Wednesday, February 27, 2019

Kita kena buat sendiri jambatan ni

Kita kena buat sendiri jambatan ni.

Satu hari engineer jambatan aku datang bilik Dan Tanya betul Ka Kita kena buat sendiri jambatan yg tiga last tu yg subcon dah lari
Kenapa tak Cari sub lain ja?
Aku jawap, ya. Kita kena buat sendiri. Kira hang la kepala sub tu. Saya bosnya.
Dia jawap, oooo. Susah tu bos. Boleh Ka Kita buat.

Aku kata, boleh la. Tapi sebenarnya Aku pun dah Jem  I nak jawap dengan  dia ni.
Nanti saya Cari supervisor Yang Akan tolong hang Dan indon Yang Akan buat. Indon tu kita cari dari project di kuantan.

Last sekali sebagai motivasi Aku cakap kat dia, ini munkin Kali pertama atau terakhir atau satu-satunya time Dalam karier hang akan buat sendiri jambatan. Baik Cuba.
Saya ni dah tak heran, dah banyak Kali dok rescue buat sendiri.

Akhirnya enginiar M sahut cabaran bersama aruah zaifulzali untuk menyiapkan ketiga-tiga jambatan kami yang di tinggalkan oleh sub-contractor.

Tahniah Miji kerana sahut cabaran tu.Aku masih ingat cerita ni sampai sekarang.

Total sub contract  kepada satu orang lain memang bagus. Tapi kita lost control macam 2 hal. Dari method kerja dan progress.
Lagi satu bila sub ni buat hal dan paling teruk lari terus, habislah kita.

Aku sekarang ni dah tak percaya lagi dengan konsep total sub ni. Lagi2 sub yang banyak songeh. Kerja asyik taichi dan cerita lebih tapi konar saja yang lebih.
Semua project yang total akhirnya terpaksa rescue buat sendiri.

Hampir masuk jel

Encik selangkah lagi nak masuk jel.

Cerita Hari ni untuk ex engineers aku  Miji dan Syed Yang dah jadi Project manager sekarang.

Kisah ini berlaku kat aku beberapa tahun lepas Di project kem Batu pahat Yang menyebabkan photo keluar Di paper Sinar Dan Metro versi selatan.
Satu hari site kena serbu dengan imegresen Batu pahat sebab Ada aduan illegal workers.
Masa serbuan tu aku tengah chair sub-contractor meeting. Kat luar dah heboh pegawai 2 imegresen dah ambik semua IC staff Realis. Mereka sedang mencari siapa bos site tu.
Kami Dalam meeting dah mendapat info Dan sedang tunggu masa nak blah.

Mengikut petua semasa, bos kena hilangkan diri masa2 Gini
Aku pun berpakat dengan Bos subcon Letrik, Zakuan ( dulu Rasma Gong Kedak ) untuk lari dengan kereta dia. Kami semua pun keluar dari bilik meeting untuk keluar ke kereta.

Sedang Aku dok buka pintu kereta, tiba Aku dengar suara site engineer aku bercakap, tuan, inilah bos saya sambil memperkenalkan Aku.
Tension betul aku sambil membebel, apahal la engineer aku ni.
Terus pegawai tu cakap, encik bagi IC Dan ikut saya sekarang. Dia pun panggil geng2 dia suruh bagi balik IC staff2 lain.
Aku dengan stress jegil kat engineer aku sambil membebel kat dia.

Selepas tu Aku  kena ikut berhimpun dengan indon2 Dan bangla2 Yang kena tangkap, Aku pun dibawa ke balai untuk Di introgate. Setelah berjam2 konar dan taichi dengan pegawai imegresen,  petang dekat magrib baru aku Di lepaskan.
Masa ambik balik IC, pegawai tu kata, encik selangkah lagi nak masuk jel.

Teruih Aku teringat kes kawan aku Meor yang pernah dalam situasi yang sama dan sampai bermalam di dalam, semasa dia Di project bumihiway di kuantan dulu sebab kes workers yang tak cukup permit.

Aku balik dengan perasaan bengang giler dan selalu ingatkan team sekarang tentang hal ni.

Berjaga-jaga buat project zaman sekarang ni. Baik check betul2. Kalau jumpa workers yang tak cukup dokumen, terus saja tendang keluar dari site. Jangan bagi kesian lagi.
Sebenarnya minah indon yang ada pas pelancung asalnya cuma datang nak melawat laki dia dan tapi tiba2 esuknya keluar kerja tanpa memberitahu team aku.  Tiba2 nasib tak baik, terus kena cekup. Dahla tu, depa adalah sub kepada subcon.
Punca emegresen masuk ke site Aku pun ada bila workers Vietnam buat kerja part time malam Di area batu pahat dan mabuk kemudiannya bergaduh sampai kena tangkap dengan polis.

