Wednesday, July 31, 2013

Terawikh di mesjid selat

Semalam berpeluang bertarawikh di sini lepas berbuka di holiday villa.

Alhamdullilah.
Semoga berjumpa dengan al qadar

Tuesday, July 30, 2013

Terakhir

Sahur tadi nampaknya yang terakhir kat batupahat.  Esuk akan ke melaka dan seterusnya cuti raya minggu depan.
Sedar tak sedar dah dua kali aku berpuasa sini.

Saturday, July 27, 2013

Kpg paya

Nuzul quran tahun ni sempat balik kpg paya.
Hari sempat rasa kari telur ikan campur belimbing dan nasi ulam ori mak.

Alhamdullilah

Friday, July 19, 2013

Subuh

Alhamdullilah dengan izin Allah program subuh dengan MRI yang di rancang kali kedua ini jadi juga.
Dulu kat mesjid besar tapi kali ini kat mesjid bentara kat dataran penggaram.
Cuma ada tetamu yang ikut serta.
Kesunyian rupanya dia.

Nasi arab yaman

Semalam berbuka puasa di kedai nasi arab yaman kat batupahat.

Makanan mandey dan kabshah ok.

Lagi berbuka puasa

Kali ni dengan team site kat hotel pinetree

Thursday, July 18, 2013

Berbuka puasa di kpg rahmat kulai

Semalam sempat joint si Raes berbuka puasa di kulai. Majlis dibuat bersama company dan mesjid dan penduduk.
Kambing bakar dua ekor dan nasi hujan panas.

Alhamdullilah tradisi buat di mesjid dengan jemaah masih di teruskan oleh RAes walaupun aku dah tak mampu buat.

Wednesday, July 17, 2013

Hadiah kurma

Tak sangka opis lama tiba2 teringat nak bagi kurma ni.

Alhamdullilah

Ganaih betul

Apahal la awek2 ganu ni.

Ganaih sungguh. Terpaling marah di malaya.

Kenapa agaknya?

Ummi ada  apa2 komen ke

Monday, July 15, 2013

Nasi arab

Semalam sempat berbuka makanan arab dengan geng ummi kat sek 7 shah alam.
Pekena kambin dan nasi arab

Alhamdullilah tokeh tu sediakan tempat solat. Sempat selesaikan mahrib, ishyak dan terawikh juga.

Ada moreh lagi dengan roti arab lepas tu.

Saturday, July 13, 2013

Jenan poljen berbuka puasa

Alhamdullilah semalam sempat joint berbuka puasa jenan sambil solat terawikh di jln semarak walaupun mulanya macam tak sihat.
Sempat juga jumpa beberapa senior yang dah bertahun tak jumpa.

Sayangnya batch aku hang empat orang ja yang ada. Muka regular ja.

Ummi sempat pulok ambik gambaq dengan pelakon tu

Friday, July 12, 2013

Mesjid baru

Semalam aku sempat solat jumaat di mesjid baru kpg pak sheh di parit bilal.
Rupanya semalam adalah jumaat pertama.
Yang menariknya sebelum khutbah, pak bilal terus direct cakap budak2 duduk diam jangan bising tak macam tempat lain yg berkias2.

Wednesday, July 10, 2013

Pijak dan dipijak

Teringat penuh orang nak bersolat semalam macam masa haji dulu.
Kalau dulu aku rasa macam kancil di celah pak arab dan pak itam, tapi semalam aku pulak macam gergasi di tengah2 makmum lain sampai terpijak kepala orang belakang.  Gostan depan kena pulak dengan orang depan.

Tapi malam ni macam tuhan kesian kat aku dan mendengar kesusahan hamba dia bila tempat yang aku bersolat tak ada langsung masalah Pijak dan di pijak.

Mashallah...subhanallah

Terawikh

Ini tahun kedua aku bertarawikh di sini.
Yang mahalnya kat sini surau di rumah kedai di tingkat dua. Entah dah berapa tahun kariah sini. Namun nampaknya mereka sangat kental untuk terus menghidupkan solat jamaah. Walaupun sempit, panas dan berbagai2 kesusahan.

Kiranya aku penduduk tetap sini, mampukah aku terus bertahan macam mereka?

Tuesday, July 9, 2013

Satu ramadan

Alhamdullilah selesai sudah terawikh dan sahur pertama kali ni.

Dua kebiasaan yang lain dari tahun2 sebelum. Pertama terawikh semalam 16 berbanding dengan sebelum ni hanya lapan. Walupun angka tak penting tapi aku tak memberatkan otak pikir 8 ka 20 ka.
Kedua sahur dengan oat. Harap dapat diteruskan sebulan ni dan terus sampai dapat berat ideal.

Ramadan datang lagi

Bulan ramadan datang lagi.
Inshallah dan Alhamdullilah sempat lagi di beri peluang oleh yang maha pencipta.
Di bosnia orang akan mengucapkan selam ramzan mubarek olsun....
Dah tahun ke lima aku balik beberapa hari sebelum ramadan di sarajevo.
Kali ini tahun kedua mula berpuasa di batupahat.
Nikmat berpuasa bersama keluarga masih di luar jangkauan aku.

Bersabarlah ummi dan anakanda sekeli dengan ujian ini.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...