Sunday, April 7, 2019

Jumpa boss lama

73. Jumpa boss lama

Semalam Masa pergi kenduri ex staff BH terserempak dengan boss lama dulu.
Sayang aku sampai lambat Dan dia sudah nak balik. Sempat borak kejap depan lift saja.

Dulu jumpa cerita pasal kerja. Lepas aku berhenti, kalau jumpa pun cerita pasal kerja.

Tapi sekarang cerita pasal jantung, berapa stenting pasang Dan macamana dia kena stroke ari tu.
Dia banyak nasihat aku jaga kesihatan. Control makan dll. Maklumlah aku ni food lover.

Bila haji nak dapat menantu pulak?

Total sub atau sub labour atau buat sendiri

70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri.

Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah buat sendiri. Maknanya untuk kerja2 earthworks kami Ada mesin excavator, roller, backpusher, lori Dan lain2 sendiri. Untuk kerja longkang, roadwork  Dan jambatan juga sama.
Perkerja pula sendiri yang gaji dibayar oleh syarikat.
Yang penting adalah menguruskan pekerja Dan mesin2 ini supaya sentiasa berkerja Dan tidak Ada idling.

Tapi pada dekad 2000an bila project banyak Dan ekonomi mula meningkat, Ada innovation baru terhadap menjalankan kerja.
Mula2 sub labour di Mana Kita tiada perkerja sendiri Dan Ada orang yang membekalkan perkerja mengikut skill Dan keperluan.
Kemudiannya timbul konsep total sub contract di Mana semuanya di buat oleh pihak ketiga. Maincon cuma Ada management team sahaja.
Lagi teruk, Ada yang pihak ketiga buat semuanya Dan main contractor cuma makan persen saja. Ramai BB terpedaya dengan konsep yang akhir ini yang pada mereka syarikat tidak perlu tanggung apa2 cost Dan akhinya di amalkan secara meluas di Malaya ini.
Semuanya Ada pro Dan kontra Serta success Dan failed story masing2.
Tapi pada aku konsep total ini telah menghilangkan skill untuk execute kerja. Preparatory work menjadi sangat lemah.
Skill memahami design Dan drawing Serta penyediaan shop drawings juga semakin lemah.
Semua akhirnya di tolak kepada subcontractor Dan sub di bawahnya.
Akhinya sampai ada Bangla yang buat kerja2  preparatory ini macam aku tengok di site semalam.
Kualiti kerja secara keseluruhan menurun Dan akhinya project selalu masalah , repair berulang-ulang Dan delay kemudiannya.

Kolam beracun

69. Kolam beracun

Istilah ini timbul Dari cadangan Yop  semasa kami di Melaka setelah melihat beberapa orang yang sedang Naik ke pengurusan di grill begitu teruk sekali. Malangnya kaki ampu BB Tak kena pulak. Dan selalu selamat Dari tugas yang sukar. Boleh pulak depa kata Tak mau. BB ok pulak tu.
Ada beberapa kerat individu saja yang selalu kena. Kalau semua yang nak up kena ok jugak.
Individu2 terpilih in selalu dibahan, jadi contoh bila buat silap. Di ungkit2 Dan ceritanya diulang tayang semasa gader ramai2.

Mereka seolah-olah di rejam di dalam kolam yang Ada racun Dan dibiarkan sehingga lemas Dan Tak bermaya. Ada juga yang gagal. Tapi yang survived pun jadi kaki bangkang. Lagi la BB Tak Suka.

Yang Tak sedapnya, alumni kolam beracun ni diberi tugas yang sukar Dan orang lain Tak nak. Jadi tentulah Ada buat silap Dan kena marah lagi. Kadang2 Tak berbaloi dengan imbuhan yang dapat.

Aku pun Tak Tau Dari Mana teknik management ni datang.

Batu atau material keras

72. Batu atau material keras

Semalam Masa jumpa kawan planner yang sekarang sibuk menender memberitahu betapa tricky untuk tender package earthworks yang suspected Ada Batu, material keras Dan tanah.

Rupanya developer sekarang dengan pandainya  telah membuat konsep lum sum Dan  menolak kepada kontraktor untuk menentukan Batu atau material keras ( hard materials ). Info yang di beri hanya borelog Dan kontraktor kena ready untuk estimate kuantiti sendiri. Nampak mudah tapi silap tender bungkus. Dalam bills quantity juga tiada item khas until hard materials lagi. BQ cuma Ada item tanah Dan Batu.

Tanah atau material keras   sebenarnya sukar dibuktikan walaupun Ada dalam specifikasi Jkr. Kontraktor selalu Cuba untuk jadikan ianya Batu supaya claim jadi lebih. Kaedah until remove material keras ini kadang2 boleh dengan excavator tapi Ada ketikanya kena rock blasting. Bila blasting, habislah kontraktor.
Aku pernah Cuba untuk claim variation hard materials ni. Walaupun dapat dibuktikan tapi bila final approval jadi susah.

