beberapa hari lepas aku sempat chat dengan almir dari bosnia. dia menyatakan yang ada banyak salji free di sana. aku ingat apa, rupanya salji yang turun menyebabkan bosnia lumpuh dan darurat.
ada tempat salji tebal melebihi dua meter.
nasib baik aku tak duduk sana lagi. entah macamana bos lama aku tu.
apa-apa lagi lima hari adalah hari di mana aku berlepas dari malaya ke sarajevo.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Monday, February 13, 2012
gila undi
14 februari.
hari orang kafir yang menyebabkan makin ramai melayu muslim hilang akal dan jadi lebih teruk dari puak-puak kafir.
ada dua orang tua politik gila undi sebok marahkan orang yang nak halang pesta gila ini disambut.

Sunday, February 12, 2012
lem....uuuuu
nampaknya cerita ni belum sejuk.
dah macam2 buat tapi makin panas.
aku malaih nak komen tapi dah tak tahan tengok dan baca.
kenapa jadi macam ni agaknya?
ada yang kata salah, ada yang kata tak salah.
ada ka..t..ak tu salahkan orang lain la pulak.
bila dah dalam gelap kat kubur dok depan munkar nakir baru tau yang mana betul salah agaknya.......

Tuesday, February 7, 2012
pertemuan dengan seorang pemandu teksi
semasa berada di masjidilharam aku selalu berdoa agar ditemukan kepada orang yang alim yang memberi nasihat kepada aku tentang keadaan aku dan apa yang patut aku buat dimasa akan datang untuk lebih mendekatkan diri kepada yang maha esa.
dah hampir balik pun aku masih tidak temui orang yang aku cari-cari dan hajat-hajatkan.munkin dah tiada rezeki.
setelah beberapa hari di tanahair, aku dan ummi pun bercadang hendak ke perlis untuk mengambil dua orang anak yang ditinggalkan di sana. setelah beberapa kali terbatal, akhirnya kami mengambil firefly dari subang ke alor setar. perjalanan dari pukul tujuh petang dan sampai di sana selepas magrib.
untuk memudahkan perjalanan, kami terus mengambil teksi untuk ke beseri.
maha suci Allah, semakin lama aku bercerita dengan pak cik teksi semakin sahlah yang dia rupa-rupanya yang aku cari selama ini. rupa-rupanya tuhan temukan orang yang memberi berbagai nasihat kepadaku di tanahair sendiri!!
apakah nasihat dia?
biar aku simpan untuk catatan dimasa yang lain.

Monday, February 6, 2012
teratak warisan kampung
ayahku
aku baru saja habis baca buku 'ayahku' karya dr hamka. buku ini menceritakan riwayat hidup ayah Hamka, dr hj karim amrullah atau hj rasul. banyak yang menarik tentang perjalanan dakwah di minangkabau. pertembungan antara kaum muda dan baru dan adat minang banyak di kisahkan disini. cuma yang aku nak salin disini adalah sebuah syair yang pernah diucapkan oleh saidina ali ibn abi talib :
' wahai orang-orang yang mencari jernih di dunia ini,
jernih yang tidak ada kekeruhan padanya.
engkau adalah mencari barang yang tak ada,
janganlah engkau harap bahawa maksud mu akan tercapai.
ketahuilah olehmu bahawa selama kita masih hidup,
kita sentiasa akan mendapat ujian.
dengan yang baik atau yang jahat,
dengan kemudahan, ataupun dengan kesulitan.
dimana akan engkau jumpai,suatu manafaat yang tak ada mendarat padanya, selama dunia masih tetap dunia.
padahal kejadian dunia itu sendirilah, yang penuh dengan manafaat dan penuh dengan kemelaratan.
sebab itu, jika engkau pengecut, engkau akan ditimpa oleh malu yang amat besar.
dan jika engkau berani bertindak,
engkau nescaya akan berjumpa dengan kemuliaan.
tetapi barangsiapa yang lari dari medan perjuangan,
tidaklah dia akan terlepas daripada apa yang ditakdirkan tuhan.
Wednesday, February 1, 2012
perhimpunan persaudaraan hujjaj 1432 klang
hari ahad minggu lepas, TH klang ada menganjurkan program perhimpunan persaudaraan hujjaj 1432 H. ramai x-hujjaj dari klang yang hadir.
majlis juga menyampaikan insuran untuk waris tiga jemaah yang meninggal di mekah/madinah baru-baru ni.
ceramah yang bersemangat dari datuk daud che ngah juga ada.
Tiga roomate aku juga hadir.
cuma abg gany saja yang tarak sebab naik kapai.

Subscribe to:
Posts (Atom)
roadmap DS zahid next PM11
Roadmap DS jahid to be next PM11 Recent prn johor results show that umno had completely kill parti bersatu that stole their voters during p...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
-
Copy paste dari FB : Dimana letaknya Langkasuka? Nama Langkasuka mula dijumpai dalam catatan China dari 梁书 Liáng shū yang menyebut sebagai 狼...
-
Tiga puluh tahun dulu pada 18.8.1995 aku datang ke kampung rhu rendang untuk bernikah. Hari ini 18.8.2025 aku ada di sini setelah lebih set...