Friday, June 28, 2019

Practical training

12.  Praktikal Training

Salah satu komponen penting semasa pengajian adalah kewajipan menjalankan praktikal training dengan firma consultant atau syarikat pembinaan.
Aku dan rakan sekuliah Suntara telah disenaraikan untuk training di consultant GEA yang beribu pejabat di Subang Jaya. Tuan firma tu adalah Tuan Ir shaikh Waheed dan bekas ketua jabatan kami dulu iaitu  Ir Dr Ramli pun berada di situ sebagai penasihat Geoteknikal. Consultant ini lebih kepada bidang geotechnical. Selain membuat rekabentuk geotechnical-geotechnical lain, mereka juga merekabentuk dan menyelia projek tambakan di Sime UEP ( sekarang subang Jaya) menggunakan kaedah control filling. Kaedah ini adalah untuk mempercepatkan proses penambakan tanah dan rumah dapat di buat dengan segera setelah filling tanah siap.
Training kami dibahagikan kepada office dan site. Di office aku ditugaskan untuk menolong Ir Jasni dalam rekabentuk geotechnical untuk project Serendah Golf Resort.
Manakala di site pula kami bersama-sama site engineer dan technician lain dalam menyelia kerja-kerja tanah. Dua orang engineer situ kemudiannya menjadi ARE di projek  pertama yang aku kerja di Plus highway, Ipoh.

Semasa praktikal itu aku menumpang di asrama perubatan di Hospitak Besar KL. Selain aku ada beberapa orang geng enginemania yang duduk di situ sementara praktikal di kawasan KL. Aspa dengan consultant Ranhill. Che Min dengan Perunding Zaaba yg office di Kampung Baru. Rozmey pun duduk di situ juga. Tiap-tiap pagi selepas subuh aku terpaksa berjalan kaki untuk mengejar bas ke Subang Jaya.  Balik juga dengan bas dari Subang Jaya. Selalu sampai malam di asrama. Ianya berlanjutan selama tiga bulan. Kemudiannya aku membawa motosikal pulak. Semasa inilah aku menjual motor Honda PN1159 dan membeli motor Yamaha, plet AAK 2267 di sebuah kedai di Sungai Way. Motor inilah yang aku bawa ke Ipoh setelah mula bekerja dengan Ireka Berhad. Dua bulan terakhir kemudiannya aku menumpang sewa di  rumah staff  GEA  di Shah Alam.
Setelah enam bulan, aku balik ke kampus untuk  menghabiskan pengajian di tahun empat.

28.5.2019
Ampang

Teras jernang

ENGINE MANIA UKM.

11.  Teras Jernang

Setelah tamat tahun dua, kami pindah lagi. Kajang terasa jauh sangat dengan UKM. Kadang-kadang terasa hilang focus sebab banyak aktiviti ke Pekan Kajang. Bandar Baru Bangi masih tiada peluang. Kali ini terjumpa rumah sewa yang terpencil di Kampung Teras Jernang. Kami menyewa dua rumah yang bersebelahan. Di kawasan yang sama WARA and the gang juga menyewa. Penuh budak-budak EngineMania situ. Korum masih sama kecuali Suntara dan Azizi balik ke kampus. Tapi kali ini di sertai dengan Duan, geng MRSM Kulim Aspa.

Kalau dulu di Pekan Kajang. Tapi kali ini tersorok dari orang luar. Jalan masuk ke situ sempit dan bersemak, lagi-lagi selepas batching plant. Rumah itu berada di kawasan bawah highway KL ke Seremban. Di sini tiada siapa akan report polis kalau kami bising. Tapi sini tiada padang lagi untuk bermain bola.
Ingatkan bila pindah ke tempat terpencil, kami akan berubah. Tapi rupanya lagi kencang ke Kajang. Lagi teruk malam-malam pukul satu atau dua pagi pun pergi. Apatah lagi bila ada yang menjerit lapar-lapar dan yang jadi burung hantu tidur siang, berjaga malam.

24.5.2019
Tasek permai, Ampang

Taman kajang jaya

ENGINE MANIA UKM.

