Sunday, January 15, 2012

serangan jantung?

sabtu petang minggu lepas sangat mencemaskan aku.
tiba-tiba masa pukul satu tengahari di opis terasa berdebar-debar, jantung bergerak pantas dan badan menjadi sangat lemah. aku terus beredar untuk balik dan semasa dalam perjalanan ke klang, keadaan masih masih sama.
nafas ditarik dan hembus beberapa kali tapi kaki masih terasa lemah lesu.
tanda-tanda apakah ini? inikah yang dikatakan serangan jantung?

aku semakin risau dan resah bila memikirkan hal diatas terutama bila berkait dengan jantung. dengan obesiti aku yang masih belum diatasi, hal jantung ini menjadi satu kerisauan.
bila sampai dirumah, terus aku cari di google, tanda-tanda serangan jantung. bila dibaca, macam ia atau tidak. selepas makan telan sebiji ubat darah tinggi tapi masih sama.
petang aku ke klinik azian untuk periksa dan rupanya sana pun ada test ECG.
alhamdullilah test tu menunjukan tiada serangan. dan perasaan risau terus hilang.
tapi macamana nak buat selepas ini selepas beberapa kali percubaan untuk kurangkan berat masih gagal? makanan? bersenam?

untuk permulaan, sarapan dengan oat adalah mesti selepas percubaan minggu lepas tidak mendatangkan banyak masalah.
makan malam tiada lagi nasi. hanya roti atau lempeng.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...