hampir enam tahun, Hari ni alhamdullilah dapat merasa masakan exotic orang perlih iaitu perut lilit bakar. ditambah pulak kerabu jantung pisang dengan perut kitab.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Showing posts with label kampung paya. Show all posts
Showing posts with label kampung paya. Show all posts
Saturday, August 1, 2020
Raya haji 2020
Alhamdullilah kali ni sempat balik Raya Haji di alor setar Dan perlih tahun ni.
Sempat juga buat korban lembu yang disembelih di pusat semadong Pak su hamzah.
Terjumpa pulak kawan Jenan cikgu amir yang juga membuat korban.
Setelah di proses, daging di edar oleh geng mak kepada beberapa penduduk kampung paya.
sanah helwah Piya
1.8.2020
Sanah helwah anakanda bungsu piyA.
Dia lahir semasa aku dalam fasa terakhir handing over project Gebeng BP. Nasib baik dia keluar semasa aku balik weekend di Andalas pada Hari ahad tengahari di klinik bersalin Razif Norana.
Tapi kesian baby tu bila empat bulan kemudiannya aku berangkat Dan tinggal di Chennai, India untuk satu assignment yang baru.
Thursday, July 16, 2020
belasungkawa
Semalam dapat Berita adik arwah bapak Aku, mak njang Hatiah telah meninggal dunia di hospital kangar.
Allahumarfirlaha warhamha
Monday, June 22, 2020
Saturday, June 20, 2020
bapak ku
Bapakku
Allahyarham Hj Darus Ariffin.
Anak chiaq Pin yang ketiga adalah bapak aku. Kasihan dia yang kena buat segala kerja sawah bila dua saudara lelaki sudah tiada di kampong.Kemudian emaknya pulak meninggal masa dia masih bujang. Macamanalah hidup dan membesar tanpa mak. Sedih sungguh aku masa menulis tentang dia sekarang ini. Seolah-olah berulang kisah chiaq aku padanya. Kesusahan berkerja dengan bapak sendiri hanya Allah yang tahu. Hidup sekadar boleh makan dan pakai. Masa hendak kahwin pun susah. Dia tak berjaya di sekolah akibat kena selalu kerja untuk bantu chiaq di sawah dan sara semua orang. Bendang pulak bukan sendiri punya.
Bila chiaq meninggal, dia hanya ada tapak rumah yang di kongsi atas geran dengan dua saudara yang lain. Bendang pulak dapat yang tanah tol. Alhamdullilah selepas mak aku usahakan, dapatlah geran kekal. Sekarang dah di pindah kepada adik lelaki aku. Walaupun itu pusaka, harap anak cucu dia ingat peranan mak dan aku untuk dapatkan hak kekal tanah sawah itu.
Aku rasa kerja terok di sawah bendang pada masa muda telah menyebabkan dia sakit terok di kemudian hari. Mengikut mak, selepas saja aku lahir sakitnya bermula dan sentiasa sakit dan ambil ubat sepanjang hayat dia. Ubat-ubat itulah aku rasa yang merosakkan hatinya di akhir hayat dia.
Setelah aku masuk asrama, dia mula membuat kerja lain untuk menambahkan pendapatan. Selain mengerjakan sawah bendang, dia pernah menjaga kedai runcit di kampung. Setelah itu dia berniaga sayur-sayuran bermula di nat Balai Baru dan kemudiannya nat bukit Keteri. Sayur-syuran di ambil dari penanam sekitar kampung dan juga dari Padang Besar. Selain itu juga berniaga buah-buahan di pasar-pasar tertentu di kawasan tertentu di perlis dan juga langkawi.
Dia menghembuskan nafas yang terakhir pada 25 Desember 1997 meninggalkan mak dan adik aku yang baru darjah enam.
Dia menghembuskan nafas yang terakhir pada 25 Desember 1997 meninggalkan mak dan adik aku yang baru darjah enam.
Monday, June 8, 2020
dari jauh aku datang
Dari jauh aku datang.
Hari ini FB kembali muncul dengan kenangan Ummi Ubaida datang melawat aku di Balkan pada awal cuti sekolah bulan Jun 2009.
