Monday, June 29, 2015

Musafir di bumi bosnia Herzegovina

Alhamdullilah akhirnya draft manuscript cerita2 di bosnia dah siap.
Sebahagian besar adalah dari kompilasi dari blog ni. Semua catatan di buat semasa aku di sana. Lagipun blog ini bermula semasa di sana.
Sekarang buku ini dalam proses edit.
Selepas itu kalau ada cara untuk diterbit akan diusahakan.

Monday, June 22, 2015

Heppy birthday kembar

23.6.1996 - 23.6.2015
Dah 19 tahun si kembar hari ini.

Tahun ini aku dapat bersama2 mereka di bulan ramadan setelah meninggalkan mereka untuk kerja outstation dari tahun 1999.
Alhamdullilah.

Semoga abang menjadi anak yang soleh.
Ingat solat dan al quran setiap masa.

Wednesday, June 17, 2015

Perjalanan baru

Semalam akhirnya aku memulakan sesuatu yang sudah lama difikir.
Setelah temuduga untuk kerja di tganu bertukar aku membuat keputusan untuk menyertai grup new image yang mempunyai beberapa produk dari new Zealand yang berasaskan susu awal lembu.
Hari ini aku mengambil dua produk untuk dicuba :-
1. Alpha lipid
2. Colustrustrum

Semoga jadi betul kali ini.

Saturday, June 13, 2015

jom joint cen trade group

untuk yang berminat, boleh joint mengguna link di bawah  :-



CenTrade Group
 

5:20 PM (2 hours ago)
rizlan darus, Status Keahlian anda kami Aktifkan !!!!
=========================================================

Website anda : http://www.centradegroup.com/silver/?id=redzai67
URL Reseller Website anda : http://www.centradegroup.com/silver/?id=redzai67


Thursday, June 11, 2015

Perang kuala selangor 2015

Pertempuran kuala selangor baru saja berakhir dengan kecederaan yang amat teruk pada pengamatan aku walaupun ada puak yang tak setuju.
Semua masuk perangkap isu ulamak dan professional yang di lagu-lagukan di merata-rata media samada utama atau sosial. Dari hanya lagu halwa telinga akhir menjadi racun fitnah yang merobekkan satu organisasi.
Kegagalan mengawal dan mengambil tindakan akhirnya menjadi tidak terkawal dan ramai termasuk aku hanya berdoa minta Allah tolong sahaja.
Teringat aku masa pernah ikut di kpg jawa sebelum krisis politik melanda malaya. Pada masa itu aku tak nampak latarbelakang aku yang professional akan menjadi masalah. Malah kami berbangga dengan kepelbagaian latarbelakang yang menjadi kekuatan dalam jamaah.
Sayang sekarang semuanya telah berubah.
Ilmu Allah yang maha luas dan bijaksana tak mampu difahami oleh hamba-hambaNya.

30 tahun jenan8084 di agrotek resort

Alhamdullilah minggu lepas grup jenan 8084 dapat menjayakan re union sempena 30 tahun meninggalkan sekolah.  Re u kali ini di adakan di agrotek resort hulu langat.
Seramai hampir empat puluh orang menyertai himpunan ini.
Semoga kami terus sihat dan aktif untuk re union seterusnya di masa akan datang.
Syukran jazilan.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...