6.  Taman Kajang Jaya

Bila masuk tahun dua, majority kami tak dapat penempatan di kampus. Yang dapat munkin geng rotu macam Kamarul, yang aktif persatuan dan yang bernasib baik.

Setelah mencari rumah sekitar Bandar Baru Bangi gagal, kami membuat keputusan untuk tinggal di Kajang walaupun ada masalah transport hendak ke kuliah nanti. Aku pulak terpaksa arrange dengan arwah bapak untuk mencari motor. Motor itu di hantar melalui keretapi dari Arau ke Kajang. Aku pulak hanya ada lesen sementara yang boleh seorang sahaja bawa.  Dengan motor Honda cup plet PN 1159 itu aku berulang-alik dari Kajang ke UKM  kemudiannya.

Rumah yang kami sewa adalah rumah dua tingkat di Taman Kajang Jaya. Ahli-ahli engine mania yang bersama-sama duduk di situ adalah Aspa, Abi, Shukri Adam, Sukri Mat Yie, Rahman, Azizi, Suntara dan Shiha Rusila.

Banyak hal berlaku semasa di sini. Pernah polis datang rumah sebab ada orang complain bising. Ada budak sekolah datang untuk berbaik-baik dengan kami. Hal ini akan di ceritakan kemudian. Taman ini juga ada budak sekolah yang akhirnya menjadi penyanyi terkenal. Tentu orang pernah dengar nama Ruhil Amani. Brader-brader kilang yang selalu bermain bola sekali, Aris Ariwatan yang kemudiannya juga terkenal.

Selain dari kami ada tiga orang engine mania yang duduk di kampus tapi lari sebab dah kurang geng dan ketagih untuk main bola. Rozmey klate hampir tiap-tiap kali bila tiada kulih muncul di TKJ dengan Honda cup klasik dia.  Bila datang habis di kejutnya semua orang untuk main bola. Time dia datang pulak ramai antara kami yang sedang membadak dan berat nak bangun.

Sorang lagi budak mekanikal, Zurin juga selalu datang. Tapi dia datang tak sekerap Rozmey. Bila tak keluar tabligh baru muncul. Kisah lucu pasal dia ni aku ingat sampai bila-bila. Satu hari dia sampai rumah hari dah gelap dan bagitau, aku ada problem. Tadi accident dan minta tambah duit nak settle dengan orang yang aku langgar. Cerita di langgar orang tu yang paling kelakar. Katanya dia Nampak dua motor di depan dan terus cilok tengah-tengah tapi terlangar bontot kereta. Macamana potong motor tapi langgar kereta? Semua yang dengar cerita Zurin konpius.  Rupanya bila malam gelap dia ada masalah pengelihatan sebelah mata dia.  Dia Nampak lampu belakang kereta yang dua tu seolah-olah dua motor yang sedang berjalan. Munkin slow sangat, dia terus cilok tengahnya dan bantai kereta tu. Kesian dia, dah la motor sendiri kena repair, kena pau lagi dengan pemandu kereta tu.

Seorang lagi yang selalu datang adalah Duan. Tapi dia datang bila malam saja untuk jumpa member kamcing yang bertanduk dia, Shiha. Projek depa selalunya di Kajang. Hebat diaorang ni.

20.5.2019
Ampang.

Satay kajang & sukan olimpik

9.  Taman Kajang Jaya
     Satay Kajang

Sesiapa yang pernah belajar di UKM, satay kajang adalah sesuatu yang sangat sinonim. Tapi untuk yang tak pernah pekena langsung, memang pelik atau orang tu phobia daging ayam. Untuk student macam kami, satay kajang ni kira eksklusif sebab budget ciput. Walaupun duduk di Kajang tapi jarang-jarang dapat pergi. Kalau gian sangat, boleh la pergi pekena sepuluh cucuk saja. Kalau masa baru dapat duit sponsor, kami akan pergi ramai-ramai dan share cost. Masa tu penuh student-student di kedai-kedai satay. Masalahnya ada yang kuat tibai macam Zurin, susahlah masa nak kira. Mentang-mentanglah Tali perut dia panjang. Dia selalu champion bila last kira berapa cucuk. 