Beberapa bulan kemudian Aku mendapat Surat amaran kerana melindungi pekerja asing Dari Imegresen putrajaya.

Redzai homestay

Setelah beberapa lama ummni cakap aku tak pernah buktikan yang aku seorang engineer yang berpengalaman. Padahal telah dua kali aku guide dia buat renovation dapur dan extend bahagian depan rumah. Kami buat konsep sub-labor di mana ummi yang pergi barang. Masa buat dapur dulu aku cuma nego dengan wak tukang dan bagitau konsep yang kami nak buat.

Tuesday, February 26, 2019

Pergi baca drawings

Pergi baca drawings dulu

Hari ni nak cerita pasal seorang supervisor Di Realis project kem Batu pahat.

Satu hari dengan tergesa-gesa dia datang jumpa Dan bagitau, bos, Ada problem Di bangunan Yang saya Jaga. Problems teknikal.

Saya Tanya, drawings kata apa?
Dia jawap, drawings saya tak baca lagi.

Teruslah dia kena, what.....!!!!&£@£&@£#&.

Sapa kata problem ni? Bangla, Indo, Vietnam?
Depa report hang terus nak pass kat saya.
Belajaq tinggi2, last2 dengar cakap Macai.

Naik Moto pegi balik site sehari sepuloh Kali pun tak guna. buat habis duit company bayar hang saja.
Hang pi baca drawings baru jumpa saya.

Lepas dari itu dia dah selalu bawa drawings dalam raga moto pergi site.

Aspa cottage

Aspa Cottage, kuantan.

untuk staff kontraktor yang jaga project, selalunya rumah akan disediakan.
Semasa di projek Gebeng, kami menyewa di Taman  Aspa Cottage yang terletak di jalan lama jerangau - jabor dekat sempadan pahang dan Ganu. Taman tu macam konsep dusun, satu ekar tanah dan sebuah rumah.
Aku terjebak dok Di AC bila mat zen dan clerk jantan kami Apai bagitau, bos don't worry. Dok dengan kitaorang tapi bos kena dok dengan Pak  Syed la sebab dia baguih.
Aku pun kata ok berehhh. Area kawasan tu sunyi sebab semua rumah  jauh2. Rumah itu juga ada pokok buah-buahan yang kami dapat rasa bila sampai musim.

Cuma Yang tak boleh lupa bila satu weekend Aku tak balik klang, tiba2 semua ahli rumah cabut hilang tinggalkan Aku sorang. Bila malam baru aku sedar hanya aku seorang saja yang ada. Tengah malam tu Ada orang ketuk2 pintu depan Dan memanggil2. Aku pun bengang sebab tidur terganggu dan terus keluar Dan jerit2, woiiiiii sapa ni , bising la aku nak tidur dan tak nampak sesiapa di luar.
Selepas itu semua senyap sepi.

Bila aku check kemudiannya, ramai pernah kena panggil dan rumah staff satu lagi lagilah teruk.

Nak buat macam mana itu yang dan kami bertahan lebih dari dua tahun jugak.

Monday, February 25, 2019

Aku dan supervisor tegar

Aku dan senior supervisor tegar.

Hari ni cerita tentang seorang senior supervisor Yang paling susah nak handle. Sepanjang aku kerja sejak dulu hingga sekarang tak pernah jumpa Yang macam ni.

Ujian betul dia ni kat aku Dan enginiar jambatan aku, FM.
Nama dia pun aku dah lupa cuma yang Ingat dia dok Di felda Neram sempadan Pahang Dan Ganu.

Dia ni selalu datang lewat Dan kadang2 hilang terus. Banyak alasan yang dibagi bila Aku panggil dia. Enginiar aku pun stress Dan dia terpaksa jadi supervisor kat site.
Disebabkan dia aku terpaksa ubah sikit pasal kedatangan yang menyebabkan staff2 lain be gang.
tiap2 hari2 pukul 8.15 aku terpaksa kena boh garis merah Di buku kedatangan. Orang lain ramai yang kena dan jadi ok tapi tidak si senior ni. Setelah Yang tu tak berkesan, terpaksa pulak create counseling form Dan membuat counseling session tak bertauliah dengan staff -staff Yang bermasalah.
Sampai satu ketika Kami terpaksa monitor Di Jalan keluar Aspa cottage untuk tahu pukul berapa dia sampai site.
Celah2 tu motor yang  company bagi pun hilang.

