Monday, February 6, 2012

ayahku

aku baru saja habis baca buku 'ayahku' karya dr hamka. buku ini menceritakan riwayat hidup ayah Hamka, dr hj karim amrullah atau hj rasul. banyak yang menarik tentang perjalanan dakwah di minangkabau. pertembungan antara kaum muda dan baru dan adat minang banyak di kisahkan disini.                                               
cuma yang aku nak salin disini adalah sebuah syair yang pernah diucapkan oleh saidina ali ibn abi talib :
' wahai orang-orang yang mencari jernih di dunia ini,
jernih yang tidak ada kekeruhan padanya.
engkau adalah mencari barang yang tak ada,
janganlah engkau harap bahawa maksud mu akan tercapai.
   ketahuilah olehmu bahawa selama kita masih hidup,
   kita sentiasa akan mendapat ujian.
   dengan yang baik atau yang jahat,
   dengan kemudahan, ataupun dengan kesulitan.
dimana akan engkau jumpai,suatu manafaat yang tak ada mendarat padanya, selama dunia masih tetap dunia.
padahal kejadian dunia itu sendirilah, yang penuh dengan manafaat dan penuh dengan kemelaratan.
sebab itu, jika engkau pengecut, engkau akan ditimpa oleh malu yang amat besar.
   dan jika engkau berani bertindak,
   engkau nescaya akan berjumpa dengan kemuliaan.
   tetapi barangsiapa yang lari dari medan perjuangan,
   tidaklah dia akan terlepas daripada apa yang ditakdirkan tuhan.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...