Showing posts with label anekdot seorang muhandis. Show all posts
Showing posts with label anekdot seorang muhandis. Show all posts

Wednesday, July 8, 2020

solat dimana2


Nak menangis bila tengok gambar Bangla Aku solat di site berlapikan hoarding barrier.

Biarpun serba kekurangan, mengingat perintah tuhan adalah yang paling utama.

MashAllah.

Kadang2 tuhan menghantar orang biasa saja untuk memukul hati kita

Friday, June 12, 2020

survivors

FB Hari ni 12.6.2020 menaik balik farewell naim engineer pada date sama tapi dua tahun yang lepas.

Dari tujuh orang dua tahun lepas dalam gambar, hanya tinggal tiga termasuk Aku. Engineer nizam Dan hidayatullah safety masih boleh kayuh sampai habis nampaknya.

Ya Allah, tolonglah kami.

jamuan Raya terakhir

Semalam 12.6.2020 buat jamuan Raya Kali keempat di project ni.

Harap2 ini yang terakhir.

belum pernah lagi aku buat projek sampai empat tahun lebih.


Wednesday, June 3, 2020

cuti raya kensel

 Kensel cuti raya

Dua Hari lepas Ada kawan call mengadu pasal bos besar dia.
Apa la datuk aku ni, Mai office tengok orang cuti Raya, marah2, suruh HR call semua datang office kerja sekarang jugak. Semua cuti lepas Raya kensel. Orang yang approved cuti pun kena marah. Yang aku bengang ni aku pun cuti. Kat luar pulak ni.

Sabaq ja lah. Nak kata apa lagi.

Itulah Bila dapat bos yang moody macam tu. Dia memilih untuk tunjuk kuasa Dan marah.

Padahal senang saja, sebelum Raya bagi saja arahan tiada cuti di benarkan selepas Raya semasa zaman PKP ni. Tadak Sapa apply Dan tadak Sapa approved.

Tunjuk Gila time-time Raya pulak.

masih ingat

Masih ingat

Dua Hari lepas operation manager subcon specialist RE wall Nehemiah, Joel datang jumpa. Ini first time dia datang site.
Baru duduk, Tak sempat borak, dia kata, macam kenal, Bumihiway? Kuantan? Rizlan ke ni.
Ya saya rizlan bro.

Huh...Tak sangka selepas 17 tahun Masa kami buat Gebeng by pass dia masih ingat aku.
Macam2 cerita sampai site manager minta keluar tapi kami kata tunggu ja dengar cerita kami dulu.
Dalam construction ni biar banyak kawan.
Ibarat orang main bola kalau nak tackle, biar fair. Jangan sampai lawan atau subcon kita patah Kaki.

Photo : team gebeng.
Kiri : awal project, Kanan : akhir project

salam aidilfitri

Raya aidilfitri 2020

Raya tahun Kira special berbanding dengan sebelum2 ni. Cuti minimum saja.

Last sekali dapat cuti sikit Masa bujang dulu kerja dengan Ireka project buat stesen cement di sg buloh. Puasa bertekak dengan bos ir yap beau chuan. Travel pi Dan balik perlih pun dua Hari. Dia nak bagi tiga Hari saja. Masa tu kereta pun tadak lagi Dan terpaksa balik dengan flight dari Subang ke alor setar. Last2 tibai jugak Lima Hari.

Hari ni aku masih Kat opis kerja lagi gara2 corona walaupun workers dah Makin kurang di site.
Kalau tidak, Masa ni dah enjoy di kampung samada perlih atau Ganu. Staff2 di site office pun sama. Semua kena Raya di lembah Klang. Cuma sorang saja yang langgar PKP belah awai. Tak Tau apa nak jadi nanti dengan mamat tu.

Salam aidilfitri 2020.
22.5.1967 - 22.5.2020
Ampang

konar tak lepas

Konar Tak lepas.
Ini cerita 2004 di project GK. Salah satu kompleks yang kami buat adalah tempat tempat simpan minyak.

