Friday, July 31, 2009

azan



baru-baru aku terjumpa dalam internet seorang penulis ( radzi shapiee )mempromosi sebuah buku yang namanya 'rumah azan' seperti gambar di atas. buku ini berdasarkan lawatan dan permerhatian terhadap beberapa majid yang di pilih di beberapa tempat di malaysia.

yang nak dipanjangkan di sini bukanlah rumah azan atau masjid tetapi azan itu sendiri.
di eropah ini hanya di bosnia herzegovina sahaja azan masih dilaungkan secara terbuka pada setiap waktu. walaupun komposisi penduduk islam dan buka islam tidak jauh beza tetapi ianya tidak menjadi sebarang masalah dan pembinaan masjid juga semakin bertambah.
keadaan sebaliknya berlaku di singapura, walaupun asal usul dulu tanah orang islam tapi sekarang ini azan sudah tidak dibenarkan.
di malaya telah ada percubaan untuk memberhentikan azan dilaungkan awal tahun ini. keadaan tegang berkurangan bila suara-suara yang membantah makin perlahan.kalau orang islam leka, tidak mustahil satu hari nanti akan ada usaha-usaha memberhentikannya. banyaklah alasan-alasan yang karut akan di berikan dan yang lebih malang ada satu puak orang islam sendiri yang setuju dengan puak-puak kafir atas nama toleransi beragama. bila ada orang islam kena sembelih hilang pulak toleransi.

kenapa azan ini penting?

sebenarnya secara kita tidak sedar, sistem azan yang ada menunjukkan yang setiap masa di mukabumi allah ini akan ada azan memanggil orang bersolat.
ini kerana azan akan dilaungkan pada masa-masa yang berbeza mengikut tempat. jadi dalam duapuluh empat jam. tiap-tiap saat akan ada tempat yang sepatutnya melaungkan azan.ianya tidak akan putus dan jika seluruh tempat ada oranag islam dan azan dibenarkan, maka akan bersambung-sambunglah azan.
jadi bila seruan azan ini akan ada dimana-mana, maka pangilan solat akan berkemundang dan akan ramai orang bersolat dan bila ramai orang islam bersolat terutama solat jemaah,maka islam akan menjadi kuat kembali. jadi inilah yang puak-puak kafir tak mahu kerana kebangkitan islam akan bermula bila ramai orang mula berjemaah solat subuh.

No comments:

Post a Comment

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...