Wednesday, July 8, 2009

keadilan dihalang..???

tahun ni dah lima tahun kami ke kuantan nak selesaikan kes mahkamah lawan cimb bank.
tapi kali ini juga hakim menangguhkan ke bulan november kerana bank bawa satu saja saksi padahal mereka dah daftar nak bawa dua saksi.
lepas ni apa pulak helah bank dan apa yang hakim boleh buat..???

dulu bank kata tak jumpa saksi...tangguh kes. pastu kata saksi tak jumpa..tangguh kes...pastu bank tak bawa saksi..tangguh lagi. semalam bank bawa satu saksi saja.
begitulah helah2 bank bila kes tidak memihak kepada mereka.bayangkan kalau kes ini diaorang cukup dokumen dan bukti.......tak bernafas lah kitaorang.
dalam masa lima tahun, hakim selalu tukar, lawyer bank juga tukar.

itulah yang jadi bila individu lawan organisasi besar.
mereka ada banyak stamina. ada wang untuk teruskan walaupun kes tidak memihak mereka.kalau kalah, boleh rayu.

orang kata, justice delayed, justice denied.....ada betulkah?

No comments:

Post a Comment

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...