Banyak Kali Aku panggil Dan taji tapi dia sangat liat nak berubah. Akhirnya setelah lebih tiga Kali Aku buat counseling session,memo tentang hal ni telah Di hantar ke HQ untuk tindakan seterusnya. Beberapa amaran  Di bagi kat dia Dan akhirnya Di tamatkan kontrak.

Dia beberapa Kali jumpa Aku merayu2 tapi  dah terlambat.

Cerita supervisor tegar ni pun Aku selalu ulang tayang kat staff Aku kemudiannya terutama Yang bermasalah.

Engineer dan motor lagi

Sambungan kisah site engineer dan moto.

Hari ni teringat cerita dengan dua orang fresh enginiar Di Gebeng.
Keduanya Di bekalkan oleh company motosikal.

Entah kenapa dua Orang tu, keduanya langsung tak sentuh Moto. Elok ja parking Dalam lab mat zin ( gambar bawah - tengah ).

Sorang site engineer ni bila nak pergi site selalu tunggu Dan tumpang sapa2 Yang nak ke site. Kadang2 tumpang orang subcon Fenki. Manakala sorang lagi pulak guna kereta sendiri bila ke site.

Satu hari senior project manager kami abang B panggil Aku Dan Tanya, kenapa dua fresh engineer tu selalu Ada Di office Dan tak guna Moto pergi site?
Aku jawap, saya pun tak tau tapi dah suruh Dan depa tak mau jugak.Kau panggil diaorang tengahari Hari ni, Kita jumpa. Aku nak settle dengan diaorang.

Bila jumpa, macam2 lah depa dua taici nak justified tak mau Naik Moto ke site.

Last sekali dia Tanya Aku, Lan, Kau dulu start kerja Naik apa? Aku jawab, motorlah. Apa lagi transport yang ada untuk fresh2 ni. Takan nak Naik Jimmy pulak. Aku pun boh api sikit.
Dia pun start belasah dua2 enginiar tu.

Lepas ni Aku tak nak tengok korang Di office lagi. Macamana Kau nak ke site, Aku tak tau.
Tapi korang mesti sign nak guna  Motor ni.

Aku pun teringat  sebelum tu masa Di company percon Corporation, project manager Aku dengan bengang nya keluar dari interview sorang fresh enginiar terus jumpa Dan bagitau Aku, gila betul enginiar tu. Ada Ka minta pajero dengan Aku nak pi site. Terok betul. Korang pun bawak jeep Suzuki Jimny Saja.

Gambar bawah : Aku dan chief Laboratory, mat zin dan site engineer, azmel.

Sunday, February 24, 2019

Jangan jadi bodoh

Jangan jadi bodoh.

Dua belas tahun lepas semasa menyiapkan satu projek Di sempadan dua buah negeri Di pantai Timur, Aku Ada berborak dengan Bos consultant  ( nama rahsia takut ramai yang kenal ) yang ceritanya lebih kurang macam bawah ni.

Kenapa hang tak highlights Ada design saya Yang tak boleh construct kat site?

Aku jawap, saya dah highlight tapi orang Haji kat site kata follow jer drawings dan jangan memandai-mandai. Kebanyakkan Yang saya proposed depa kata susah nak settle dengan HQ. Jadi saya follow jer lah walaupun pun tak betul.

Dia jawap, ya la. Hang Kan enginiar Yang dah lama dok Jaga project. Hang mesti tau bila nak handover macam ni, mesti banyak orang Tanya. Aku pun susah nak jawap kalau macam ni. Kalau depa tak dengaq bagitau Aku.

Nampak bodoh pulak Kita ni.

Aku pun garu2 kepala Yang tak gatal sambil membebel, saya jugak Yang kena !!

Office di India

Ini adalah gambar masa visit terakhir aku ke India. Ini office baru setelah aku berjaya menutup office Chennai Yang di buka oleh arwah Arwar Batcha.
Masa mula-mula aku sampai ke benua ni, HQ di Chennai setelah pindah dari Delhi. Dalam masa yang sama masih ada office kecik di Delhi, site office di Jalandhar, orissa dan Vijayawada dan seorang QS di Patrala yang beroperasi dari rumah.
Tiga tahun kemudiannya HQ pindah ke Vijayawada yang masih ada kerja maintenance highway dan office kecik Delhi. Jalandhar, orissa dan patrala telah ditutup dan beroperasi dari Delhi. Operasi masa tu adalah pada kos yang paling minimum setelah tiada project. Yang tinggal maintenance highway di Vijayawada dan beberapa kes arbitration.
Penutupan office ini mula2 sukar sebab semua ketua yang ada hendak ada wilayah pemerintahan sendiri. Setelah beberapa orang dibuang baru kerja jadi mudah.
Selepas visit ini aku tidak pergi lagi ke India sampai sekarang.