10.  Taman Kajang Jaya
        Sukan Olimpik 1988

Semasa di Kajang inilah sukan Olimpik Los Angeles di jalankan. Aku dan Aspa dok pikir macamana kami nak tengok sukan tu. Takan bila nak tengok kena pergi kedai saja. Masa pula bukan kena dengan waktu Negara kita. Last sekali kami decide untuk sewa saja TV selama sebulan. Setelah dapat kumpul fund dari kawan-kawan lain, kami round pekan Kajang untuk cari kedai repair  TV  dengan harapan dapat sewa dengan harga yang murah. Akhirnya jumpa dan bawa balik naik moto. Lepaslah gian nak tengok bola sukan Olimpik.

22.5.2019
Taman Andalas, Klang

Thursday, June 27, 2019

KFC dengan Man Janggut

8.  Taman Kajang Jaya
Sarapan KFC dengan Man Janggut

Satu hari aku dan Man Janggut nak ubah selera. Oleh sebab geng lain tak ready, kami belah dua orang saja. Tapi sebab English kami dua kampong, kecoh dengan orang KFC tu.

Masa order beberapa ketul ayam, tukang order Tanya nak kentang putar  tak? Tapi dia sebut benda tu dalam English.  Walaupun tak paham yang kentang tu coleslaw, kami kata ok. Tapi bila order sampai, kami belasah budak tu kata kami tak pernah order benda ni. Bila dia tunjuk senarai lagi la kami nafi. Last sekali suruh budak tu ambik balik. Lepas belasah KFC tu kami pun belah dari situ.
Kesian budak tu kena marah dengan manager dia. Kemudiannya aku dengan Man gelak kaw-kaw bila teringat kami dah salah.

21.5.2019
Ampang

Bergasak dengan budak sekolah

7.  Taman Kajang Jaya
Bergasak dengan budak sekolah.

Satu hari seorang budak sekolah datang ke rumah kami. Katanya hendak tumpang belajar dengan abang-abang university. Kami tak membantah kalau-kalau niat dia betul dan dapatlah bagi tunjuk ajar apa yang patut. Dia pun keluar masuk rumah dengan bebas. Lagi-lagi rumah kami jarang kunci.
Setelah beberapa minggu ada beberapa orang complain hilang duit syiling yang di letak atas meja atau tepi-tepi dinding. Shukri pula hilang keris kecik ajaibnya. Suspectnya tentulah Mat P. P adalah gelaran kami kat budak tu.

Setelah berbincang, kami plan untuk trap dia. Dia selalu datang petang dekat magrib dan balik sebelum kami balik makan malam. Munkin masa kami keluar makan tu dia buat kerja ambik duit. Patutla asyik ada rokok saja. Malam tu kami keluar dan patah balik tak lama kemudiannya. Dia kena tangkap red handed bila di check duit yang kami sengaja letak ada kat dia. Dia pun diinterogate oleh kami yang di ketuai oleh inspector Abi. Semua orang belasah dia tapi Tok Ketua masih tunggu  dia mengaku ambik keris kesayangan dia. Bila dia mengaku saja, kami tergamam bila Tok Ketua tiba-tiba naik minyak dan belasah juga. Setelah selesai, budak tu pun di lepaskan.

Esuk pagi tengah syok-syok tidor, tiba-tiba ada orang datang menjerit dan memukul peti surat dan terus masuk ke dalam rumah yang tak berkunci dan marah-marah sambil mencabar kalau berani pergi rumah dia untuk selesaikan kes belasah anak dia. Setelah cukup korum, kami pun beramai-ramai ke rumah dia untuk settle dengan bapak Mat P. Selepas argue macam-macam kes tu pun selesai dan Mat P tidak kelihatan lagi selepas tu.

20.5.2019
Ampang

Engine mania football club

ENGINE MANIA UKM

5.  Engine Mania football club.

Semasa di tahun satu, kami juga ada football club. Namanya Engine Mania Football Club. Entah mana datang nama tu. Baju t-shirt kemudiannya pun nama Mania. Kira mania lah kot puak-puak fakulti lain tengok budak-budak engineering masa tu.

