Wednesday, February 19, 2020

kawan lama

Tadi Masa lepak di office dalam pukul empat, tiba-tiba dapat call dari kawan lama yang dok di Taman Kosas. Dia baru balik dari kerja di Bukit Jalil.

Asalnya seorang ahli Bomba, kemudiannya tukar ke bidang safety.

Mula jumpa dia Masa project AKLEH di Jalan Sultan Ismail, dekat Kampung Baru masa aku dengan percon. Lepas project siap, kami tak jumpa lagi. Masa tu aku masih site engineer lagi.

Kemudiannya Masa aku joint Bumihiway sebagai project manager, dia  dah jadi manager safety. Lama jugak kami bersama-sama dalam company tu. Masa aku balik dari India dan ke Gong Kedak, dia masih Ada lagi. Bila Aku balik HQ di PJ kemudiannya, dia dah tak ada di syarikat lagi. Banyak tribulasi berlaku dalam syarikat masa itu. Ramai yang penin tengok. 
Dia dah buat haluan sendiri dan Aku masih kayuh dengan Bumihiway sehingga sampai ke Bosnia. 
Bila aku mengetuai satu syarikat pembinaan  dalam group bumihiway/selia, aku cari dia sebagai freelance safety.  Ini adalah syarikat terakhir aku dalam group.  Masa aku buat Kem askar. Tapi dia terpaksa tarik diri sebelum project siap sebab masalahlogistics dan clash meeting dengan project dia yang lain.
Kemudiannya bila Aku project di Ampang, selalu jumpa untuk teh tarik di Taman Kosas. Tapi dia terlepas berita aku kena heart attack. Setelah hampir setahun setengah baru tadi dapat jumpa. Panjang cerita terutama pasal aku kena heart attack.
Banyak sharing yang menarik tadi sementara melihat orang buat jambatan dari tingkat satu Aeonbig.

Konklusinya diumur begini, kami patut slow gear dan biar orang muda beraksi.

19.2.2020


erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...