Friday, February 7, 2020

kawan lama - hassan BZ

Hassan Badri.
7.2.2020 jumaat.

Hari jumaat yang berkah ni tiba-tiba Aku dapat message dari seorang yang mengatakan dia anak angkat kawan lama satria jenan tahun 1980 dulu. Kawan yang sudah lama kami cari tapi sesiapa pun tak dapat mencari . Geng Kulim kami pun tak dapat trace walaupun arwah bapanya dulu seorang yang terkenal.

Dia telah terjumpa satu posting  dalam blog ini yang bertarikh 20.4.2015 yang aku ceritakan sedikit pasal kawan yang duduk di sebelah katil aku masa di asramaRumah Satria Jenan.

Setelah empat puluh tahun baru dapat sedikit info tentang kawan lama yang balik bersekolah di kampung setelah habis tingkatan Satu di Jenan atas sebab-seba yang kami semua tak tahu. Semasa ke rumah adik ipar aku di area politiknik kulim dulu pun aku cuba cari tapi dek kerana tiada info, tak dapat apa-apa.

Beliau telah berkeluarga dan menetap di Selama, Perak. Sekarang menjalankan bisnes sambil membuat project menanam durian Dan pisang.
selepas aku post berita ini dalam group jenan 80 - 84, nampaknya ada beberapa sahabat di utara yang berminat hendak pergi mencari dia.
Ada umur panjang, dengan izin Allah, inshallah Kita jumpa nanti.

P/S : terimaksih kepada anakanda HBZ, Ejad yang sudi menjengah blog ini dan membuat percubaan message aku dan mendapat berita baik. 

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...