Saturday, September 30, 2017

Kisah bos hampir masuk jel

Cerita Hari ni untuk enginiar2 Gebeng aku dulu , Miji, Syed Yang dah jadi Project manager sekarang.

Kisah ini berlaku kat aku beberapa tahun lepas Di project kem Batu pahat Yang menyebabkan photo aku Ada Di paper Sinar Dan Metro.

Satu hari site kena serbu dengan imegresen Batu pahat sebab Ada aduan illegal workers.
Masa serbu tu aku tengah chair sub-contractor meeting. Kat luar dah heboh pegawai 2 imegresen dah ambik semua IC staff Realis. Mereka sedang mencari siapa boh site tu.
Kami Dalam meeting dah mendapat info Dan sedang tunggu masa nak blah.
Mengikut petua semasa, boh kena hilangkan diri masa2 Gini.

Aku pun berpakat dengan Bos subcon Letrik, Zakuan ( dulu Rasma Gong Kedak ) untuk lari dari site dengan kereta dia. Kami semua pun keluar dari bilik meeting untuk keluar ke kereta.
Sedang Aku dok buka pintu kereta, tiba Aku dengar suara site engineer aku bercakap, tuan, inilah bos saya sambil memperkenalkan Aku.
Tension Aku dengar sambil membebel, apahal la engineer aku ni.
Terus pegawai tu cakap, encik bagi IC Dan ikut saya sekarang. Dia pun panggil geng2 dia suruh bagi balik IC staff2 lain.
Aku dengan stress kat engineer aku sambil membebel kat  dia banyak2.

Selepas kena berhimpun dengan indon2 Dan bangla2 Yang kena tangkap, Aku pun dibawa ke balai untuk Di introgate. Setelah berjam2 konar Sana sini petang dekat magrib baru Di lepaskan.

Masa ambik balik IC, pegawai tu kata, encik selangkah lagi nak masuk jel. Teruih Aku teringat kes Meor yg dok Dalam jel Di project bumihiway UIA dulu.
Aku balik dengan perasaan bengang giler dengan enginiar Aku tu.

Untuk Pak Syed Dan Miji, becarefull dengan enginiar 2 baru sekarang. Hampir masuk jel bos depa.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...