Entah macamana Bila nak Mula proses testing, minyak kena deliver dari luar untuk isi dalam tangki kami Tak check apa2 sebab semua dah ready.

Semua orang heppy tunggu Lori minyak sampai Tanpa check tempat entrance Lori tu. Percaya dekat surveyor Dan site supervisor, kami rilex saja.
Malu gilar Kat semua orang Bila Lori tu nak masuk sangkut Kat koner. Radius Tak cukup rupanya.
Apa lagi dalam keadaan tarpan tu, kena arrange hacker pergi hack asap.

Bila jadi gini, project manager yang kena swadikap.

puasa

Puasa

Tahun ni first time rasa puasa masa buat project zaman PKP. Keadaan terkawal Dan aktiviti minimum.

Zaman paling terok puasa adalah Masa masih site engineer di project Cooling tower Klcc. Project pulak fast track. Semuanya seperti hari2 biasa, tiada balik awal atau kerja Masa siang saja. Tokey2 nak progress saja. Concreting Tak Kira siang atau malam. Pandai2lah ejast kalau nak puasa. Workers indon terutama jawa ramai yang steady puasa. Pernah supervisor senior cina kata minum la air kalau Tak nak makan. Mencabar betul.

Masa di highway kesas, maincon Gamuda selalu pelece kata bulan puasa akan dropkan productivity. Aku Dan bos buat kajian dua tahun untuk trade earthfill, piling Dan concreting. Kami dapati productivity lebih dari time biasa walaupun kerja less hours. 

Semua orang Tak percaya tapi itulah datanya.
Sebenarnya kurang makan, kerja lebih. Semua push kerja sebab nak balik awal.


21.5.2020
Ramadan Kareem Dan Salam aidilfitri

cerita pkp

MCO punya pasai

pkp lagi

PKP -B
Sekarang dah Masuk PKP fasa benar Dan control.

Boleh kerja tapi Kena control. Macam2 Kena control supaya corona Tak mengganas. Setakad ini diberitakan dua site sudah ditutup. Puak2 authority sudah Mula Masuk site Dan check screening status warga luar negara.

Tokey2 sudah Mula mengorak langkah Bila tengok duit Mula keluar Dan yang Masuk berkurang.
Ada yang potong elaun Dan potong gaji. Draft senarai retrenchment sedang di review oleh bos kecik Dan besar.

Tapi dalam banyak Hal tu, mereka Tak boleh lawan tindakan seorang bos yang Aku kenal dulu. Sepantas kilat dia memotong kepala seorang head company yang baru dilantik atas alasan yang biasa kami dengar tapi sebenarnya adalah ambik peluang untuk mengaktifkan formula lama iaitu kurangkan Kos Dan seorang buat banyak kerja.

Apapun keadaan construction ni nampak semakin sukar selepas ini.

bergaduh lagi

Bergaduh.

Bergaduh jugak Aku di Bulan posa ni dengan designer Dan Chief RE gara2 Aku Tak puashati dengan permintaan pelik depa.
Yang Tak best Hal tu melibatkan komersial bukan teknikal. Susah benar depa.

Yang lagi hangat Bila depa kata, kenapa haji suka2 tukar design?

Weii........Aku ni contractor konvensional saja, bukan design and built.
Aku mintak tukar, hangpa allowed , pastu Aku construct sampai siap pasai apa.
Sejak Bila la pulak Aku jadi handal tukar2 design. Konpiu jugak

Tu la bahananya Bila client banyak cekadak. Nak siap cepat Dan tadak problem Bila siap, liat nak bayar habis. Committee la, report la, datuk la...bla...bla.....

pkpb

PKP-B
Hari ni 4.5.2020 PKB untuk construction dah di longgarkan untuk memulakan kerja.

Namun begitu banyak syarat2 yang kena patuhi sebelum start kerja:

1. Register Dan approval MITI
2. Patuh SOP PKP-B, check temperature, sanitizer, facemask Dan lain2
3. Covic 19 screening.
Yang ni Paling struggle contractor nak
follow. Cost dekat rm 400 per head.
Socso pulak registration pun tough.

