Friday, March 23, 2012

ambil kesempatan

semasa dalam perjalanan ke johor dua hari lepas aku singgah mengisi minyak di petronas rawat dan rehat seremban. sedang aku menunggu minyak penuh, tiba-tiba datang seorang gadis muda, cantik dan bersuara lembut sambil menunjukan sebotol madu dan sekeping CD. belilah pak cik, untuk sekolah tahfiz.
bolehkan aku percaya? memang aku tak pernah percaya.
sejak beberapa insiden, aku hanya percaya tabung masjid saja. itu saja pada aku tempat derma duit yang akan sampai terus.
kecualilah mesjid yang dikawal oleh puak-puak lahanat yang kadangkala tibai duit mesjid macam duit mak bapak dia.
ingat lagi kes mahkamah yang bekas pak imam baling kasut kat hakim? itulah malaya, apa-apa pun boleh.
balik cerita budak muda itu.
tiba-tiba aku terasa nak bagi duit kat dia tanpa beli apa-apa. sambil bagi duit aku kata, macamanalah saya nak percaya betul ka tak betul ni. dia jawab, pak cik tak percaya kah? aku kata, entahlah saya serah kepada Allah Ta'ala sajalah.
kenapa aku bagi kali ni?
entahlah, tiba-tiba aku rasa dengan bagi sedikit, tokeh jahat dia tak marah dan lambatkan nak dihantar dia ke tempat yang tak baik dan buat kerja tak baik macam melacur ka entah apa lagi. di malaya ni ramai yang guna agama untuk cari duit. apa budak macam tu buat kerja ni kat lebuhraya?
teringat juga aku kata-kata, kemiskinan akan membawa kepada kekufuran.

kemudia datang mat bangla bagitau aku memang hari-hari ada budak minta duit kat kawasan tu. diaorang boleh dapat hampir seribu sehari. si bangla tu spekulasi ka memang dia tengok betul aku pun tak pasti.
tapi yang nyata orang malaya memang pemurah dan jangan terkejut ramai yang cari jalan mudah jadi peminta sambil bawa apa-apa saja untuk dijual.

tapi jika benar, kenapa institusi agama tahfiz mesti buat macam ni?

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...