Aku telah sampai Lima bulan sebelumnya untuk satu assignment jangka pendek yang sungguh memeningkan kepala.
Dia terbang seorang diri dari Malaya, transit di Dubai Dan kemudiannya Istanbul sebelum tukar penerbangan ke Sarajevo. Dengan cekalnya balik pun seorang diri.
Dia sampai ketika kami sedang bertarung sakan dengan kontraktor mafia, Esco.
Seminggu berada di rumah dua tingkat sewaan syarikat di jalan Fuad Muhija, Ilidza.
Walaupun Tak sempat menjelajah ke seluruh Bosnia, sempat jugak sampai ke Brelo Bosna tempat keluar air dari gunung, Sarajevo Dan Bandar lama Travnic.
Pengalaman merasa masakan keluarga local consultant engineer aku, Almir sungguh mengujakan. Dapatlah kami merasa homecook orang Bosnia. Lagi menarik kami dapat berjumpa biras Almir seorang graduate University di Jeddah yang fasih berbahasa Arab . Banyaklah info yang dapat berbanding komunikasi Bahasa ingeris Dan Bosnia antara aku Dan Almir yang tunggang terbalik.
Sudah sebelas tahun rupanya memori ni.
Sunday, May 31, 2020
Salam aidilfitri 2020
Sejak tahun 1995 kami Tak pernah gagal untuk balik kampung merayakan aidilfitri. Bergilir balik Raya di antara kampung paya, perlis Dan Rhu Rendang, Terengganu. Berapa Hari sebelum Raya kami akan berada di kampung selama hampir seminggu. Walaupun tidak pernah balik kedua-dua tempat dalam satu hariraya, kami Tak pernah hadapi apa-apa masalah. Semuanya alhamdullilah berjalan dengan lancar.
Tapi tahun 2020 yang sepatutnya giliran balik utara, kami terpaksa beraya di klang untuk Kali yang pertama di sebabkan virus corona yang melanda Malaya Dan dunia.
Semuanya Ada hikmah tersendiri yang Tak pernah terfikir oleh kita.
Saturday, May 16, 2020
Tuesday, March 31, 2020
Wednesday, March 11, 2020
teringat harumanis
Semalam terlioq tengok FB paksu hamdah pasai harumanis kampung Paya yang dah berbuah.
Harga rm 30 per kg. Aku agak sekilo tu tiga atau empat biji buah.
Thursday, February 20, 2020
syafakallah
Hari ni nampak posting yusman di FB yang Pak Lang Aku masuk hospital lagi.
rupanya hempedu ada nanah dan batu.
rupanya hempedu ada nanah dan batu.
Syafakallah Pak Lang.
Sunday, February 16, 2020
Kari teloq plotan
Alhamdulliah petang ni ummi berjaya masak kari teloq ikan plotan yang exotik ( atau orang sini panggil ikan mayong ).
cuma buah belimbing saja yang tadak. Kalau tak lagi kaw la gulai ni.
cuma buah belimbing saja yang tadak. Kalau tak lagi kaw la gulai ni.
Friday, February 14, 2020
teringat bapa
Tengok gambaq ni teringat arwah bapak. How true is the sketch is. Thanks to the originator.
Kini Aku seorang bapak dan telah serta sedang merasai perik jerihnya sementara menunggu mereka boleh berdikari.
Mereka juga akan jadi bapak dan akan merasai jugak nanti.
Allahumagfirlahum warhamhum bapakku.
P/s : photo snapshot dari IG.
Sunday, February 9, 2020
teloq plotan
Gulai teloq ikan plotan adalah makanan favorite Aku dan mak. Selain rempah gulai, Kari ni kena boh buah belimbing besi.
Kalau di perlih, ikan plotan atau mayong ni mudah dapat. Di Nat balai Baru selalu ada tapi kena pi awai-awai.
Bila aku dok di klang teloq ni susah dapat. Teloq ni tekong atau nelayan ambik awai-awai sebelum ikan dipasarkan.
