Monday, October 23, 2023

belasungkawa

Semalam dapat berita yang kawan enginemania ir suhaimi telah pergi untuk selama-lamanya akibat komplikasi kencing manis.

Sunday, October 15, 2023

demam

Hari ke lima di RG aku diserang demam dan batuk yang terok.
Aku mengalah juga ke klinik aqil di tepi jalan besar dekat stesyen minyak shell.
Dua hari tak gerak kemana-mana langusung.

Syakillah

Friday, October 13, 2023

meeting online

Sempat joint meeting online wakil batch jenan dua malam lepas.
Batch kami belum cukup dua meja dan tak bayar lagi.

Adehhhhh

bakar ikan

Projek bakar ikan semambu di RG jadi jugak.

Kira temporary sebelum ada tempat yang proper.

masih diatas

Tahun ni spurs bermula garang dengan coach baru tanpa HKane.
Walaupun baru lapan game pertama tapi.permulaan yang baik berbanding dulu2.
Coach top tak jadi tapi coach Ozzie ni menjadi.

Tapi arsengal masih pencabar utama.

Wednesday, October 11, 2023

hari ke lima

Hari ni adalah hari ke lima aku di redzai guesthouse, taman aslam bukit kor.
Pembersihan kawasan keliling dan cuci longkang belum selesai sepenuhnya.
Internet unifi sudah di pasang. 
Sampah juga telah mula diambil. 
Semalam courier yang bungsu arrangekan telah sampai sini. Aku juga telah cuba beli barang dari shoppe tapi belum sampai lagi. Kita tengok delivery macamana nanti.
Percubaan mengepos kopok lekor juga telak dibuat semalam

Hari ni aku nak cuba bakar ikan tongkol pulak.

Monday, October 9, 2023

dari klang ke bukit kor

Setelah berada di klang sejak tahun 1995, aku dan ummi mula berhijrah ke tempat baru di taman aslam bukit kor, rhu rendang pada 7 october 2023.
Beberapa hari sebelum tu hati aku berasa sangat sayu dan susah hendak melepaskannya. Lagi2 anak2 masih di klang dan hanya kami berdua sahaja yang balik. Kami juga akan tinggalkan jiran2 yang sangat baik.
Tapi hijrah perlu untuk memberi makna baru kepada kehidupan.
Aku mula hidup di klang beberapa bulan sebelum kahwin. Sebelum tu aku tinggal di bandar baru sg buloh dah kerja di lembah beringin.
Mula2 kami menyewa di taman sg bertik selama beberapa bulan. Bila dapat rumah sewa yang lebih baik dan ada insiden dengan suku sakat tuan rumah yang aku bengang, kami terus pindah. Tempat kedua adalah kampung sri pandan, kpg jawa klang. Rumah sewa tu dekat dengan rel keretapi klang - kl. Tuan rumah adalah tokeh nasi lemak lido yang terkenal di klang satu masa dulu.
Banyak kenangan di sini termasuk kelahiran kembar dan putri pertama kami. Rumah ini juga adalah persinggahan terakhir arwah bapakku sebelum dia meninggal dunia. 
Kami kemudiannya berpindah ke andalas pada 1999 bila membeli rumah di sri damak. Di sinilah putri bungsuku lahir. Bila kembar berusia tiga tahun lebih, aku sudah mula kerja outstation. Sehingga empat belas tahun kemudian baru aku mula berkerja balik di sekitar lembah kelang. Lagi banyak kenangan di sini. Panjang untuk ditulis. Munkin lain kali.
Kami sekeluarga yang mula2 pindah. Kemudian sakri dan azam. Yang lain2 datang kemudian. Taman andalas kemudiannya berkembang lagi. Dulu kami yang paling hujung tapi sekarang ianya sudah hampir ke kampung jawa. Kemudiannya ada surau yang aktif.
Momen2 di andalas akan ku kenang sampai bila2. 
Masa pindah kembar ikut sekali dengan ranjerku. Satu lori kami sewa untuk bawak barang2.
Selamat tinggal andalas, klang.

copypaste dari al jazani

Jurusalem, kota rebutan sepanjang zaman, 20x bertukar milik sejak tahun 5000 BC:

1. Penduduk asal, tribe Kanaan, كنعان. Bangsa asal philistin

2. Ditawan oleh raja dan nabi yahudi, king David, kemudian king Solomon AS

3. Kemudian raja assyrian takluk, yahudi lari.

4. Giliran raja Babylon takluk pilistin

5. Kemudian Persian empire plok

6. Kemudian raja yahudi takluk semula

7. Giliran king alexander empayar macedonia.

8. Giliran yahudi maccabeans kembali menguasai jurusalem.

9. Pompey, raja rome pula tawan al quds

10. Kemudian giliran empayar persian

11. Giliran kerajaan rome timur, contantine

12. Khalifah omar pula yg tawan, 637M.

13. Tentera salib, crusade tawan semula

14. Salahuddin takluk palestine, 1187M

15. Crusade kembali menawan jurusalem

16. Ottoman kembali menawan jurusalem 1517M

17. 1917M, jatuh ketangan british empire. Ottoman dimusnahkan 1924.

18. 1948, pbb/uk beri separuh israel kpd yahudi

19. 1967M, seluruh jurusalem dan east bank milik israel

20. Perang hamas vs israel.

Rumusan. Itu nasib kota suci jurusalem, rebutan tiga agama semitik, 20x bertukar tangan, setiap kali dijajah, yg dijajah akan lari.
Salah kefahaman, jika yakin baitul maqdis milik kekal palestine, ikut sejarah jurusalem, ia milik siapa yg kuat. Kita takluk 3 kali (umar, saladdin, ottoman) shj.

Kita hilang jurusalem sejak 1917M lagi.
Dunia amalkan survival of the fittest, superpower, bila dia takluk, dia jadikan jajahan takluknya jadi hina. Dalil:

قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

"Dia berkata: "Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, niscaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat" s an Naml:34

Wednesday, October 4, 2023

rehlah utara pantai barat

Weekend baru ni hantar bungsu balik Araw.

Lepas meeting koop kasma, pukul satu dah cabut terus dari tropikana ke utara. Perjalanan hingga ke sempadan okey cuma sangkut jem di gunung tempurung.
Nasib tak baik bila masuk juru terus kena jem terok. Aku pun tak sempat ejast kenduri hj aswad. Kena extra dua jam dari biasa. Pukul 9 baru sampai AJ.
Esuknya ahad  baru hantar bungu ke araw.
Kami lepak dua hari di AJ dengan mummy sebelum bertolak ke manjung. Sebelum tu singgah di Derga jumpa kawan ummi yang dah buat TKR lutut untuk motivasi.
Kami gerak ke manjung ikut cangkat jering dan pantai remis.
Aku juga lalu tempat nostalgia memancing zaman ireka dulu iaitu Segari. Petang baru sampai lumut.
Kelmarin bertolak balik klang sambil singgah melihat kawasan padi sekincan. Hajat nak gulai sembilang terlepas sebab tak jumpa kedai.
Petang baru sampai klang.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...