Saturday, February 5, 2011

si subang

tadi masa kat mesjid menunggu solat jumaat ada saudara bersubang kat telinga dekat dengan aku.
nampak macam bukan melayu muslim yang biasa. brader ni kira baik lagi kalau nak dibanding yang aku tengok di bosnia dulu yang mana bukan setakat subang, tatoo, pakai topi dan seluar bawah sikit pun ada.
 
adakah aku sedih atau gembira? kedua-duanya ada.
gembira sebab dia datang juga ke masjid. harap lama-lama dia ke masjid masa solat lain dan kemudian tidak bersubang lagi.
aku juga gembira kerana tiada orang muslim malaya yang halau atau maki-maki dia.

tapi aku juga sedih dan terasa gagal.
gagal kerana tak mampu nak memahamkan orang-orang yang macam ini tentang adab-adab bila berada didalam mesjid. kalau saudara kita tadi baru memeluk islam boleh la juga tapi bagaimana kalau dia muslim sejak kecil?
semoga saudara aku ini sentiasa dirahmati Allah dan bertambah imannya.

bila keluar aku lagi sedih tengok ada seorang lagi saudara kita dengan seluar pendek tidak menutup aurat sedang menunggu seseorang keluar dari mesjid untuk balik.

aku semakin terasa sangat lemah sekali solat jumaat kali ini.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...