Tahun lepas aku baru dapat tahu yang teloq ni boleh di cari di Kuala selangor. Kami cuba pegi dan alhamdulliah dapat stok telor mayong. Kemudiannya ada orang jual di kawasan Klang secara adhoc. Boleh la rasa dan ummi pulak sudah semakin pandai masak kari teloq ikan plotan ni.
Tiba-tiba pada satu hari aku terjumpa iklan kedai makan di FB yang menyajikan asam pedas teloq ikan. Walaupun tak dapat kari, asam pedas pun ok lah.
udang Padang.
Beberapa hari lepas geng Jenan perlih viralkan cerita udang padang di Perlih.
Terlioq baca depa dok cerita. Apakan daya, aku hanya merasa semasa kecik-kecik dulu saja. Selepas ke jenan, habislah kenangan pasal udang ni.
Masa zaman sekolah rendah dulu, aku selalu tangkap sendiri udang ni dengan tangkul di bendang atau parit-parit kecik. Tangkul ni dibuat dari kelambu yang sudah tak digunakan lagi.
Dengar cerita sekarang ni harga satu tin susu kecik ( pot ) berharga sepuluh ringgit. Wow !!!!!
Udang ni sedap toksah crita la. Rebuih saja pun clear. Ada yang buat kerabu jantung pisang.
Tuesday, December 24, 2019
22 tahun sudah berlalu
25.12.1997 - 25.12.2019.
Dah duapuluh Dua tahun bapak balik ke rahmatullah. Aku sentiasa rindu Kat dia.
Semoga bapak Aman di Sana.
Sunday, December 22, 2019
balik utara
Minggu ni balik utara.
Pertama Kali untuk tahun 2019 Ni balik dengan kereta. Masa bulan puasa balik dengan flight untuk berbuka puasa dengan family kampung paya.
Pertama Kali untuk tahun 2019 Ni balik dengan kereta. Masa bulan puasa balik dengan flight untuk berbuka puasa dengan family kampung paya.
Balik Kali ni otw Ada tiga kenduri yang plan nak attend. Yang pertama di kulim rumah zainal jenan84 best student kami dulu. Kedua-dua pengantin anak murid ummi di KISAS. Nasib baik exit tol Jawi. Kalau Tak tentu kena jammed di highway.
Kenduri kedua di IPG Bainun, anak murid ummi celebrity imam. Sebelum sampai Ada dugaan di jalan short cut kampung lembu yang tanah runtuh.
Disebabkan itu, kami dah Tak dapat kejar untuk kenduri anak Wadi di alor setaq. Ini juga kenduri kahwin anak sulungdia.
Tahniah untuk pengantin dan parents mereka.
Disebabkan itu, kami dah Tak dapat kejar untuk kenduri anak Wadi di alor setaq. Ini juga kenduri kahwin anak sulungdia.
Tahniah untuk pengantin dan parents mereka.
Thursday, December 19, 2019
belasungkawa
Belasungkawa
Hari Ni 20.12.2019 pada pukul empat setengah pagi tiba2 dapat talipon dari abang sepupu, azmi yang memberitahu Wa kami telah pulang ke rahmatullah.
Wa adalah isteri Wa Hamid, abang arwah bapa yang berusia 81 tahun. Dia bed ridden selama ini setelah terjatuh.
Setelah Mandi aku terus ke sg way. Bila sampai belum masuk waktu subuh, aku Dan abang Mi terus ke masjid untuk solat subuh berjamaah.
Wa telah seminggu Tak lalu makan Dan batuk2 Dan habis umur antara pukul Dua hingga empat pagi.
Innalillilah.
Allahumagfirlaha warhamha
Subscribe to:
Posts (Atom)
roadmap DS zahid next PM11
Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely kill parti bersatu that stole their voters during p...
-
Copy paste dari FB : Dimana letaknya Langkasuka? Nama Langkasuka mula dijumpai dalam catatan China dari 梁书 Liáng shū yang menyebut sebagai 狼...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
-
Tiga puluh tahun dulu pada 18.8.1995 aku datang ke kampung rhu rendang untuk bernikah. Hari ini 18.8.2025 aku ada di sini setelah lebih set...