Site engineer dan kapchai

Site engineer dan kapchai.

Company pertama aku mula berkerja adalah Ireka Construction sdn bhd.
Setelah  graduate dari UKM aku masih tinggal di Bandar Baru Bangi untuk mencari kerja.
Pada 19.4.1992 sabtu aku interview di HQ Ireka dengan Ir Yap BC, isnin pagi aku sudah atas bas ke Ipoh untuk melapur diri untuk mula kerja. Tempat kerja adalah di project Plus highway package Ipoh ke simpang pulai. Project ini ada joint venture Ireka dan GKM.

Fresh engineer zaman dulu kena naik motor dulu walaupun supervisor otai company bagi kereta.  Plet motor aku ACC 7274. Motor tu aku guna selama dua tahun sehingga project siap.

Beberapa tahun kemudiannya masa di company dan project lain, Aku dan bos interview seorang fresh engineer dan dia mintak Pajero !!! Zaman dah berubah atau mat engineer tu yang perasan.

Saturday, February 23, 2019

Aku dan percon corporation

Alhamdullilah tadi sempat bersama puak2 ex- percon di kenduri anak project manager, Nadzir abd kadir.

Aku joint percon corporation pada 2.1.1996 setelah lima tahun dengan Ireka Berhad.
Mula-mula aku ditempatkan di HQ bangunan PNB bersama department operations dan tender dengan bos Tn hj Kamarudin dan senior engineer arwah musa ashaari. Setelah Lima bulan di situ, aku di hantar ke project Lebuhraya Shah alam package B yang sekarang di kenali sebagai KESAS. Site office kami tepi jalan klang - banting sebelum kawasan kampung Johan setia.Aku ke sana menggantikan engineer zaini yang berhenti. Kali ini aku dah diberi kenderaan Suzuki jimmny. Alhamdullilah sekarang dah tak jauh dengan rumah sewa aku di lorong pak mahat, kampung Jawa. Bulan june kemudiannya anak sulung lelaki kembar lahir. Kerja2 utama Aku adalah menyelia kerja earthworks, ground treatment dan beberapa jambatan di kawasan jv partner Gamuda. Susah sungguh jv dengan puak2 tu. Aku ada disitu sampai project siap.
Kemudiannya aku pindah ke project ampang kuala lumpur elevated highway, AKLEH bahagian superstructure. Kerja mula2 adalah memasang gantry ke tiga yang baru sampai dari Itali. Peluang baru untuk belajar pasal gantry terganggu bila berlaku pergeseran dengan  team Leighton yang sudah mula mengenakan staff2 percon. Aku kemudiannya pindah ke section satu dekat kampung Baru sehingga siap.
Pada tahun 1999 aku kembali jadi weekend husband bila pindah ke project kuantan kerteh railway. Railway ini panjangnya 30km dan melalui kawasan paya yang memerlukan kaedah ground treatment yang terkini. Macam2 aku belajar disini.
Aku disini sampai project siap. Dan pada desember 2001 Aku meletakan jawatan setelah masalah kewangan syarikat tidak menentu. Sebagai contract staff aku tidak punya harapan mendapat pampasan vss.
Outstation dengan anak2 yang masih kecil dan balik sebulan sekali terasa sangat sukar.
Aku balik ke lembah klang untuk project interchange di bandar sri Damansara bersama dengan Bumihiway sdn bhd.

Thursday, February 21, 2019

Dari sri Damansara ke Balkan

Dari Sri Damansara ke Balkan.