Company dah Tak sabar suruh kerja bila dapat green light gomen.

Yang Paling Tak tahan Ada berita Satu construction site kena tutup di Ampang sebab kes covic. Macam kebetulan saja.

Belum lagi geng LLM Dan CIDB datang check Kat site lagi.

recession?

Recession
Nampaknya zaman recession atau meleset untuk sektor pembinaan Selepas pendemic covic 19 ni dah Tak boleh dielak lagi.
Sepanjang kerja recession ni akan jadi Kali keempat yang terpaksa diharungi. Masa start kerja dulu tahun 1992, ianya dah dihujung recession. Yang lain tu susah jugak nak kayuh cuma nasib baik dapat bertahan Tak kerja berhenti kerja. Project pun masih Ada slow2.
Tapi Kali ni entahlah.

fake news

Fake news
Dalam keadaan Tak sabar Hari ni nampak macam construction dah Ada ruang nak re-start. Aku dah Mula heppy. Kebosanan akan berakhir.
Tapi sayang, rupanya fake news.
Bertapa lagilah Kat rumah sampai 28.4.2020

lockdown

Lockdown
Hari ni dah Dua puluh Hari lockdown. Ada lagi sepuluh Hari, itupun kalau Tak di lanjutkan lagi.
Pada minggu pertama, kami masih cuba2 buat kerja macam biasa. Setelah tiga Hari, pasukan polis telah Mula datang site Dan menyuruh semua orang balik. Bangla2 dah Tak berani keluar kerja lagi.
Kami jugak menyenaraikan kerja2 kritikal bagi membolehkan bekerja. Tapi masih gagal.
Kemudiannya apply pulak permit khas untuk kerja2 stressing. Pun masih menunggu.
Masuk minggu ketiga, terpaksa buat meeting online. Nasib baik Ada pakar Kat site tolong organize. Boleh la discuss Dan borak dengan team.
Keadaan nampaknya semakin sukar bila virus korona ni sukar dijinakkan. Dicampur pulak dengan hal2 lain yang menjadi platform untuk dia terus menjangkitkan orang.
Tunggu Dan tunggu lagi .
Macamana dengan gaji Selepas ini?

Movement control order

Stop Work order / movement control order / lockdown.

Sejak Aku hidup Dan Mula kerja pada 1992, Aku Tak pernah mengalami ketiga-tiga perkara di atas.
Paling teruk Aku kena hampir masuk jel Masa kes imegresen hingga dapat Surat amaran. Kemudiannya masuk court kena denda kes pembakaran terbuka di site.
Tapi dalam Aku fasa terakhir dalam karier, aku mengalami semua di atas.

Mula2 kena stop work order all concreting works dengan DOSH sebab kes formwork pecah Dan konkrit jatuh kena kereta public. Belum sempat SWO tu di lift, bencana wabak corona-19 melanda Malaya yang menyebabkan semua activity construction berhenti disebabkan MCO.
Dek kerana tiada pengalaman, semuanya meneka saja apa yang boleh buat Dan Tak boleh buat. Tapi bila polis dah mula datang site suruh berhenti kerja, fahamlah semua kerja kena berhenti kecuali maintenance traffic Dan yang urgent sahaja.

Harap lagi sepuluh Hari semuanya berakhir.
21.3.2020
Andalas, klang

No gurantee

 No guarantee

Spurs kena kick out jugak dari CL semalam walaupun ambik antara best manager di Europe.
Sama jugak dengan project. Walaupun Ada good manager tapi tokey Tak support dengan sepatutnya, susah jugak nak success.
Site team jugak perlu sesuai. Support system untuk Bantu manager jugak penting.
Lawan tetap lawan !!!

Tuesday, February 25, 2020

teringat India

Ini adalah gambar masa visit terakhir aku ke India. Ini office baru setelah aku berjaya menutup office Chennai Yang di buka oleh arwah Arwar Batcha.

