Saturday, February 12, 2011

bosnia - dua tahun sudah berlalu

kenangan ke bosnia dua tahun lalu datang kembali.

pada tarikh hari ini dua tahun lalu aku dipanggil dan diberitahu tentang tugas baru yang tiba-tiba datang.
agak mengejut perlu pergi dengan segera dan setelah beberapa urusan selesai, aku terus berangkat pada 18 februari melalui bangkok dan vienna sebelum sampai di sarajevo.
adakah aku menyesal dengan perjalanan kali ini?
setelah dua tahun berlalu, aku rasa perjalanan ini sangat berbaloi dan sekarang mengerti kenapa tuha mentakdirkan begitu.

beberapa gambar dan momento kenangan di rekodkan kali ini.
kad talipon di bosnia.
10 KM adalah harga kad talipon ni.
contoh satu bil
UKUPNO adalah jumlah
kad bank
kelakar rasanya. dilaminate dengan plastik saja.
itulah perangai bank asal dari jerman, bila kat bosnia buat lekeh-lekeh saja.
aku tak pikir kat jerman sana cikai macam ini saja.
bil makan masa aku berjalan-jalan ke  bandar Zenica .
tiket berlepas thai airways yang melalui bangkok dan vienna.
bila la pulak  nak merasa yang bukan ekonomi kelas?
dua orang yang saja aku pilih nak letak kat blog ni kali ini.
di kiri saudara se malaya yang bertugas di kedutaan.
sangat terimakasih kepada kawan-kawan kedutaan macam en ismaon yang selalu buat program makan-makan bila hujung minggu. dapatla aku merasa masakan malaya di sarajevo.
yang dikanan adalah seorang saudara bosnia yang pernah belajar di malaya dengan universiti islam.
sekarang dia seorang ushawan dan juga ketua alumni uia bosnia.
pas nak duduk di bosnia.
masa ni aku tinggal di jalan fuad muhica, ilidza.
kami duduk kat atas dan tuan rumah kat bawah.
yang tak tahan masa winter, dia dok kontrol heater sampai kadang-kadang kitaorang nak beku kat atas rumah.
saudara ini sangat istemewa pada aku.
aku jumpa dia masa solat di mesjid lama di tengah-tengah sarajevo.
dia mula menegur aku dengan bahasa melayu yang dia ingat sikit-sikit. rupanya dia pernah bekerja dengan lombong di indonesia masa komunis masih menguasai bosnia.

dengan saudara ini, aku tersangat rasa kemesraan antara saudara seislam yang merentasi budaya, bahasa dan warna kulit.
bil kat post opis diaorang masa tukar sikit euro ke KM
bawah ini bil bank jerman.

jemputan masa universiti-universiti di malaya yang buat program untuk pelajar bosnia belajar di malaysia
ini restoran yang ada masakan ala malaya.
rupanya tokey tu pernah jadi chef di satu hotel di malaya.
ketibaan di sarajevo pada 19.2.2009
bawah ni masa terpaksa keluar setelah tiga bulan sebab permit belum siap.
terok sungguh birokrasi nak buat permit. dah aku nak balik bila hampir enam bulan baru dapat.
aku masa ni pergi jalan-jalan ke croatia yang dekat dengan laut.
tempat bela ikan yang unik
skit gambar masa ada salji
masa ikut walkaton kanser
kota tepi laut yang sangat cantik
dengan american couple jiran aku kat ilidza yang berada di beberapa kawasan balkan lebih dari sepuluh tahun. banyak program diaorang dan muslim lain tidur tak sedar.
yang baju kuning tu si eddy chong, dari malaya juga.


gulaj
nasi sikit, daging berkuah dan campuran sayuran

vrelo bosna - salah satu tempat favourite aku.
gambar ini pun gambar yang paling aku suka.
tempat ini adalah tempat keluarnya mata air dari gunung yang sangat semuladi dan pihak sini membuat satu kawasan yang sangat cantik



di bandar lama travnik yng diasaskan oleh pihak turki.
sungai kecil di belakang adalah sumber mata air dari gunung juga.
bandar kecil Ilidza
saah satu bunga tuan rumah aku
mesjid kecil  dekat tempat aku duduk yang begitu daif tapi orang-orang yang pergi solat sini mempunyai semangat yang sangat waja.
sayang diaorang tak boleh berbahasa ingeris dan aku tak boleh bosanski.
bersama madam dbetul-betul tempat mata air. air yang sangat sejuk dan boleh terus di minum.

begitulah sedikit coretan pasal perjalanan ke bosnia kali ini.
aku sangat setuju dengan madam yang bumi ini sangat sangat cantik dan juga banyak sebab kenapa tuhan memilih untuk islam terus hidup di sini dan tak dapat dipadamkan sehingga sekarang.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...