Tuesday, February 25, 2020

teringat India

Ini adalah gambar masa visit terakhir aku ke India. Ini office baru setelah aku berjaya menutup office Chennai Yang di buka oleh arwah Arwar Batcha.

Masa mula-mula aku sampai ke benua ni, HQ di Chennai setelah pindah dari Delhi. Dalam masa yang sama masih ada office kecik di Delhi, site office di Jalandhar, orissa dan Vijayawada dan seorang QS di Patrala yang beroperasi dari rumah.

Tiga tahun kemudiannya HQ pindah ke Vijayawada yang masih ada kerja maintenance highway dan office kecik Delhi. Jalandhar, orissa dan patrala telah ditutup dan beroperasi dari Delhi. Operasi masa tu adalah pada kos yang paling minimum setelah tiada project. Yang tinggal maintenance highway di Vijayawada dan beberapa kes arbitration.

Penutupan office ini mula2 sukar sebab semua ketua yang ada hendak ada wilayah pemerintahan sendiri. Setelah beberapa orang dibuang baru kerja jadi mudah.

Selepas visit ini aku tidak pergi lagi ke India sampai sekarang.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...