Kawan aku tengah Cuba guna results MacProbe untuk estimate materials keras ni. Macam boleh tapi accuracy munkin lari banyak.

Gud luck bro Din !!!!

Stesyen Susu lembu

71. Stesyen susu lembu.

India dan lembu tak dapat dipisahkan. Lembu sumber utama untuk susu dan gas masak traditional. Rumah dari buangan lembu pun ada.
Sayang depa tak tibai daging lembu macam kita. Hanya orang islam saja yang makan lembu di India. Itupun jadi isu hangat masa raya aidiladha bila ada korban lembu di mesjid.

Satu lagi yang menarik adalah stesyen Susu lembu atau milkparlour. Banyak supply sampai boleh buat special outlet untuk berbagai product Susu lembu.

Stesyen Susu ni aku singgah masa on the way dari Hydrabad ke Vijayawada.

Tuesday, April 2, 2019

Menjadi freelancer

68. Menjadi freelancer.

Setelah tiga bulan tidak membuat apa2 berkaitan construction aku di approach oleh seorang veteran electrical engineer di Taman aku yang hairan melihat aku tiba2 sentiasa Ada  di rumah.
Dia memberitahu kawannya sedang mencari seorang project manager untuk rescue projeknya yang sedang sakit di Sepang. Aku masih belum berminat untuk berkerja sepenuh Masa lagi.
Setelah berjumpa dengan tokey syarikat aku cuma bersetuju untuk kerja part time sebagaimana advisor sahaja dengan pergi site tiga Hari seminggu. Bill ke sana, kesian project tu, sakit sangat cuma aku tidak tahu yang mereka sudah dapat warning letter Dari pengarah. Bulan pertama Dan kedua semuanya  rancak kembali tapi masuk bulan ketiga, cash flow sudah jammed. Duit Dari client Dan bank entah ke Mana. Gaji staff pun mula lewat.

Penamatan kontrak Tak dapat dielak. Walaupun aku kenal pengarah Dan pergi berjumpa dengan dia tapi dia memberitahu Tak dapat tolong lagi. Sudah terlambat katanya.

Project pun berakhir Dan aku pun masih belym dapat bayaran until bulan terakhir sampai sekarang. Bill jumps tokey tu, dia pun buat2 Tak kenal aku.

Itulah realiti hidup.

Kau dah tak bagus

67. Kau dah Tak bagus

Ayat tersebut di ulang2 bila aku sudah selesai handover project BP kepada client. Masa itu sudah masuk tahun ketiga selepas kontrak di renew menjadi empat tahun.
Bila sudah selalu sangat, aku rasa BB sudah membuat keputusan until singkirkan aku. Cuma aku rasa dia Tak tahu cara sebab aku masih perform Dan integrity masih intact. Munkin dengan cara itu aku akan berhenti.

Aku rasa keadaan berubah bila tahun sebelumnya aku mencapai KPI Dan syarikat terpaksa membayar sebagaimana terma dalam kontrak. Jumlahnya agak boleh tahan. Aku juga kaki membantah pendapat BB yang aku rasa Tak betul. Jurang perbezaan pendapat kami semakin jauh. Aku today sekali-kali akan jadi pak turut.
Aku mencari tuan penasihat yang meminta aku consider legal action sebab tiada sebab yang menasabah. Tapi aku lebih gemar keluar saja. Cuma aku belum dapat caranya.

Satu  Hari BB memanggil aku dan bercerita perkara yang sama Dan aku terus bagitau, saya dah penat outstation yang pada tahun sudah masuk tahun ke empat belas tahun. Dia pun setuju Dan terus mewar-warkan kepada orang lain. Kami seolah-olah mempunyai plan yang sama. Aku akan blah terus tanpa notis Dan dia pun mahu melepaskan tanpa membayar apa2 gantirugi.

Aku kecewa dengan sikap dia. Padahal aku sudah bagitau awal2 dulu, kalau rasa dah Tak nak aku lagi, bagitau saja Dan aku akan pergi. Tapi dia memilih cara yang sama macam orang lain sebelum itu.

Tapi itulah ketentuan. Aku Tak pernah menyesal tapi bersyukur.

Selepas aku keluar terus, desas desus bertiup kencang yang aku di tikam Dari belakang. Orang itu pun pernah talipon membuat penafian tapi aku sudah tidak peduli apa2 lagi.

spurs makin bungkus

Ingatkan selepas berbelanja besar  spurs akan mencanak naik tapi hampas. Menang belum, gol selepas match kelima baru score. Entah apa nsk ja...