Team ni masuk pertandingan tapi tak menang apa-apa walaupun ada beberapa star player. Goal keeper di jaga oleh bekas penajaga gol handalan MRSM,  Riduan Hassan Basri ( sekarang Hj Maulana Duan ), fullback ( kapten kot ) Aspa yang rasa dia macam player Brazil, Socrates dan player handal dari Klate, Micheal Mey sebagai winger. Pemain import Kanada yang ber…. Pun ada. Masa tahun dua ada juga main bola tapi di taman permainan kanak-kanak Taman Kajang Jaya saja la.

Kegilaan terhadap bola selepas tu cuma pergi tengok di stadium saja. Pernah ke Stadium Cheras dekat sekolah sains Selangor tengok semi-final piala FA antara Kedah PKNS dan DBKL. Masa Malaya lawan Everton pun kami pernah pergi.

Sekarang nak tengok bola pun terlena.

18.5.2019
Tasek permai, Ampang

Melihat batu di temerloh - mentakab

ENGINE MANIA UKM.

4.  Melihat batu di Temerloh - Mentakab.

Selain daripada matapelajaran khusus,  kami juga di wajibkan mengambil matapelajaran Geologi yang ada kaitan dengan kejuruteraan awam. Matapelajaran ini kami ambil bersama dengan pelajar-pelajar kursus Geologi yang sebenar. Pensyarahnya adalah seorang geologist yang tersohor di Malaya.

Salah satu kerja kursus matapelajaran ini adalah lawatan ke tapak untuk melihat batu-batu yang ada di Malaya. Tempat yang di pilih adalah di kawasan Karak – Temerloh – Mentakab. Kami ke sana dengan bas yang sudah di uruskan dan terpaksa bermalam di Bandar koboi Mentakab. Kami beramai-ramai bermalam di hotel murah kepunyaan   tokey cina. Oleh sebab ramai tentu tak terkawal terutama keesokan paginya bila ada yang lari begitu saja sehingga tokey tu kecoh .

Selain dari puak2 kami, Ada Dua lagi senior yang ikut iaitu Yazid Dan Sufian. Entah di Mana mereka sekarang.

18.5.2019
Ampang

Fakulti kejuruteraan awam dan stuktur

ENGINE MANIA UKM

3.  Fakulti kejuruteraan awam dan stuktur.

Seramai lebih kurang dua belas orang dalam batch FKAS tahun itu. Perempuan ada tiga orang, Nora, Tuan Noor Laily dan Nurbaya. Manakala yang bukan melayu ada lima orang, Lai Ming, Kok, Suntara, Dharam dan Siva. Lain-lain semua melayu. Selain Aspa, Rozmey, Mat Sahak, ada Che Azmin, wan hanapiah, Wan Rahim dan disertai dengan tiga orang yang senior sikit dari kami iaitu Shukri, Rahman dan Abi Suffian. Shukri dan Rahman sudah ada diploma masa itu sementara Abi  pula dari sebuah university di kanada.
Nora dan Lai Ming orang Serawak manakala aku, Aspa,Suntara, Siva dan Rahman dari utara. Abi dan Kok dari KL saja. Lain-lain tu geng Klate yang paling ramai termasuk Singh Dharam. Shukri pula dari Jerangau, Ganu. Dia paling senior dan kami panggil Tok Ketua.
Kami adalah batch ketiga kejuruteraan awam dan struktur. Pada masa itu jabatan kami masih tiada bangunan khas dan berselerak di fakulti-fakulti sains bila ada kuliah. Dekan fakulti kejuruteraan masa itu adalah Prof Ariffin Aton manakala ketua jabatan awam adalah Ir Dr Ramli Muhammad.
Pensyarah-pensyarah yang aku masih ingat adalah Dr Wan Hamidon, Raihan Taha, Othman, Hassan basri, Ir aziz Mustapha, Dr shahreen Madros, Ismail Abd Rahman dan lain-lain. Seorang lagi doktor konkrit yang aku sudah lupa nama dia.