Masa mula-mula aku sampai ke benua ni, HQ di Chennai setelah pindah dari Delhi. Dalam masa yang sama masih ada office kecik di Delhi, site office di Jalandhar, orissa dan Vijayawada dan seorang QS di Patrala yang beroperasi dari rumah.

Tiga tahun kemudiannya HQ pindah ke Vijayawada yang masih ada kerja maintenance highway dan office kecik Delhi. Jalandhar, orissa dan patrala telah ditutup dan beroperasi dari Delhi. Operasi masa tu adalah pada kos yang paling minimum setelah tiada project. Yang tinggal maintenance highway di Vijayawada dan beberapa kes arbitration.

Penutupan office ini mula2 sukar sebab semua ketua yang ada hendak ada wilayah pemerintahan sendiri. Setelah beberapa orang dibuang baru kerja jadi mudah.

Selepas visit ini aku tidak pergi lagi ke India sampai sekarang.

Wednesday, February 19, 2020

kawan lama

Tadi Masa lepak di office dalam pukul empat, tiba-tiba dapat call dari kawan lama yang dok di Taman Kosas. Dia baru balik dari kerja di Bukit Jalil.

Asalnya seorang ahli Bomba, kemudiannya tukar ke bidang safety.

Mula jumpa dia Masa project AKLEH di Jalan Sultan Ismail, dekat Kampung Baru masa aku dengan percon. Lepas project siap, kami tak jumpa lagi. Masa tu aku masih site engineer lagi.

Kemudiannya Masa aku joint Bumihiway sebagai project manager, dia  dah jadi manager safety. Lama jugak kami bersama-sama dalam company tu. Masa aku balik dari India dan ke Gong Kedak, dia masih Ada lagi. Bila Aku balik HQ di PJ kemudiannya, dia dah tak ada di syarikat lagi. Banyak tribulasi berlaku dalam syarikat masa itu. Ramai yang penin tengok. 
Dia dah buat haluan sendiri dan Aku masih kayuh dengan Bumihiway sehingga sampai ke Bosnia. 
Bila aku mengetuai satu syarikat pembinaan  dalam group bumihiway/selia, aku cari dia sebagai freelance safety.  Ini adalah syarikat terakhir aku dalam group.  Masa aku buat Kem askar. Tapi dia terpaksa tarik diri sebelum project siap sebab masalahlogistics dan clash meeting dengan project dia yang lain.
Kemudiannya bila Aku project di Ampang, selalu jumpa untuk teh tarik di Taman Kosas. Tapi dia terlepas berita aku kena heart attack. Setelah hampir setahun setengah baru tadi dapat jumpa. Panjang cerita terutama pasal aku kena heart attack.
Banyak sharing yang menarik tadi sementara melihat orang buat jambatan dari tingkat satu Aeonbig.

Konklusinya diumur begini, kami patut slow gear dan biar orang muda beraksi.

19.2.2020


Friday, February 7, 2020

contract maut

186. Contract maut.
Tadi Masa berborak dengan seorang engineer, tiba2 dia Tanya, adakah Kita ni tersign contract maut?
Nak tergelak aku dengar perkataan tu sambil response, Saya rasa macam tu lah.

Dahla harga mampuih, sekarang ni macam2 problem yang datang. Problem2 ni Ada yang Tak pernah Saya jumpa sepanjang Saya kerja.

Macam tu lah, kadang2 contractor terpaksa ambil juga kerja2 atas pelbagai sebab walaupun dikatakan akan maut kemudiannya. Pandai2lah ejast semasa post contact tu. Nasib baik boleh turn bagi bernafas sikit untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Sepanjang yang aku tengok Dan experience, walaupun contract maut tapi masih dapat survived dan hidup lagi Selepas tu. Yang penting jangan give-up dan terus kayuh sampai project siap.

31.1.2020
Ampang

roadmap DS zahid next PM11

Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely  kill parti bersatu that stole their voters during p...