Dari seorang yang hanya bercita-cita untuk menjadi project engineer selama-lamanya, tetapi pada January 2001 aku telah memulakan tugas sebagai project manager di projek Sri Damansara interchange dengan syarikat Bumihiway. Projek pada masa  itu sudah Extension of Time no. 1.  Masa interview General Manager, Tuan Hj Bhar bagitau projek ni terkawal . Bila aku masuk sudah extension rupanya. Tapi team aku dan consultant okey dan boleh berkerjasama sampai projek siap. Setelah menyiapkan project itu enam bulan kemudiannya, aku tak ada pilihan lain selain outstation ke Gebeng by Pass, kuantan. Kali ini dengan bos dan team yang baru. Hanya si Faiz sahaja yang dari Sri Damansara. Kami tinggal di satu kawasan yang di panggil Aspa Cottage. Konsep ala-ala rumah dalam dusun buah-buahan. Kemudiannya bos berhenti dan di ganti dengan bos part time, Tn Hj Asmuni dan dia pun keluar setelah kata persetujuan syarikatnya dengan syarikat Bumihiway gagal. Aku dan team menyiapkan GBP dalam keadaan syarikat bergolak dengan perubahan top management. General Manager operation bertukar beebrapa orang.  Management baru dengan politics baru menyebabkan aku tercampak ke India walaupun sebelum itu aku dan team dijanjikan untuk ke project baru di K.pilah. Nama aku terus naik dan aku tak dapat menepisnya.

Akhirnya aku menjejak kaki ke Delhi, Hyderabad, Vijayawada dan menetap di Chennai, Tamil Nadhu, India. Bila sampai di India, Ceo resign and aku terpaksa menjadi Head of India operations. Keadaan di sana sungguh bergolak dan kami berhadapan dengan kes mahkamah serta arbitration. 

Setelah enam bulan sepenuh masa, aku balik dan pergi ke kem gong kedak untuk habiskan project. Setelah gagal dapat duit vss, aku menghantar surat berhenti tapi sebulan kemudiannya masuk balik dan di tempatkan di ibupejabat di hamodal dengan tugas baru untuk menyelesaikan semua project lama yang belum dapat CMGD. Bumihiway tak dapat bertahan lagi dengan kes projek MRR2. Reputasi hancur dan tiada siapa berani memberi projek baru. 
Dalam masa itu aku mula kembali ke India menyambung kerja-kerja dahulu. Aku terbang ke India sebulan sekali bertemu dengan anak buah lama seperti Ravi, Arun, Mohapatra, Srikanth, Krisna, Abdallah dan Tariq.
Tiba-tiba satu hari aku di panggil untuk tugasan yang mendesak di Bosnia. Bos tak mahu memeritahu detail apa yang syarikat kehendaki. Aku terpaksa cabar HR bos, Jo untuk memberi kontrak esuk. Kalau tidak aku tak akan pergi dan menyuruh mereka bagi enam bulan sahaja.Setelah bergasak dan dengan tidak di sangka, mereka dapat menyediakan kontrak.  Seminggu kemudian aku sudah berada di atas kapalterbang untuk ke Vienna dan Sarajevo untuk selama enam bulan.

Kenangan di Balkan

Mata air Ilidza.

Semasa di Bosnia selama enam bulan tinggal di Fuad Muhija road, Ilidza.  Mula-mula aku tinggal dengan Kamali, quantity surveyor. Kemudiannya dengan Eddy Choong yang gila nak pi tengok tempat Mozart di Austria. Bos aku tinggal di rumah lain.

Di Ilidza juga ada kawasan matair yang keluar dari bukit dan kemudiannya membentuk menjadi sungai yang membelah bandar Ilidza. Mereka juga telah membuat tempat rekreasi yang cantik dan menjadi tumpuan pelancung dari dalam dan luar negara.

Wednesday, February 13, 2019

Ujian

Minggu ni aku di uji dengan kencing berdarah dua hari lalu.
Selasa tengahari aku ke hospital SA kecemasan tapi di tolak ke pusat kesihatan.
Ujian urine confirm ada darah.
Esuknya buat x-ray dan ujian darah.
Darah tidak tunjukkan hal yang luar biasa.
Kemudiannya ke klinik pakar.
X-RAY tunjukkan ada macam batu dan kencing masa tu sudah tiada darah. Darah kena ambil lagi untuk ujian.

Kemudiannya pergi untuk comfimkan buat CT scan. Tarikh confirm 1 mac.

Semoga dipermudahkan

Tuesday, February 5, 2019

RedZai Guesthouse

Alhamdullilah semalam tidur di RedZai Guesthouse, bukit kor, Rhu Rendang.

Overall dah ok cuma area slope yang perlukan improvement.

Sunday, February 3, 2019

Kesian lebai

Kesian kawan2 lebai aku dengan kes tarik balik saman SR.
Terkial2 nak tepis.
Mang Ganu terok sekali sampai meroyan ke malaikat malik zabaniyah.

Itulah seni politik.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...