17.5.2019
Ampang

Tahun satu dan kamsis ungku omar

ENGINE MANIA UKM.

2.  Tahun satu & Kamsis Ungku Omar.

Selepas mendaftarkan diri sebagai penuntut tahun satu, aku di tempatkan di Kamsis Ungku Omar. Pada masa itu penuntut tahun satu mesti tinggal di dalam kampus. Untuk tahun yang berikutnya, bergantung kepada keadaan.
Di KUO aku tinggal di tingkat dua. Tiada budak engineering di tingkat itu kecuali roommate aku seorang Singh. Geng tingkat satu yang masih aku adalah Mattab Karim. Dia adalah roommate asal aku sebelum di tukar. Dia dari Fakulti FSKK. Roommate baru dia Muniany juga dari FSKK. Kemudian ada empat orang budak Kelantan. Lokman dan Tengku Yunus dari Fakulti Ekonomi. Nik Zaini pula dari Fakulti FSKK. Sementara seorang lagi yang aku dah lupa nama dari Fakulti Pengajian Islam. Aku selalu bergasak dengan dia sebab dia anti orang Perlis yang ‘La mazhabiah’. Dia ni kira dari Kaum Tua dan aku dari Kaum Muda.

Rupanya pertembungan aku dengan depa ini adalah dari dulu lagi. Aku meneruskan hidup di sini tanpa sebarang masalah.

Geng engine aku di KUO ni adalah Hj Aspa, Hj Shukri dan Azarudin. Masa ini aku  belum ada motor lagi. Semuanya menapak saja ke kuliah. Nasib baik kamsis ni dekat dengan tempat kuliah. Tak macam budak lain yang duduk di kamsis atas bukit. Makan pula di kafetaria kamsis. Tapi sebab budget ciput, kami makan ala kadar saja.
Oleh sebab fakulti kejuruteraan kami belum ada bangunan yang khusus, budak-budak engine macam nomad saja. Tumpang kelas rata-rata. Selalunya di bangunan Geologi.

Peristiwa yang aku tak boleh lupa pasal Pak Aji Aspa, Mat Penang adalah bila kami dah habis periksa akhir tahun satu. Dia secara tiba-tiba terima tawaran pensyarah kami, En Wan ( sekarang prof Ir Dr ) untuk keluar berdakwah tiga hari ke Mesjid Klang Gate. Tak sangka aku. Nasib baik aku dapat mengelakkan diri. Semasa dia pergi keluar, aku belum balik lagi sebab ada exam English yang belum selesai. Tiba-tiba tengah malam tu, bilik aku ada orang ketuk-ketuk sambil panggil…Pak Lan..Pak Lan. Aku bangkit dan buka pintu. Eh..Aspa. Awat ni ? Bukan hang keluaq ka? Aku lari la. Mai masuk, hang lepak sini dulu. Benggali pun tadak ni. Sambil rilek-rilek dia cerita pasal pengalaman keluar. Nak pecah perut aku dengar.
Aku kata kat dia, rilek dulu, esuk kita keluar pi KL.

16.5.2019
Tasek permai, Ampang

Wednesday, June 26, 2019

27.6.19

Stressfull week.

Open house.

Meeting dengan client.

Project semakin delay. Time Eot 1 almost habis. Banyak lagi tak siap

Saturday, June 8, 2019

Raya 2019

2019 Raya Kali ni di Redzai Guesthouse Taman Aslam Bukit Rhu Rendang.

Alhamdulliah sampai Hari ahad lepas Dan pagi nak bertolak balik ke Klang.

Semoga semuanya selamat.
Masa datang Baru ni aku kemalangan kecil di jalan pengkalan berangan. Ranjer pecah taya Dan side mirror. Tayar Dan repair tapi mirror tu kena Cari di Klang jugak la.

belasungkawa

Semalam dapat berita di FB pak khalid menghembuskan nafas terakhir. Dia kawan lama masa projek BP dulu. Semoga tenang di sana. ...